Bab 19

306 32 4
                                    

"Haih tulah kau, aku ajak kau jadi bini aku kau tak nak, tak pasal-pasal dapat penampar free!" Bebel Fawwaz sambil mengubat lebam di hujung bibir Humaira.

Humaira menjeling Fawwaz tajam. Sengaja lelaki itu mahu mencari masalah dengannya. Kang tak pasal-pasal dia pula bagi penampar free pada Fawwaz!

"Apa kena mengena dapat penampar dengan awak ajak kahwin!?" Tanya Humaira tak puas hati. Pergerakan Fawwaz terhenti, dia merenung ke dalam mata Humaira.

"Kalau kau jadi bini aku, aku ada untuk jaga kau 24 jam, dan aku takkan benarkan sesiapa pun sentuh kau walau hujung jari sekalipun" Jawab Fawwaz serius sebelum sambung mengubati luka Humaira.

Humaira terkedu, dia tidak menyangka jawapan itu yang keluar dari mulut Fawwaz. Matanya fokus memerhati wajah Fawwaz yang khusyuk mengubatinya.

'Awak baik, tapi saya takut untuk percayakan mana-mana lelaki lagi Fawwaz. Kebanyakannya hanya baik di awal sahaja, saya takut awak sama seperti mereka'

"Awak okay?" Tanya Humaira tiba-tiba.

Fawwaz mengangkat kepalanya dan berkerut dahi. Dia memandang ke kerusi penumpang di belah belakang sebelum memandang Humaira dengan pelik.

Humaira mengerutkan keningnya apabila melihat tingkah laku Fawwaz lalu berdecit perlahan.

"Ish, awaklah! Kita berdua je kan dalam kereta ni." Ujar Humaira geram. Fawwaz memandang Humaira lalu ketawa kecil.

"Yang kau tiba-tiba tanya soalan pelik ni kenapa? Kau nampak aku macam tak okay ke?" Fawwaz menaikkan keningnya sebelah.

Humaira muncung kan bibirnya. Tanya pon marah!

Grumpy betul!

"Tak adalah, awak kan tadi pukul Luqman tu, mana tahu tangan awak luka juga ke?" Soal Humaira selamba.

Fawwaz selesai mengubati Humaira dan meletakkan kapas yang digunakan ke dalam plastik dan diikat plastik tersebut untuk dibuang.

"Kau ingat aku ni lemah sangat ke? Setakat pukul si Luqmaniah tu nak cedera? Aku pernah bertumbuk dengan Ziyad, lagi teruk aku kena!" Fawwaz menjawab dengan geram sambil berlagak. Humaira menggeleng kepalanya.

"Tanya pun salah!" Humaira berbisik perlahan.

"Tak salah!" Humaira pandang Fawwaz apabila lelaki itu mendengar bisikannya.

"Kau patut tanya si Luqman tu bukan aku! Yang kena pukul tu dia aku ni tukang pukul je, plus kau patut risaukan diri kau dulu sebelum kau risaukan orang lain Humaira, kau lagi banyak terluka dari orang lain!" ujar Fawwaz serius.

Humaira hanya mendiamkan diri. Malas mahu bertengkar dengan lelaki yang suka menjawab seperti Fawwaz.

"By the way, thank you sebab tolong saya." Ucap Humaira setelah lama mendiamkan diri.

"Takde apalah. Lagipun kau kan bakal bini aku!" Jawab Fawwaz lalu tersengih gatal.

"Eii tak nak lah! Awak tak ada masa depan!" Balas Humaira selamba.

Fawwaz ternganga mulut mendengar kenyataan gadis tersebut.

"Amboi mulut kau!"

Humaira ketawa.

"Betullah, saya nak cari lelaki yang dah ada kerjaya yang stabil. Saya dah tak nak teman lelaki dari zero to hero. Dah serik!" Ujar Humaira lalu tersenyum hambar.

Fawwaz mengangguk. Dia faham apa yang dilalui Humaira memberi kesan yang mendalam pada gadis tersebut.

"Okeylah tu. Aku pun dah ada kerjaya stabil."

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now