"ALONG..." panggil Nail Raiyan. Lembut sahaja nada suaranya memanggil Niel tetapi Niel langsung tidak memberi apa-apa respon.
Dari malam semalam sehinggalah selesai pengebumian Raudhah dan Rayfa, Niel langsung tidak bercakap apa-apa. Matanya pula sudah bengkak dan merah dek kerana menangis dari semalam tidak berhenti-henti. Makan minum langsung tidak diusik. Sungguh dia amat rasa sedih dengan pemergian dua orang adik perempuannya secara serentak.
"Abang... Sudah-sudahlah tu, jomlah kita balik..." pujuk Dian. Selalunya Niel cepat makan dengan pujukan isterinya tetapi pada hari ini, pujukan isterinya langsung tidak menjadi.
"Niel... Papa dan mama nak minta izin bawa Dian balik rumah kami, boleh? Papa rasa, kamu perlu tenangkan fikiran kamu dulu. Biarlah Dian tinggal dengan kami buat sementara waktu," ujar Dato' Dazlin yang turut hadiri majlis pengebumian Raudhah dan Rayfa.
Niel tidak bercakap apa-apa. Dia hanya mengangguk tanda setuju sahaja.
"Abang, Dian pergi dulu ye? Abang jangan tinggalkan Dian lama-lama tau.." sempat lagi Dian memesan suaminya untuk tidak meninggalkan dirinya lama-lama.
Dian menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan suaminya. Niel hanya menghulurkan sahaja tangannya. Sempat juga Niel mencium dahi isterinya.
"Sorry.. I need a time," kata Niel perlahan dengan rasa bersalah.
"Tak apa.. Saya faham," balas Dian sebelum dia mengatur langkah keluar dari Tanah Perkuburan Islam itu.
Niel hanya memerhatikan sahaja pemergian isterinya. Tidak tahu sampai bila dia akan meninggalkan isterinya bersama Dato' Dazlin dan Datin Dara. Mungkin seminggu?
Selepas bayangan Dian menghilang, airmata Niel sambung mengalir di pipi. Hari ini, dia benar-benar rasa sakit. Sakit apa? Sakit kehilangan.
"Lindungi adik-adik perempuan kamu, Niel. Mereka dalam bahaya. Jaga mereka baik-baik."
Tiba-tiba sahaja kata-kata dari abahnya bermain di fikirannya. Itulah pesan seorang ayah kepada anak sulungnya kelmarin.
Kini, barulah Niel sedar, mengapa abahnya lebih menyuruhnya untuk melindungi Raudhah dan Rayfa.
"Maafkan, along... Along gagal melindungi adik-adik along..." kata Niel Raizan.
"Along..." panggil Nail lembut sambil mengusap perlahan belakang abangnya.
"Jangan panggil aku along. Aku tak layak," ujar Niel Raizan pada adik lelakinya.
"No, Kau layak!" bantah Nail.
"Layak? Layak apanya? Dulu, aku hilang dua orang adik kembar aku. Kemudian, umi dan abah pula menyusul mereka. Sekarang, Raudhah dan Rayfa pula. Kau tak nampak ke kegagalan aku di situ, Nail? Aku gagal lindungi mereka! Mana perginya tanggungjawab aku sebagai anak sulung? Mana perginya tanggungjawab aku sebagai ketua keluarga? Anak jenis apa aku ni? Abang jenis apa aku ni?" soal Niel Raizan. Laju airmatanya mengalir hanya kerana sebuah kegagalan.
"Along... Kau sedar atau tidak yang kau sekarang berada di dunia? Kau lupa ke bahawa dunia adalah tempat kita diuji?" giliran Nail pula bertanya. Airmatanya yang sudah lama mengering, tiba-tiba sahaja basah semula. Dia juga diuji. Diuji dengan rasa kehilangan sama seperti abangnya.
Niel sudah mati kata-kata. Dia tidak tahu mahu balas apa lagi. Di fikirannya hanya memikirkan, apa ujian seterusnya yang akan datang di dalam hidupnya. Adakah dia akan kehilangan orang yang dia sayang lagi? Tetapi siapa? Dian? Tidak... Bukan Dian... Bukan... Insyaallah bukan...
"Assalamualaikum," tiba-tiba sahaja muncul suara seseorang memberi salam dari arah belakang.
Niel dan Nail terus menolehkan kepala mereka.
"Naz..." mulut Niel menyeru nama Naz yang sedang tersenyum nipis ke arahnya.
Naz terus melabuhkan punggungnya di sebelah Niel sebelum dia memeluk tubuh sepupunya itu.
"Naz... Aku gagal lagi, Naz..." kata Niel sambil menangis.
"Tak, Niel... Kau sudah lulus jadi seorang abang yang baik dan bertanggungjawab," pujuk Naz. Belakang Niel ditepuk beberapa kali olehnya untuk menyakinkan lelaki itu.
"Sepatutnya aku lepaskan Raudhah pada kau, Naz... Tapi, aku silap... Maafkan aku, Naz..." ujar Niel Raizan dengan penuh rasa menyesal.
Ye, Naz memang menyukai Raudhah dari dulu lagi. Dia memang sudah berniat untuk menjadikan Raudhah sebagai isterinya. Puas dia pujuk Niel tetapi Niel enggan menerimanya. Kata Niel, ada lelaki yang sudah menempah Raudhah lebih awal cuma lelaki itu masih belum memunculkan dirinya lagi.
Naz langsung tidak ambil hati. Dia terima keputusan Niel walaupun keputusan itu menyakitkan. Semasa Raudhah kahwin, dia hanya singgah ke majlis perkahwinan Raudhah sekejap sahaja. Hatinya sakit melihat orang yang dia sayang menjadi milik orang lain tetapi hatinya juga bahagia melihat orang yang dia sayang bahagian.
"Jangan salahkan diri kau, Niel. Nasi dah jadi bubur. Apa lagi yang kau mengharapkan, Niel? Bubur jadi Nasi? Mustahil," kata Naz Eiman.
"Habis tu, apa yang aku perlu buat? Gembira lihat Nasi dah jadi bubur sedangkan tekak inginkan nasi?" soal Niel Raizan.
"Hanya dua perkara yang kau boleh buat. Pertama, bersyukur. Kedua, redha.." balas Naz Eiman.
"Apa maksud kau, Naz?" soal Niel.
"Along... Dulu, kau dan kakak selalu pesan pada aku untuk bersyukur dengan segala pemberian yang Allah dah beri. Kau juga tidak lupa untuk mengajar aku erti keredhaan. Aku yakin kau faham maksud Naz, cuma kau kurang jelas," ujar Nail di sebelahnya.
"Betul kata Nail tu. Aku tak nak terangkan dekat kau. Aku yakin kau boleh cari jawapan itu sendiri," kata Naz Eiman.
"Hm," itu sahajalah yang Niel balas.
"Dah lah, jom kita balik. Esok kita datang lagi," pujuk Nail Raiyan kepada abangnya.
Kali ini, Niel mengangguk tanda setuju. Dia juga hampir kehilangan seluruh tenaganya. Dari semalam dia menguruskan jenazah adik-adik perempuannya. Tambahan pula tidak makan dan minum seharian. Hanya menangis sahaja.
"Raudhah... Along minta diri dulu. Esok along datang lagi ye? Insyaallah, akan datang along bawa anak Raudhah datang ke sini ye," ujar Niel buat kali terakhir pada pusara Raudhah. Bercakap dengan pusara itu seolah-olah dia sedang bercakap dengan Raudhah. Terubat sedikit rasa kehilangan itu.
"Rayfa... Rayfa teringin nak berjumpa dengan umi dan abah kan? Sekarang Rayfa dah boleh jumpa mereka, sayang. Rayfa jaga diri baik-baik ye? Along minta diri dulu. Esok along datang lagi.." pesanan terakhir buat adik bongsunya sebelum dia bangun dan pergi meninggalkan pusara itu.
"Nail," panggil Naz dengan nada berbisik.
Nail hanya sahut dengan mengangkat sedikit kening sebelahnya.
"Mana Faaeq? Dia tak ada datang sini ke?" soal Naz dengan nada berbisik dek kerana tidak mahu di dengar oleh Niel Raizan.
Nail hanya membalas dengan mengangkat sedikit kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.
YOU ARE READING
Sworn Love: Niel Raizan | C
Romance⚠️ Gangguan mental ⚠️ Melodrama ⚠️ Pengorbanan anak sulung ----------------------------------------------------------------- NIEL RAIZAN, dari umurnya kecil lagi, dia sudah diuji dengan pelbagai ujian. Bermula dengan kehilangan dua orang adik kemba...