Bab 31

446 35 17
                                    

Allahuakbar Allahuakbar...

Humaira membuka matanya apabila telinganya menangkap bunyi azan subuh. Humaira yang rasa pinggangnya memberat menunduk ke bawah lalu menoleh ke sebelah kanannya lalu tersenyum kecil apabila melihat lelaki itu masih tidur lena sambil tangannya erat memeluk dirinya. Pelukannya langsung tk dilepaskan. Jika dia mengalihkan tangan lelaki itu agar tidur selesa pasti lelaki itu menggagau mencari dirinya untuk dipeluk lagi. Haih suami...

Humaira berdehem sebelum tangannya menarik selimut untuk menutupi tubuhnya yang terdedah tersebut dengan perlahan. Dia memusingkan tubuhnya perlahan memandang suaminya yang masih lena.

Humaira usap pipi Fawwaz perlahan.

"Hubby, bangun. Dah subuh ni." Ujar Humaira lemah lembut. Tapi lelaki itu makin erat memeluk Humaira sehingga tiada ruang antara mereka berdua.

Humaira meneguk liur apabila wajahnya dan wajah Fawwaz sangat dekat sehingga puncak hidung Fawwaz menyatu dengan dahi Humaira. Jika dia angkat kepala sikit, mungkin dia akan bercium dengan Fawwaz.

"Bangunlah, dah subuh ni. Nanti terlepas pula." Ujar Humaira lagi. Kepalanya dijauhkan sedikit agar tidak terhantuk dengan kepala Fawwaz. Matanya memerhati setiap lekukan di wajah Fawwaz. Tangannya naik menyentuh lekukan wajah tersebut. Wajah yang sempurna. Jarinya bergerak ke arah kening hitam. Kening yang tidak terlalu tebal. Seterusnya jarinya menyentuh puncak hidung Fawwaz. Hidung mancung. Jarinya bergerak pula ke tulang pipi Fawwaz. Jawline tidak terlampau tajam. Jarinya bergerak ke arah bibir yang tidak terlampau tebal dan tidak terlampau nipis. Jarinya naik menyentuh bulu mata yang sedang berkelip memandangnya.

Eh kejap!

Jari Humaira berhenti bergerak.

Ada sepasang mata berwarna coklat pekat sedang merenung dirinya.

Humaira teguk liur.

"Dah puas raba muka abang?" Soal Fawwaz dengan suara serak-serak basah.

Kantoi!

Humaira terus menyorokkan wajahnya di dada Fawwaz. Malu..

Fawwaz ketawa kecil. Dia mengeratkan lagi pelukan sehingga pipi pucat Humaira mula memerah.

"Kenapa fleur? Abang handsome sangat ke?" Soal Fawwaz menggoda.

Humaira diam. Dia kemam bibirnya untuk mengelakkan bibirnya mengukir senyuman malu. Sekarang Humaira rasa macam nak masuk bawah katil sahaja apabila sudah kantoi memerhati lelaki itu.

"Sayang, look at me!" Suara lelaki itu lembut. Humaira terus memandang Fawwaz.

"Why so shy, sayang?" Soal Fawwaz sebelum ketawa. Humaira terus muncungkan bibirnya lalu menampar dada Fawwaz. Apabila lelaki itu mengaduh kesakitan, Humaira terus meleraikan pelukan tersebut untuk bangun dari tidur.

"Bangun abang! Nanti terlepas, nak kena mandi lagi ni." Bebel Humaira.

Risau tak sempat subuh!

"Haah lah, lupa kena mandi." ujar Fawwaz lalu tersenyum senget.

Fawwaz turut bangun lalu memeluk Humaira dari belakang yang sedang duduk di atas katil. Tubuh wanita tu ditutupi dengan selimut yang tebal.

Fawwaz letakkan kepalanya di bahu Humaira.

"Thank you sayang." Bisik Fawwaz perlahan

"For?"

"Sebab sudi jalankan tanggungjawab Aira sebagai seorang isteri dan jaga diri Aira untuk abang sorang." Ucap Fawwaz.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now