~ CHAPTER 48|| ZAYREEL~

2.3K 162 9
                                    

"Sayang jom la ikut aku!"

Dari tadi Zafreel asyik mengulang ayat itu. Dah beberapa puluh kali dia memujuk isterinya supaya ikutnya pergi ke Terengganu. Tapi isterinya itu degil tak nak ikut, itu yang membuatkan dirinya semakin memberontak.

"Ish tak nak! Kau ni aku sumbat jugak kang baju ni dalam mulut kau tu baru tahu." Dia menjeling tajam kepada Zafreel sebelum dia melipat baju kemeja suaminya kemudian dimasukkan ke dalam bagasi. Dia sekarang sedang mengemas baju untuk Zafreel pergi Terengganu pada esoknya. Kemudian dia bangun dan berjalan semula ke arah almari baju untuk mengambil lagi beberapa pakaian Zafreel.

"Tapi aku tak sedap hati nak tinggalkan kau sorang-sorang!" Zafreel memuncungkan mulutnya. Adellea yang baharu sahaja duduk ditepi katil itu menayangkan wajah menyampah.

"Eii buruknya muka." Komen Adellea. Tak termakan langsung dia dengan pujukan suaminya. Apa? Zafreel ingat dia takde kerja ke kat sini? Kerja dia dekat cafe itu belambak lagi, takde kerja dia nak ikut pergi ke Terengganu.

"Dah la aku nak merajuk dengan kau. Kau jangan cakap dengan aku." Zafreel turun dari katil kemudian berlalu ke arah sofa yang ada di dalam bilik mereka. Dia duduk disitu kemudian bermain dengan telefon bimbitnya. Adellea menjuling matanya ke atas kemudian menyambung semula mengemas pakaian Zafreel.

Setelah siap mengemas, dia menarik zip untuk menutupnya kemudian diletakkan di tepi almari baju. Adellea merenggangkan ototnya. Sakit pinggangnya. Zafreel menjeling ke arah isterinya itu. Kecil sahaja matanya memerhati, sudahlah isterinya sengaja memakai seluar pendek separas lutut malam ni. Lepastu dah la tak kisah langsung dengan dia. Orang merajuk merajuk gini bukannya nak pujuk. Hampeh.

Adellea duduk di atas katil. Ipadnya yang berada di atas meja kecil tepi katil itu dicapainya. Baik dia main game dari layan kerenah Zafreel.

"Kalau kau nak merajuk, merajuk lah. Alang-alang dah merajuk tu, pergi tidur luar terus." Kata Adellea tanpa melihat wajah Zafreel. Panas pula hati Zafreel mendengar itu. Dahlah tak pujuk dia, astu boleh lagi halau dia tidur luar.

Tak lama selepas itu Zafreel bangun dari duduknya lalu keluar dari bilik itu. Berkelip-kelip mata Adellea memandang ke arah pintu bilik yang baharu sahaja ditutup itu.

"Lah? Merajuk betul ke laki aku tu?" Adellea menggaru-garu kepalanya. Namun dia hanya membiarkan sahaja. Kejap lagi dia masuk balik lah tu. Ah maklum lah, dia mana boleh berpisah dengan Adellea. Kalau boleh 24 jam nak berkepit dengan Adellea.

Kemudian kedengaran pintu bilik dibuka dari luar. Zafreel kembali semula dengan satu bag toto dan satu selimut tebal. Kemudian dia duduk di lantai kemudian menghampar toto itu ditepi katil. Zafreel bangun dan pergi kepada Adellea. Ditolaknya belakang badan Adellea ke hadapan kemudian mengambil dua bantal itu. Terkejut Adellea apabila ditolak begitu, namun dia memerhati perbuatan Zafreel itu.

Ya, Zafreel tidur di lantai!

Terlopong mulut Adellea melihat suaminya itu. Selamba Zafreel menutup lampu bilik kemudian berjalan ke tempat tidur baharunya lalu membaringkan tubuhnya dan menarik selimut sebelum matanya dipejam.

Adellea meletakkan iPad itu semula di meja kecil tepi katil. Kemudian dia membaringkan menghadap ke arah Zafreel yang sudah tidur di lantai itu.

 Kemudian dia membaringkan menghadap ke arah Zafreel yang sudah tidur di lantai itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now