Bab 17

287 28 8
                                    

Ini semua si Fawwaz punya pasal! Tak pasal-pasal pukul tujuh pagi dia dah terpacak di depan pagar rumah sendiri. Kalau lah lelaki itu menghantar dirinya ke butik, bolehlah dia pergi kerja dengan tenang dengan motor kesayangannya itu.

Humaira rasa mahu berkata kasar sahaja kepada Fawwaz. Belum sempat Humaira mahu menyumpah, sebuah kereta Honda FK8 berhenti di depan rumahnya. Humaira mengerutkan keningnya. Siapa pula kali ini?! Bawa kereta idaman aku pulak tu. Belum sempat Humaira ingin bertanya, seorang lelaki yang memakai kemeja hitam dan bercermin mata hitam keluar dari kereta.

Humaira membulatkan mata apabila lelaki tersebut sedang menyebarkan pesonanya. Humaira memandang kejiranannya itu sebelum ketawa kecil. Tak ada orang kecuali orang-orang yang sudah berusia yang bangun awal untuk menghantar anak dan cucunya ke sekolah.

"Handsome tak aku hari ini?" Usik Fawwaz. Dia tersengih gatal kepada Humaira.

Humaira menjongketkan keningnya sebelum menggelengkan kepalanya. Malas hendak melayan.

"Encik Fawwaz buat apa datang rumah saya?" Tanya Humaira cuba untuk mengubah topik.

Fawwaz tidak menjawab soalan Humaira dan terus berjalan membukakan pintu kereta sebelah penumpang. Humaira memandang pelik kepada Fawwaz. "Siapa cakap saya nak naik dengan awak?" Soal Humaira.

"Siapa ajak kau naik dengan aku?" Ujar Fawwaz sengaja ingin menyakiti hati Humaira.

Humaira mengecilkan matanya memandang Fawwaz dengan geram. "Oh, datang sini nak jumpa makcik sebelah ke? Tak tahu pulak saya yang taste Encik Fawwaz ni makcik-makcik" Humaira senyum jengkel memandang Fawwaz lalu menyilangkan tangannya ke dada.

Fawwaz memandang Humaira sejenak sebelum menundukkan kepalanya lalu tersenyum nipis. Dia meletakkan sebelah tangannya di atas pintu kereta dan sebelah lagi ke dalam poket seluar, kakinya di silang lalu memandang Humaira.

"Haah, memang pun! Memang taste aku makcik-makcik! Lagi-lagi makcik depan aku ni haa" Dia tunjukkan jarinya ke arah Humaira dan gerakkan ia dari atas ke bawah. Fawwaz ukirkan senyum.

Humaira yang mendengar kata-kata Fawwaz membulatkan matanya dan mengetapkan bibirnya "Aku yang comel ni dia cakap macam makcik!" Humaira bersuara perlahan tapi tetap sampai ke telinga Fawwaz.

Fawwaz ketawa kecil. "Ya! kau comel, dah jom masuk dah lambat ni kau nak pergi kerja."

"Tak apalah, saya pergi naik grab je saya taknak susahkan Encik Fawwaz lagi" Humaira taknak susahkan siapa-siapa, dia dah biasa sendiri.

"Tak susah Humaira! Kau masuk sekarang sebelum aku dukung kau depan jiran-jiran kau ni!" Ugut Fawwaz

Humaira berdecit dan menghentak kakinya perlahan "Ishh! Suka sangat paksa-paksa orang!" Humaira menjeling Fawwaz.

Fawwaz ketawa kecil. "Mana ada paksa, silakan masuk Tuan Puteri." Fawwaz menghulurkan tangannya gaya menjemput puteri raja untuk masuk ke dalam kereta.

Humaira memutarkan matanya sebelum berjalan masuk ke dalam kereta. Dia pun taknak panjangkan drama depan rumah dia ni sebab dia pun memang dah lambat nak masuk kerja jadi dia terima jelah pertolongan dari Fawwaz.

Fawwaz tersenyum nipis sebelum menutup kembali pintu tersebut. Setelah itu dia kembali ke tempat pemandu untuk membawa gadis itu ke tempat kerja.

Fawwaz memerhati Humaira yang sedang seronok melihat dalam kereta tersebut. Dia tahu ini kereta idaman gadis itu dan dia sengaja pakai kereta ni harini disebabkan dia nak Humaira rasa macam mana naik kereta idamannya yang harga hampir mencecah sebiji rumah tu.

"Kereta siapa ni?" Soal Humaira lalu memandang Fawwaz. Humaira terlalu teruja sehingga tidak sedar jaraknya terlalu hampir dengan Fawwaz.

Fawwaz meneguk liurnya apabila wajah Humaira hampir dengan wajahnya. Gadis itu terlihat sungguh cantik apabila dilihat dengan jarak yang dekat. Dengan bibir mungilnya dan mata bulat yang berkilau. Fawwaz meletakkan tangannya ke dada apabila jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Cuba untuk bertenang dan tidak gelabah di depan Humaira.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now