Bab 34

1.3K 29 4
                                    

Jangan lupa vote tq.

...................................................................

"Svegliate ragazza (bangunlah perempuan)!" Keras arahan bahasa asing itu kedengaran oleh Sofia.

"Svegliate ragazza (bangunlah perempuan)!" Di ulang untuk kedua kalinya dan kini Sofia dapat rasa kesakitan pada tubuhnya apabila tangan orang asing itu kasar menarik dagunya terdongak tinggi.

Splash!!

"Uhuk!" Sofia terbatuk kuat setelah air yang di curah tersebut terus masuk ke dalam kerongkongnya sehingga merah menyala mata itu terus terbuka luas.

Pernafasan Sofia tercungap-cungap.

Belum sempat Sofia mahu bernafas dengan baik sekali lagi air itu di baling ke wajahnya dan orang-orang itu mula meletuskan satu tawa yang kuat.

Jika di lihat orang-orang itu merupakan pembantu di keranakan mereka berpakaian seragam.

Tangan Sofia di gempal kuat. Jika tidak di sebabkan kedua belah tangannya di gari mungkin orang-orang itu sudah lama dia cederakan mungkin sehingga ketawa orang-orang itu terhenti!

"Fermare! Già! (Berhenti! Sudah!)" ujar seseorang mengetuk tongkatnya kuat dan mengisyaratkan kepada orang-orang itu agar memberikan laluan kepada wanita pertengahan umur itu.

Sesungguhnya di sini satu orang pun Sofia tidak mengenali sesiapa begitu juga dengan tempat ini yang sangat asing untuk dirinya.

Sofia cuma dapat teka sekarang ini dia berada di Italy setelah bahasa asing itu selalu di gunakan Tuan Ashar, adakah bermakna......

"Hai capito, ragazza? (Kau dah sedar perempuan)" Sofia laju menggelengkan kepalanya.

"I don't understand your words....." perlahan Sofia berkata sambil laju menggelengkan kepalanya.

Wanita itu dan juga orang-orang itu saling berpandangan, kemudian mereka semua ketawakannya seperti sedang mengejek dia.

Sofia mengetap bibirnya kasar.

"Please help me, please untie me. I....."

"Stai zitto! (Diam!)" Bum! Tongkat itu di hentak kuat sehingga bahu Sofia terserentak tinggi.

Kemudian ketika semua orang sibuk memberikan perhatian kepada Sofia, ada satu derapan kasut tinggi sedang menuju ke arah tersebut dengan wajah yang sombong dan menyinis.

Ketang! Ketung! Ketang! Ketung!

Perhatian terus teralih kepada orang itu dan semua pembantu-pembantu rumah memberi ruang termasuk wanita yang memegang tongkat turut beralih ke tepi.

Wajah itu samar-samar tetapi setelah Sofia perhatikan dengan baik? Bebola mata Sofia terus membulat besar!

"Mrs Isabella......" bisik Sofia perlahan dengan wajah yang masih lagi tercenggang.

Manakala yang lain terkejut apabila perempuan yang baru di bawa semalam sudah mengenal Mrs Isabella kembali berpandangan sesama sendiri.

Bibir Isabella tersenyum sinis yang kini sedang berpeluk tubuh itu. "Hai Sofia welcome to hell!" Tempik Isabella dengan air muka yang seram lalu terus memberi arahan kepada pembantu-pembantu rumah tersebut untuk membuka gari pada tangan Sofia sebelum di heret perempuan itu berlutut di hadapanya.

RAJA AS-HAR: Mafia With His PrincessWhere stories live. Discover now