Bab 5.

10 1 1
                                    

[26.09.2017] SELASA

Jam Haeriqal berbunyi menunjukkan sudah pukul 5 pagi. Dia menutup alarm nya lalu bangun untuk ke bilik air. Dia mula membasuh muka dan memulakan rutin hariannya.

Setelah dia bersiap, dia mencapai songkoknya dari katil dan sejadah kegemarannya sebelum bergerak pergi ke surau.

Surau sekolahnya itu tidak jauh dari bilik tidurnya, hanya beberapa minit untuk sampai. Setelah tiba, riqal membuka selipar yang dipakainya dan memasuki surau sambil hati tidak berhenti beristighfar.

Dia sudah mengambil wuduk di bilik air tadi jadi dia terus melemparkan sejadahnya. Lalu mula lah sesi perjumpaan Haeriqal dan penciptanya.

Riqal memulakan solat tahajjud lalu solat hajat dan terakhir solat taubat. Entah mengapa pagi itu hati riqal tidak senang duduk. Dia merasakan akan ada perkara buruk yang akan berlaku.

Jadi dia memulakan harinya dengan berdoa kepada ilahi "selamatkan lah kami daripada kesesatan dan berikanlah kami perlindungan dan kekuatan Ya Rabbi"

Lalu dia membaca al-quran untuk membuang masanya sambil-sambil menunggu subuh datang.

Manakala Aruna juga sedang duduk di sejadah sambil termenung. Dia sudah puas meluahkan semuanya tadi malah sudah menangis di sejadahnya selama 1 jam lebih. Aruna tidak dapat tidur lagi kerana dia asyik berasa tidak senang. Mimpi yang selalu berulang sudah lagi tidak muncul, cuma hati yang tidak sedap itu menemani aruna sepanjang malam.

Aruna bangun pukul 4 pagi tadi. Dia mandi lalu mengambil wuduk. Dia mulakan dengan solat tahajjud, hajat dan taubat sama seperti haeriqal tadi. Tapi sujudnya di solat taubat agak lama. Pagi itu ditemani hujan renyai-renyai dan angin bayu menyaksikan dua insan itu berinteraksi bersama pencipta mereka.

Kedua-dua mereka mendapat mimpi yang sama, mereka berdua merasa tidak sedap hati malah kedua dari mereka tidak dapat tidur dengan tenang.

Adakah ini satu penunjuk?

Entah kenapa hari itu ramai pelajar yang berasa tidak sedap hati bahkan guru juga. Tapi semua cuba untuk menghilangkan rasa itu dan fokus ke arah pembelajaran mereka.

SUDAH pukul 9 pagi. Kesemua pelajar sekarang berada didalam kelas. Mereka semua sibuk belajar dengan tekun. Bunyi kertas diselak dan pen sahaja yang menemani pagi mereka. Nampaknya mereka semua memang terlalu fokus dengan pembelajaran mereka.

Tiada yang bermain-main. Mereka semua takut mereka akan kehilangan tumpuan ketika cuti nanti. Aruna yang sedang tekun membuat latihan add math itu diganggu oleh qasrina. Aila dan Lily tidak sekelas dengan mereka, mereka berdua mengambik aliran akaun dan seni.

"wei runa, jom kantin." ajak qas tanpa memandangnya. Mata gadis itu sibuk melihat dalaman wallet nya takut-takut kehabisan duit.

"kau pergilah wei, aku nak habiskan latihan ni. Nanti aku lupa nak buat macam mana" jawab aruna. Memang dia ada masalah short memory term.

"okey lah kalau camtu. Kau nak makan apa-apa ke? Aku boleh belikan" soal qas lagi kali ini memandang wajah aruna.

"kau belikan aku roti yang aku suka tu dengan susu kotak boleh?" setelah aruna melihat qas menganggukkan kepala tanda setuju, dia mengeluarkan not wang bernilai RM10. Lalu qas meninggalkan dia keseorang. Sekarang waktu mereka belajar sendiri, maklum cikgu-cikgu sedang meeting.

Setelah soalan terakhir latihan add math itu tamat, aruna terus menutup bukunya. Dia mengeluh, lelah dengan belajar. Kini dia menongkat dagunya sambil melihat keluar tingkap, maklum dia duduk ditepi tingkap dan qas disebelahnya.

Dia melihat seorang lelaki yang rambutnya berterbangan dan mukanya yang mulus putih sedang membaca buku teks sejarah. Lelaki dari kelas seberang kelasnya. Dia tahu itu siapa. Haeriqal Eriq. Tipu lah kalau dia kata tiada langsung sebarang perasaan suka yang terdetik didalam hatinya ketika bertemu jejaka ini buat kali pertama.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now