HS 1O'

106 9 11
                                    

YOOJUNG mengumpul keberanian sepanjang melalui koridor hospital. Secara senyap-senyap, dia mengekori langkah Haruto dimana lelaki itu memasuki ke dalam bilik mayat.

Firasat hatinya yakin bahawa ada sesuatu yang membuatkan dirinya ingin mengetahui tentang Haruto.

"Aik? Mana dia pergi?" Yoojung menggaru tengkuknya. Bayu berpuput lembut menyapa kulit tubuhnya saat dia memasuki tempat itu membuatkan bulu romanya menaik.

"Kenapa ikut saya?"

Yoojung terperanjat teruk. Nyaris sahaja dia jatuh terjelepuk disana. Jantungnya pula terasa hendak tercabut dari tempatnya. Haruto yang berdiri hanya bereaksi tenang.

"Saya ulang, kenapa ikut saya?"

"B-bukan awak masuk sini ke tadi? Mata saya tak buta tau! Masih elok lagi! Lagi satu, sepatutnya saya yang tanya awak, awak buat apa disini?"

Haruto tidak menjawab soalan Yoojung, hanya derapan kakinya sahaja melangkah perlahan-lahan untuk mendekati Yoojung. Yoojung meneguk liur, diundur kakinya setapak demi setapak.

"Awak nak buat apa? Tak baik buat benda tak senonoh dekat sini. Banyak 'mata' memandang,"

Pft-

'Dia gelak? ' Yoojung memandang Haruto yang menahan tawa dengan mata tidak percaya.

Ingatkan dia tak reti nak senyum. Tapi bila senyum, persis budak-budak baru dapatkan gula-gula. Yoojung tersengih sendiri.

"Mata siapa yang pandang? Kita berdua je dalam ni." Mukanya kembali serius.

Aduh, ni aku tak suka.

"Aaa... Err, yalah kita dalam bilik mayat ni. Tempat orang mati," Yoojung pula kelihatan lurus bendul. Haruto mengetap bibir, dia berpaling ke arah lain dan buat tidak tahu.

"Ada benda dalam bilik ni buatkan saya tak dapat keluar dari sini." Ujar Haruto setelah suasana kembali sunyi. Yoojung mengangkat keningnya, cuba mentafsir maksud yang dikatakan oleh Haruto.

"Apa dia? Nak saya bantu- Agh... kepala saya peninglah," Yoojung memegang kepalanya dengan dua belah tangan. Tiada kata lagi harus diungkapkan kecuali rasa sakit untuk menyerangnya tiba-tiba.

Haruto diam membatu. Dia hanya pandang tidak membantu.

"Haruto..."

BUK !

Tubuh badan Yoojung tidak dapat diseimbangkan lagi dan mula rebah ke atas lantai. Akhirnya dia pengsan.

"Gomen'nasai, ( I'm sorry ) "

_____

creepy la aku tngok viewers cerita ni ;-;

His Secrets Where stories live. Discover now