"Alahai, comelnya nota dia, kalah budak perempuan punya nota!"
Suara itu datang lagi. Eddie senyap-senyap rolling eyes, dia buat-buat betulkan mask sedangkan mask tu terletak elok sahaja di mulutnya.
Kalau diikutkan hati, nak sahaja tunjuk terang-terang muka menyampah depan pemilik suara yang sangat menjengkelkan hari-harinya di kolej ini. Fikir dia hamak sangat ke nak dapat 'wish' hari-hari daripada lelaki berlagak sombong macho ni?
Lainlah kalau El Noura yang bagi wish kat dia...
"Kau asal senyum seorang-seorang? Ingat aku tak nampak ke?" Muka si Rayyan, pemilik suara itu tadi betul-betul di hadapan wajah Eddie. Sengaja, nak tengok nerdie ni ketar lutut sebab kena kacau. Memang hobi dia menyakat nerdie ni, tengok muka cuak dia dah jadi satu kemestian bagi Rayyan untuk menjalani harinya dengan baik kat sini.
Eddie cepat-cepat tutup sketchbook nya yang dipenuhi dengan tulisan dan contengan itu, tak nak kena kacau lagi.
Dia pun rasanya kena pergi check telinga kat doktor pakar, dia sendiri diagnose telinganya bernanah nak kena dengar suara Rayyan ni.
"Takde apa-apa." Ringkas sahaja jawapannya, malas nak melayan dan tak terlayan dah dengan perangai lelaki ini.
Mentang-mentang dia nampak macam senang diperkotak-katikkan, ingat dia takde perasaan ke? Kucing yang nampak manja gesel-gesel kat kaki pun, kalau kau dok pegang dia banyak kali pun dia boleh naik menyampah dengan kau, tahu tak? Haa begitulah perumpamaannya.
Rayyan tersengih. Dia takkan berganjak selagi tak puas. Kali ini, jarinya bermain dengan highlighter pelbagai warna pastel yang ada di atas meja Eddie. Menarik perhatian pula highlighter apa ke entah namanya milik si nerdie ni, bisiknya dalam hati.
"Weh, aku pinjam tau yang warna pink ni. Eee, pink! Diva sangat Didi, eh? Hahahaha, aku panggil kau Didi lah, Didi and Friends!"
"Eh, pulangkan balik!" kata Eddie, sedikit kuat. Tu pun dah terketar habis dah satu badan nak keluarkan suara. Suara ni tiba-tiba sahaja macam tersekat di skala enam dalam kerongkongnya, entah dengar ke tak Rayyan tu.
Rayyan buat-buat tak dengar, dia terkekek-kekek suka. Dengan geng dia yang berada di belakang bilik kuliah ikut sekali sama gelak.
"Haa kau cakap apa?" Tak dengarlah!"
Eddie mencebik. Hodoh betul tengok muka lelaki ni, hodoh lagi perangainya. Entah macam dari mana dapat keyakinan tahap langit ketujuh boleh self claim diri semdiri handsome? Muka pun macam ikan sepat.
"Rayyan, macam budak-budaklah! Tak payahlah kacau orang!" tegur seseorang yang ada di dalam bilik kuliah itu juga, suara perempuan tetapi Eddie tak tahu siapa.
Tiba-tiba Eddie rasa terharu pula ada yang cuba nak hentikan kekacauan ini dari terus berlaku. Hati lembut seorang nerdie macam dia ni, benda kecil macam tu pun dia boleh tersentuh.
"Kau asal? Kau awek dia ke?" balas Rayyan, sambung terkekek lagi macam bunyi burung kakak tua semput.
"Ehem."
Rayyan pandang depan. Seorang gadis, dengan rambut wolfcut duo tone berdiri di hadapannya dengan pandangan tajam. Di tangannya ada secawan air yang dibeli dari kafe Coffee & Us, dia tahu pun sebab sticker yang ada kat cawan tu.
Rayyan angkat kening. Tak pernah lagi dia tengok gadis ini di dalam kelas mereka. Perasaan ingin tahu lagi membuak-buak melihat penampilan gadis di hadapannya ini yang agak bold (gadis itu memakai jaket kulit berwarna hitam dengan t-shirt putih di bahagian dalam serta berkasut Converse high cut warna hitam) berbanding pelajar-pelajar perempuan lain di Taj College itu.
"Kau siapa?" tanyanya. Mana tahu, di hadapannya ini jodoh yang datang bergolek kikiki.
Gadis itu masih kekal dengan ekspresi wajahnya, seperti tiada perasaan. Dia membetulkan sedikit tali beg galasnya yang hampir terlorot dari bahunya yang agak bidang untuk seorang perempuan.
"Kau berdiri kat tengah-tengah bilik kuliah ni, kau siapa? Kau lecturer ke? Kalau bukan, tak boleh ke duduk diam macam pelajar lain?"
Aduh, ni bukan jodoh yang dia cari, pedas aih mulut gadis rambut wolfcut ni.
Tiba-tiba sahaja dia tersentap. Hilang kata pula nak berperang mulut sedangkan dia memang pakar dalam hal ni. Depan gadis misteri ini, terus kelu kejang kebas lidahnya.
Seperti dikawal, dia pulang semula ke tempat duduk. Highlighter si Eddie tu diletakkan di atas meja tuannya semula. Eddie hanya terlopong mulut melihat kejadian tersebut.
Mata gadis itu meliar seketika sebelum memandang Eddie. Dia berjalan ke arahnya, spesifiknya ke tempat duduk di sebelah Eddie. Eddie telan air liur, seram pula melihat gadis ini.
Gadis itu duduk dengan senyap, dia mengeluarkan buku notanya dari dalam beg dan segala macam benda alah yang diperlukan untuk kelas. Gerak-gerinya diperhatikan oleh Eddie diam-diam.
"Kau siapa do sebenarnya?" bisik hati Eddie.
-----
YOU ARE READING
not a boyfriend material
Teen FictionTaj College. Heboh cerita si nerdie nak mengorat pelajar perempuan paling popular aka anak Dato' terkemuka di Malaysia, ada yang kata si nerdie tak cermin diri sendiri, ada ke patut mengharap si puteri kayangan sedangkan diri sendiri macam katak? Be...