Bab 26

333 36 9
                                    

"Saya nak balik ke rumah sewa saya." Ujar Humaira kepada Fawwaz yang sedang melipat selimut. Lelaki itu memandang Humaira dengan pandangan dingin sebelum menyambung kembali lipatan selimutnya itu. Humaira mencebik bibirnya sebelum menghela nafas. Dia berjalan dengan terhincut-hincut menuju ke arah sofa. Kakinya masih terasa sakit disebabkan terpijak kaca ketika mahu bergaduh dengan si bodoh Luqman itu!

Humaira bersandar pada badan sofa sebelum matanya memerhati tingkah Fawwaz yang sedang mengemas katil wad tersebut. Semenjak kejadian dia menceritakan tentang semua yang berlaku kepada Fawwaz tempoh hari, Fawwaz mula dingin dengannya. Dia pun buntu salahnya di mana?

Humaira mengeluh perlahan.

"Awak!" Panggil Humaira.

"Hmm." Gumam Fawwaz datar tanpa memandang ke arah Humaira.

"Awak marahkan saya ke?" Tanya Humaira lembut.

Fawwaz hanya mendiamkan diri. Selesai sahaja mengemas katil dan barang-barang Humaira, dia berjalan ke arah sofa dan duduk mencangkung di hadapan Humaira.

Humaira menjongketkan keningnya.

Fawwaz hanya merenung Humaira seketika, sebelum menghela nafas perlahan.

"Tak, aku tak marahkan kau. Tiada sebab pun untuk aku marahkan kau." ujar Fawwaz lembut.

"Jadi, kenapa awak banyak diamkan diri dengan saya beberapa hari ni?" Tanya Humaira.

"Sebab aku rasa ralat. Aku marah dekat diri aku sendiri sebab tak ada time kau betul-betul perlukan pertolongan." ujar Fawwaz lalu dia tersenyum pahit.

Dia rasa kecewa dan rasa gagal melindungi Humaira. Dia rasa memang patut pun Humaira reject dia hari tu, sebab dia memang tak layak.

Fawwaz menundukkan kepalanya.

"Kalaula..."

"Kun Faya Kun!" Kata Humaira perlahan.

Fawwaz terdiam dan dia memandang Humaira.

"Sesungguhnya urusan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata "Jadilah" maka jadilah sesuatu itu." ujar Humaira lalu tersenyum kecil.

"Saya anggap ni ujian untuk saya dan awak tak perlulah salahkan diri awak, semuanya dah lepas tiada guna untuk fikirkan lagi." Sambung Humaira lagi.

Fawwaz mengangguk perlahan dan tersenyum nipis.

"Terima kasih." ujar Fawwaz perlahan.

"For?" Tanya Humaira.

"For survived and be strong."

"Terima kasih juga!" ujar Humaira kembali.

Fawwaz hanya menjongketkan kening.

"Sebab jaga saya sepanjang saya kat sini."

Fawwaz hanya mengangguk perlahan.

"Dan, saya minta maaf." ucap Humaira lagi.

"Untuk?"

"Sebab reject awak hari tu!" Jawab Humaira lalu tersengih memandang Fawwaz.

Fawwaz memandang Humaira sekilas sebelum menjeling. Humaira terus ketawa kecil.

"Jomlah, aku hantarkan kau balik!" Ajak Fawwaz lalu berdiri dan mencapai satu beg yang berisi pakaian Humaira.

"Awak nak hantar saya balik rumah sewa kan?" Soal Humaira.

"Siapa cakap?" Soal Fawwaz selamba.

"Dahtu?"

"Kau ingat aku akan izinkan kau stay sorang-sorang lepas apa yang jadi?" ujar Fawwaz.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now