Hikayat Sembilan : Nilakandi

0 0 0
                                    

Naim bangkit daripada melutut di sisi Satria lalu mengambil pedang keris sakti keluk lima itu daripada tercacak di atas tanah.

"Satria, aku pinjam pedang kau." Ucap Naim.

"Kawan kau mentah. Sekarang tunjukkan kehebatan kau pula." Ucap Aloisio kepada Naim.

Naim menepuk dua kali pada pedang keris sakti keluk 5 milik Satria. Jatuh sebilah lagi pedang daripada udara namun kali ini berwarna serta bercahaya biru.

"Apakah." Terkejut Naim serta Aloisio.

Pedang yang jatuh tercacak di atas tanah daripada langit itu berkeluk tujuh dan berbatu delima biru bercahaya terang sambil berkelip-kelip. Naim mencapai dan menggenggam hulu pedang tersebut. Berlaku letusan api biru menyelubungi diri Naim bersama pedang tersebut.

Kini tangan kiri Naim berpedang keris biru sakti berkeluk tujuh manakala tangan kanan Naim terdapat pedang keris merah sakti berkeluk lima. Dua pedang itu memancarkan api marak tanpa bahan bakar dengan warna api masing-masing.

"Gunalah dua pedang sekalipun, takkan mengubah keputusan peraduan kita." Ucap Aloisio dengan bongkak.

Naim memecut lalu menyerang bertalu-talu. Aloisio mencuba sedaya upaya menahan dan mengelak serangan pedang daripada Naim. Naim beradu kemahiran berpedang. Naim menari-nari bersama dua pedang dan sebahagian kecil serangannya berjaya mendarat pada tubuh Aloisio. Aloisio melangkah beberapa kali ke belakang akibat impak berat serangan Naim.

Naim menikam Aloisio dengan dua pedang Aloisio melanting ke belakang buat beberapa meter namun berjaya menstabilkan tubuhnya dan dua kakinya kekal berdiri.

"Kau lebih berkemahiran dan matang daripada Satria. Aku akan bertarung dengan kau sepenuhnya." Ucap Aloisio.

Aloisio menekan tiga batu delima sakti pada pedang serta kepala tali pinggangnya. Enam batu delima sakti menyala terang. Aloisio memecut ke arah Naim.

Naim cuba mengelak serta menahan serangan daripada Aloisio namun pihak lawannya terlalu pantas. Aloisio berjaya menikam Naim dengan pedangnya melepasi pertahanan dua pedang Naim. Berlaku letupan kuat apabila pedang Aloisio mendarat pada tubuh Naim.

Naim melanting ke belakang lalu jatuh ke atas tanah bergolek-golek. Naim pantas bangkit lalu mengguling ke hadapan sambil mengelak serangan Aloisio yang cuba menetaknya ketika Naim tertiarap. Naim berjaya mengutip dua pedang lalu memusingkan tubuhnya menyebabkan dua pedang melibas tubuh belakang Aloisio.

Aloisio melangkah beberapa kali ke hadapan lalu berguling sebelum melutut di atas tanah menghadap Naim. Kini Naim dan Aloisio masing-masing melutut di atas tanah. Memandang antara satu sama lain dengan tenungan mata menikam. Mereka berdua bersedia dengan posisi teknik tempur masing-masing.

"Naim dahsyat." Ucap Satria sambil melihat pertarungan itu dalam keadaan tertiarap.

Aloisio memecut ke arah Naim. Naim pantas mencacak pedang yang ada pada tangan kanannya ke tanah lalu menarik keluar pistol flintlock daripada sarung pistol pada kepala tali pinggangnya. Naim menarik picu beberapa kali. Tembakannya mengena pada Aloisio namun pihak lawannya kelihatan tidak tergugat da masih meluru ke arahnya.

Naim mencacakkan pula pedang kiri ke tanah lalu menepuk batu delima sakti pada pistol flintlocknya. Berlaku tembakan berkuasa tinggi dilepaskan oleh Naim mendarat pada tubuh Aloisio. Aloisio melayang puluhan meter ke belakang. Aloisio jatuh berguling lalu berjaya duduk dalam keadaan melutut lantas melontarkan pedangnya dengan kelajuan tinggi ke arah Naim.

Naim mengelak daripada lontaran pedang Aloisio. Pedang Aloisio menikam ke tanah. Naim memalingkan pandangannya daripada melihat pedang milik Aloisio. Serta merta wajah Naim menerima tendangan padu daripada Aloisio. Naim berguling beberapa kali di atas tanah. Aloisio mendapatkan pedangnya lalu menetak Naim.

Naim menarik selaras senapang flintlock daripada badan belakang lalu menempatkan muncung senapang pada dada Aloisio. Naim menepuk tiga kali pada senapang flintlock. Naim menerima tetakan pedang yang berat daripada Aloisio. Naim mengerang kesakitan. Picu ditarik. Aloisio ditembak Naim dalam jarak sangat dekat menyebabkan Aloisio melayang puluhan meter ke belakang. Pedang miliknya terlepas daripada tangan.

Aloisio jatuh terbaring ke atas tanah. Naim menepuk-nepuk batu delima sakti pada senapang flintlocknya dan terus menembak Aloisio tanpa henti. Sedikit pun tidak memberi peluang kepada Aloisio untuk bangkit kembali bertarung.

"Matilah kau syaitan durjana!!!" Jerit Naim sambil terus menerus menembak Aloisio yang terbaring di atas tanah.

Tiba-tiba belakang Naim dilibas tiga kali oleh sebilah pedang terapung di udara. Setelah itu, pedang tersebut kembali ke dalam tangan Aloisio.

"Dahsyat lawan aku ini, bukan calang-calang pahlawan." Ucap Aloisio sambil melutut dan memeriksa pedangnya yang terdapat tiga batu delima sakti berwarna jernih seperti air.

Salah satu batu delima sakti jernih daripada kepala tali pinggang Aloisio meletus pecah berderai lalu tersejat sebelum menjejak tanah. Aloisio mengambil batu delima sakti daripada badan belakangnya lalu menggantikan batu delima sakti jernih baharu itu dengan yang meletus.

"Pertarungan kita masih belum tamat!!!" Naim melompat lalu mendarat di atas tanah. Kemudian dia berlari pecut ke arah Aloisio.

Aloisio melontarkan pedangnya. Naim mengelak dengan pantas daripada terkena lontaran pedang tersebut. Pedang itu menetak leher Naim secara sendirinya. Naim jatuh berpusing ke atas tanah. Pantas Naim menstabilkan diri dengan mengawal kedudukan dua kakinya.

Aloisio menendang Naim. Naim pantas menghalang tendangan Aloisio dengan laras senapang flintlocknya. Naim melangkah beberapa kali ke belakang lalu menahan tetakan pedang terapung di udara milik Aloisio. Naim menghayun laras senapangnya bagi memukul pedang terapung.

Naim melompat ke udara lalu berpusing ke belakang. Naim mendarat ke tengah di antara dua pedang keris sakti berkeluk. Menepuk batu delima sakti tiga kali pada kepala tali pinggangnya setelah meletakkan pistol flintlock ke dalam sarung yang juga merupakan kepala tali pinggang.

Naim mengambil dua pedang keris berkeluk sakti dengan dua tangannya. Seluruh tubuh Naim marak dengan api biru bersama dua pedangnya.

"Askar-askar! Serang dia!!!" Arah Aloisio kepada para askar portugis untuk menyerang Naim.

Sebahagian kecil askar-askar portugis menyerang Satria yang lemah tertiarap di atas tanah.

"Main keji." Ucap Naim.

"Lahanat keparat celaka." Ucap Satria.

Satria pantas memasukkan keris saktinya ke dalam sarung keris yang merupakan kepala tali pinggangnya. Kemudian Satria menepuk sebanyak tiga kali pada batu delima sakti pada kepala tali pinggang secara laju. Tubuh Satria meletup membakar beberapa askar portugis yang berada di sekelilingnya.

"Argh?!?!!!!" Jerit Satria kesakitan.

Seluruh tubuhnya kebakaran dengan api merah menyala dan menjilat sesiapa sahaja dengan api akan yang mendekatinya.

"Aku sangkakan batu delima sakti akan menyembuhkan aku tetapi aku rasa sangat panas seakan dibakar api." Ucap Satria dalam keadaan lemah serta posisi badannya rendah.

"Satria? Kau tak apa-apa?" Soal Naim kepada Satria sambil bergegas mendekati Satria.

Satria Sakti NusantaraWhere stories live. Discover now