Bab 21

334 32 11
                                    

Cadangan lagu untuk chapter ni bagi feel:
Salahkah, Rossa ft Hafiz
Seluruh cinta, Siti Nurhaliza ft Cakra Khan

****

"Aira, aku nak cakap sikit boleh?" Humaira yang sedang duduk di kerusi menikmati angin sejuk itu berpaling memandang Layla yang mengambil tempat berhadapan dengannya.

Perjalanan petang tadi terpaksa ditangguh apabila Layla tiba-tiba migrain dan akhirnya semua buat keputusan untuk pulang ke bilik dahulu. Humaira hanya setuju sahaja disebabkan Fawwaz dan Ziyad juga kelihatan penat dan dia pun turut penat selepas memandu selama empat jam lebih dari Selangor ke Brinchang, Pahang.

Humaira membetulkan lilitan tudungnya agar tidak mendedahkan aurat, dia mengangkat keningnya kepada Layla menyuruh Layla untuk berbicara.

"Dah berapa kali Fawwaz confess dekat kau?" Soal Layla sambil mengurut dahinya sesekali.

Humaira diam. Kepala otaknya ligat berfikir berapa banyak kali lelaki itu memberitahu yang lelaki itu inginkan dirinya.

"Aku bukan nak back up Fawwaz dan aku pun bukan nak memandai-mandai sebab ini soal hati dan perasaan kau. Soal your future. Aku nak kau bahagia. Aku tak nak kau dibayangi dengan bayang-bayang Luqman lagi. Aku nak kau move on Aira." Layla menggenggam tangan Humaira.

"And then?" Soal Humaira.

"Aku tak bermaksud nak kau lupakan segala kebaikan Luqman sebelum ini tapi disebabkan dia itu yang buat kau jadi macam ni sekarang. Kau bukan Humaira yang aku kenal tau, kau dah berubah. Lain sangat!" Ujar Layla lalu tersenyum nipis.

Humaira terdiam. Dia tidak perasan pun semua itu berlaku disebabkan dia terlalu fokus untuk berubah menjadi Humaira yang lain.

"Kau tak suka ke aku yang sekarang?" Soal Humaira.

Layla menggeleng.

"Bukan aku tak suka! Aku suka cara kau sekarang, kau jadi diri sendiri and benda tu buat kau makin confident! Aku just sedikit kecewa bila kau sekat semua lelaki yang hadir dalam hidup kau disebabkan kau takut lelaki lain buat benda yang sama macam Luqman buat pada kau." Ujar Layla.

Humaira memegang tangan Layla.

"Aku tahu niat kau tapi semuanya perlukan masa Lay. Semua yang terjadi terlalu cepat, aku bukan sahaja sakit sebab perpisahan antara aku dan Luqman tapi aku sakit jugak dengan persahabatan kita yang hancur! I lost myself right now! Kau nampak aku macam okay dekat luar tapi dalam aku hancur Lay! Aku hilang diri aku sekarang dan macam mana aku mampu untuk terima orang lain dalam keadaan diri aku yang tengah hancur sekarang ni Lay?" Humaira menarik nafasnya perlahan apabila hati mula merasa berat.

"Fawwaz hadir disaat diri aku sedang hancur dan dia secara tiba-tiba ucapkan suka pada aku. Kau expect aku boleh terima dengan mudah ke Lay? Selepas apa yang jadi kau rasa aku boleh percayakan dia dalam masa yang singkat ke Lay?" Soal Humaira. Dia memandang Layla.

"Sedangkan untuk aku percayakan Luqman dahulu pun ambil masa inikan selepas kepercayaan aku di hancurkan dengan cara paling sakit sekali yang aku pernah rasa. For now, I trust love is real but I'm not trust I being loved!" Sambung Humaira.

Dia tak nafikan jodoh yang Allah SWT telah tetapkan untuknya tapi semua itu perlukan masa. Tanpa pengetahuan Layla, dia sudah beberapa kali menunaikan solat istikharah tapi satu petunjuk pun dia tak pernah dapat. Bukan mahu menidakkan tapi dirinya merasakan darjat antara dirinya dan Fawwaz sangatlah berbeza.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now