CHAPTER 1

16 2 0
                                    

Ding Dong...

Ding Dong...

Dua kali loceng berbunyi, namun keheningan tetap menguasai ruangan di dalam, tiada siapa yang menjejakkan kaki keluar untuk membuka pintu.

Ding Dong...

Loceng dibunyi buat kali ke tiganya, belum sempat Allen menekan loceng buat kali ke empat tiba-tiba..

'Eh jap... kalau tekan loceng lebih dari tiga kali tak sopan pulak kan,' bisik Allen dalam hati.

'Ah, rumah member,' jari-jarinya terus menekan loceng itu berkali-kali.

Ddddddddddddddding Dong

Pintu itu masih belum dibuka...

"Ha! Sah sah si Din ni tengah tidur sekarang ni!" tanpa membuang masa, Allen terus menelipon Denniz.

Bzzz Bzzz

Denniz yang baru terjaga dari tidurnya segera meraih iPhone miliknya dari meja kecil di samping katil. Cahaya samar-samar yang masuk melalui tingkap menghiasi wajahnya yang masih mengantuk, sementara dia memeriksa dengan cepat siapa yang sedang menelefonnya.

'Alien (Allen)'

Lambat-lambat, dia menolak panggilan itu. Hening kembali menyelubungi bilik, hanya terdengar hembusan nafasnya yang perlahan.

Bzzz Bzzz

Telefon Denniz kembali berdering dengan memaksa untuk diangkat. Denniz mendengus geram, lalu dengan langkah berat, dia bangun dari katil dan menuju ke ruang tamu. Daun pintu itu dibuka dengan kasar.

Ketika daun pintu itu terbuka, Allen melangkah dengan laju ke dalam rumah Penthouse Denniz.

GEDEBUK!

Allen menghempaskan badannya ke sofa yang empuk itu.

"Bodoh, lama- lama bukan sofa aku je roboh, tapi bangunan ni sekali roboh." Denniz mengetuk kepala Allen.

"Aduh! Kau ni! Lepasni kalau aku jadi bengap macam El, aku salahkan kau!" Allen mengusap kepalanya yang baru sahaja diketuk tadi.

"Kau dari lahir dah bengap, salahkan Izzan." Denniz mengarahkan langkahnya ke dapur.

"Hey! Bapak-bapak jangan main eh."

Denniz menjelirkan lidahnya.

"Kenapa kau datang sini?" tanya Denniz sambil menghulurkan cawan kaca berisi jus oren pada Allen.

"Nak pinjam garam." ujar Allen. Matanya terpaku pada layar televisi di depannya, menonton cerita Wonder Pets dengan penuh konsentrasi.

"Gurau gurau, sebenarnya...." Allen sengaja membiarkan ayatnya tergantung, hanya untuk membuat Denniz bertanya-tanya.

"Urm sebenarnya..."

"Seb-"

"Sebelum aku naik hulk lebih baik kau bagitau betul-betul sekarang," Denniz terlebih dahulu potong ayat Allen.

Allen menyipitkan mata, mencoba memilih kata-kata dengan hati-hati. "Abang kau suruh kau datang ke SEA malam ni, ada hal penting yang nak dibicarakan katanya."

'Oh, pasal SEA rupanya.'

Denniz menggelengkan kepala dengan ekspresi malas. "Aku dah kata aku dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan SEA."

"Aku suruh pergi, pergi je la halah." gumam Allen.

Allen mendehem "Peranan kau di SEA penting, Neez. Kau one of the agen yang terkuat kot. Pasal Zade tu, biarlah berlalu. Tak payah lah fikirkan yang dah lepas."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

「 OG」 His Lady : Seeking Forgiveness From Elyn Delila Where stories live. Discover now