Bab 25

374 33 14
                                    

"Nah, ini makanan kamu dengan Layla." Dihulurkan satu mangkuk tingkat kepada Fawwaz yang sedang menjamah sarapan pagi yang di masak oleh Puan Fareeda pagi ini.

Puan Fareeda menghulurkan satu lagi bekas termos kepada Fawwaz sehingga lelaki itu memandang mamanya dengan pandangan pelik.

"Ini untuk menantu mama!" Ujar Puan Fareeda.

Fawwaz ternganga memandang mamanya. Dah kenapa dia pula nak kena bagi dekat suami orang? Bini dia tak reti masak ke?

"Abang Naim sakit ke?" Soal Fawwaz.

Puan Fareeda bercekak pinggang memandang anak bongsu nya itu. Dia menggeleng kepala apabila anaknya ini tidak faham apa yang dimaksudkan olehnya.

"Bukan Naimlah!"

"Dah tu?" Soal Fawwaz pelik. Dia mana ada adik beradik lain lagi melainkan kakak sulungnya, Farisha Zephyra yang sudah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Naim. Mungkin Abang Naim demam dan kakaknya meminta Puan Fareeda untuk membuat bubur untuk suaminya itu. Kakaknya itu bukanlah kategori wanita idaman sangat! Masak pun belajar lepas kahwin itu pun lauk yang basic sahaja! Setiap kali suami dan anak-anak nya demam pasti meminta Puan Fareeda untuk buatkan bubur tak pun beli dekat kedai!

"Humaira tu lah." Puan Fareeda melabuhkan duduknya di atas kerusi berdekatan dengan anaknya sambil tersenyum-senyum.

Uhuk!

Fawwaz tersedak.

Puan Fareeda terus menghulurkan segelas air untuk anaknya. Fawwaz minum dengan gelojoh sambil menatap mamanya dengan tajam. Dah apahal cepat betul mamanya merestui hubungan yang belum dimulai itu? Pelik.

"Macam mana, dia dah okey?" Soal Puan Fareeda ingin tahu.

Fawwaz yang baru meletakkan cawan di sisi pinggannya memandang Puan Fareeda.

"Dia belum sedar. Kelmarin, sewaktu Waz melawat dia, Waz tak sanggup nak tengok. Keadaan dia agak teruk juga. Lebam sana-sini." Cerita Fawwaz kepada Puan Fareeda. Jujur, dia menceritakan perkara sebenar apa yang dia rasai apabila melihat sekujur tubuh terbaring kaku dengan kesan lebam yang penuh pada tubuh si gadis itu. Serius, dia tidak sanggup untuk melihat gadis yang sudah berjaya mencuri hatinya itu terbaring lemah. Luluh hatinya...

"Allahu, kesiannya. Teruk ke dia kena pukul?" Soal Puan Fareeda. Dia lupa mahu bertanyakan kepada anak sulungnya tempoh hari.

"Teruk ma. Waz sampai sekarang tak habis fikir macam mana seorang ayah sanggup pukul dia sampai macam tu sekali! Sekarang ni Waz tengah tunggu dia sedar untuk buat tindakan selanjutnya." Ujar Fawwaz.

"Alahai kesiannya... Mama nak ikut kamu boleh?" Soal Puan Fareeda.

"Nak ikut pergi mana?" Soal Fawwaz pula.

"Pergi jumpa menantu mamalah!" ujar Puan Fareeda geram. Fawwaz menggeleng kepalanya dengan laju.

Kenapalah anak bujangnya banyak cekadak pulak pagi ini?!

"Belum lagi ma! Belum jadi menantu lagi!" Fawwaz betulkan percakapan Puan Fareeda. Risau pula kalau Humaira dengar. Dari elok-elok gadis itu nak sedar, terus sambung tak sedarkan diri bila jumpa dengan mamanya ini.

"Alah takpelah! Mulut mama masin, mana tahu mama boleh jadikan Humaira tu menantu mama?"

Fawwaz menggeleng kepalanya. Merisaukan! Puan Fareeda kelihatan mahu berdiri sebelum ditarik oleh Fawwaz supaya duduk kembali.

"Hari ni mama tak boleh ikut lagi. Nanti Waz bawa mama jumpa Humaira okey?" Pujuk Fawwaz. Puan Fareeda sudah membuat muka. Dia memuncungkan bibirnya apabila Fawwaz menghalang dirinya untuk berjumpa dengan Humaira. Walaupun dia masih belum kenal gerangan Humaira itu, tapi dia boleh merasakan yang gadis itu layak untuk digelar menantu olehnya.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now