AIDAR 30

4.7K 186 2
                                    

TANGAN RUBY mengusap perutnya yang tampak sedikit buncit. Pantulan diri di cermin, dia renung tak lepas. Pelik. Selera makannya tidak bertambah atau berkurang jadi mengapa berat badannya naik?

Ah, tak boleh jadi! Dia tak mahu bentuk badannya berubah. Nanti Aidar mula mengejek dan mengusik dia. Tatkala Ruby mengelamun dalam dunia sendiri, pintu bilik yang sedikit terbuka ditolak oleh Aidar yang berpakaian uniform tentera. Baru pulang dari bertugas.

"Kenapa wangi sangat kau hari ni, precious?"

Tersentak kerana suara suaminya, Ruby memaling wajah. Dia tak sembur sebarang minyak wangi. Celah mana datang wanginya. Kejap! Ruby lupa dia berendam lama di dalam tab mandi tadi.

"Mungkin bau bath bomb saya guna masa mandi tadi."

Aidar hanya mengangguk faham. Satu persatu butang baju uniform yang tersarung pada tubuh sasanya, dia buka. Rasa melekat dan berpeluh setelah seharian memerah tenaga di kem pangkalan.

Ruby pula masih melihat pantulan dirinya di cermin. Patutkah dia mula diet? Tapi kalau diet, dia tak dapat nak makan biskut yang siap dibeli oleh Aidar. Kepala digeleng kecil. Menguburkan niatnya.

"Hey, dah kenapa berdiri depan cermin ni?" Aidar sudah pun berdiri di belakang Ruby lalu tanpa amaran, tubuh isterinya ditarik ke dalam rangkulan. Lengan kekar itu erat melingkari pinggang Ruby.

"Saya rasa apa awak cakap semalam betul. Berat badan saya dah naik. Mesti nanti awak ejek saya sebab dah gemuk."

"Gemuk ke tak, kau tetap isteri aku. Dan isteri Aidar ni memang dah cantik. Aku takkan ejek kau, precious. It is my duty to protect your heart from any poisonous words. So, jangan fikir bukan-bukan."

Ruby terbungkam. Tak menyangka. Hatinya tersentuh mendengar setiap butir bicara Aidar. Bererti apapun perubahan fizikal Ruby, Aidar akan terima seadanya dan tetap akan menghargai dia.

"Tapi kalau kau gemuk, makin comel."

Tak semena hadir cemikan di wajah Ruby. Dijelingnya Aidar namun Aidar pamer senyum tak bersalah. Usai puas mendakap Ruby, rangkulan itu dileraikan. Uniform miliknya di atas katil dicapai.

"Awak nak pergi mana pula tu?"

"Mandi, precious. Aku berpeluh ni. Kau pun mana suka kalau aku lengahkan masa mandi. Nanti ada yang merungut aku busuk."

"Memang busuk pun," gumam Ruby dan gelak tawa Aidar pecah. Hidung isterinya dicuit geram sebelum dia masuk ke dalam bilik air. Selesai mandi nanti, bolehlah dia lepak atas katil dengan Ruby.

Ruby melabuhkan duduk di birai katil. Menanti Aidar. Bosan! Kaki rasa gatal nak berjalan. Hari ini dia hanya duduk seharian di rumah kerana Resort Laken ditutup buat sementara waktu. Untuk jangka masa sebulan kerana dalam proses pengubahsuaian.

Jadi dia rasa terlebih aktif. Ruby turun dari katil dan mulai berjalan mundar-mandir di hadapan katil. Klak! Pintu bilik air dikuak. Aidar menapak keluar setelah membersihkan diri. Sekadar mengenakan sweatpants. Titisan air jatuh dari hujung rambutnya yang basah.

Melihatkan tingkah Ruby yang penuh bertenaga, lidah Aidar kelu. Mata terkedip-kedip. Semalam mengadu pinggang sakit tapi petang ni, sakan pula isterinya berjalan mengelilingi bilik tidur mereka.

"Permata Ruby."

Segaris senyuman menghiasi wajah Ruby. Dia terburu-buru mendekati Aidar. Aidar yang mencipta nama itu untuknya dan hanya dia seorang saja yang memanggil Ruby sebegitu. Tiada orang lain.

"Aku tahu hari ni kau tak keluar rumah tapi takkan kau langsung tak penat? Aku yang tengok kau pusing-pusing dalam bilik kita ni dah naik pening. Kenapa kau aktif sangat ni, precious? Hm?"

You'll also like

          

Tangan Aidar menarik lembut dagu Ruby ke atas. Menginginkan tumpuan. Anak mata mereka saling bertautan. Saling bertatapan. Aidar tak pasti tapi ada sesuatu yang lain tentang Ruby.

Bermula daripada emosi Ruby yang tiba-tiba bercelaru angkara biskut, kemudian mengadu pinggangnya sakit dan sukar hendak mencari posisi yang selesa sebelum tidur. Sehinggalah berjalan mengelilingi bilik mereka. Tingkah laku Ruby benar-benar aneh.

Ruby merenung Aidar tak berkelip. Dia jatuh terdiam. Dia sendiri tiada jawapan untuk pertanyaan itu. Nak kata tak sihat, tubuhnya tidak panas. Tak ada penyakit lain. Selera makan juga kekal sama.

"Sebab saya bosan?" Ruby menebak.

Terzahir bening kecurigaan di sebalik mata Aidar. Dia tahu Ruby tak akan menyembunyikan apa-apa daripadanya kerana mereka sudah berjanji untuk saling menceritakan masalah kepada satu sama lain namun firasat hati Aidar mengatakan sesuatu yang bertentangan.

"Esok kita pergi klinik. We'll get your check-up," putus Aidar. Ton suara kedengaran sedikit tegas. Tak mahu memdengar bantahan. Tangan Ruby digenggam kemudian isterinya dipimpin ke katil.

"Tapi saya tak sakit. Kenapa nak pergi klinik?"

"Just to make sure about something and of course it's about your health. Esok aku temankan kau ke klinik. Kebetulan aku ambil cuti sehari jadi aku ada masa. Kita pergi sama-sama. Okay, precious?"

Lambat-lambat Ruby mengangguk setuju. Hati berbelah bagi. Dia nak bangkang sebab klinik dan hospital ialah tempat yang kurang digemarinya. Tapi dia mengerti Aidar risau dengan kesihatannya.

MEMATUNG SAJA Ruby di tempat duduk penumpang. Perkara yang dijelaskan oleh seorang doktor ketika dia dan Aidar pergi ke klinik tadi berlegar di ruang fikiran. Ternyata, dia mengandung.

Perutnya kini dihuni satu nyawa yang dikurniakan oleh Tuhan. Nyawa yang merupakan milik anak mereka berdua. Ianya bukti kepada cinta mereka walau pernah terselit sebuah persengketaan.

Tangan dilekap pada perutnya yang sedikit terbentuk. Ruby tak mampu mengungkapkan betapa bahagianya dia sebaik mendapat tahu berita gembira itu. Tak diduga juga, Aidar yang sebak dulu.

Aidar sudah berbulan lama memendam impian ingin membina keluarga kecil bersama Ruby. Akhirnya, impian itu termakbul. Sebuah keluarga yang bermula daripada dua insan kini ditambah dengan anak yang bakal menjadi penguat semangat Aidar untuk terus berbakti kepada negara dan mengumpul rezeki mereka.

Seminit Ruby menunggu sembari tangan mengusap perutnya yang telah mencecah kandungan tiga bulan. Dia tak sedar selama ini dia membawa bayi dalam perutnya tiga bulan kerana tak mengalami sebarang alahan. Itu sebabnya dia tidak tahu apa-apa.

Keluar dari klinik setelah membayar apa yang patut, Aidar masuk ke dalam perut kereta. Wajahnya diraup. Jantung bergelora kencang. Andai ini sebuah mimpi yang hanya mempermainkan dirinya, tolong campak dia ke dalam gaung. Mata melirik ke sisi. Jatuh melorot pada perut Ruby yang sedikit buncit. Ini bukan mimpi, Aidar!

Isterinya memang mengandung.

"Aku tak percaya. Tak lama lagi, aku akan jadi ayah. Aku..." Kata-kata Aidar tergantung sebentar. Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin. Menghilangkan debaran yang menghentam dada.

"Aku happy sangat, precious. Kau bawa anak kita dalam perut kau. Aku masih ragu-ragu dengan diri aku. Aku tak tahu kalau aku boleh jadi ayah yang sempurna untuk anak kita tapi aku akan cuba. Aku akan cuba jadi ayah yang terbaik untuk anak kita dan aku takkan abaikan kau. Aku janji aku akan sentiasa ada untuk kau."

Tangan Ruby disentuh kemudian dirapatkan ke bibir. Aidar melabuh satu kucupan pada jari-jemari Ruby. Tepat pada jari manis isterinya dan di mana cincin perkahwinan mereka tersarung. Sungguh, dia bersyukur. Memiliki Ruby di samping melengkapkan jiwanya.

Bibir Ruby menguntum senyuman. Dia rasa amat beruntung menjadi pasangan hidup Aidar. Segala apa yang Aidar buktikan, perjuangkan dan pertahankan demi cinta mereka, usahanya dikagumi oleh Ruby.

"Saya pun janji saya akan sentiasa ada untuk awak. Bila awak penat bertempur, bila awak penat berjuang untuk negara, saya nak awak ingat yang saya akan tunggu awak di rumah. Saya akan selalu tunggu awak balik, Aidar." Ruby meluahkan jujur.

Hangat terasa kelopak mata. Air mata yang bertakung mengaburi penglihatan Aidar. Apa yang meniti di bibir Ruby menjerut tangkai hatinya. Hanya itu yang dia inginkan. Kepulangannya usai lelah berjuang di medan pertempuran disambut oleh Ruby. Isterinya.

Tak memberi jawapan, belakang tengkuk Ruby dipaut kemudian dia meragut lembut bibir Ruby. Kucupan itu penuh dengan rasa sayang yang terkandas di dalam sangkar hati Aidar. Perasaan yang tidak mungkin mempunyai penghujung dan penamatnya.

"I love you more than words itself and if loving you for eternity is the reason why I am breathing, I will gladly keep loving you until my soul dies somewhere in the universe."

Aidar berbisik penuh gemersik usai kucupan itu dileraikan. Jarak wajah kekal rapat. Ulas bibir mereka berselisih. Saling bersentuhan lembut. Selagi jasadnya masih bernyawa, selagi jantungnya masih berdetak, dia akan mencari haluan untuk berada di sisi Ruby.

Kerana Ruby Harzen umpama sinar cahaya yang memimpin Aidar sepanjang liku hidupnya yang dipenuhi dengan kegelapan. Persis segugus bintang yang menghiasi dada langit pabila waktu malam.

Bintang yang bercahaya terang-benderang.

"Tak nak balas ke luahan aku? Aku tengah tunggu ni." Aidar menyoal. Nada suara mengusik.

Dipintal lembut hujung rambut Ruby sebelum helaian rambut itu diselitkan ke belakang telinga. Ruby menahan tawa. Tangan Aidar lantas diraih. Jari-jemari mereka terus bersulam kemas dan erat.

"I love you too, Leftenan Muda Aidar."

Pasangan suami isteri itu berbalas senyuman. Tautan mata mereka tidak terlerai. Cinta itu benar-benar indah. Amat indah tatkala menemui pendamping yang berkongsi suka dan duka bersama.

AIDARWhere stories live. Discover now