Chapter 14

33 2 0
                                    


    Selepas Ochobot menutup panggilan itu. Dia lalu segera pergi ke bilik BoBoiBoy. MechaBot yang perasan Ochobot yang terbang dengan cepat lalu pelik.

MechaBot :"Dah kenapa dengan dia ni?" sambil memandang Ochobot dari jauh.

MechaBot :"Humm.. Ikut je lah" dia lalu mengikut Ochobot secara senyap-senyap.

     Beberapa minit kemudian, elemental siblings dan kokotiam gang duduk dekat ruang tamu tengah bercakap dengan Fara. Setelah itu, mereka tetiba terkejut bila Ochobot terbang laju dan menuju ke arah bilik BoBoiBoy. MechaBot yang mengikuti dia hanya lelah kerana laju Ochobot terbang.

MechaBot :"Hadeh- penat deh-"

Elemental siblings (-Halilintar) :"MechaBot!?"

MechaBot :"OH POCONG GULA-GULA!? Eh-? Dah kenapa tetiba aku cakap pasal hantu bumi ni-" dia lalu perasan yang lain memandang dia.

MechaBot :"Eh, bai! Aku malas nak layan korang! Tata!" sambil terbang menuju ke bilik BoBoiBoy.

Mereka (-Halilintar) :"Lah-"

Halilintar :'Kenapa Ochobot nampak cemas tadi..' sambil memandang ke arah Ochobot lalu tadi.

Blaze :"Bruh macam tu je dia tinggal"

Taufan :"Bruh. Dah ah! Jom sambung cerita!"

     Apabila Taufan nak sambung cerita, Halilintar lalu bangun secara tiba-tiba yang membuat yang lain terkejut sedikit.

Gopal :"Dye! Kau dah kenapa tiba-tiba bangun ni!?" sebelum dia habis cakap Halilintar lalu menggunakan kuasa dia dan menuju ke bilik BoBoiBoy dengan cepat.

Solar :"Dia dah kenapa?"

Duri :"Entahlah"

Gempa :'Kenapa aku rasa tak sedap hati..'

???? :'Tch! Kenapa harus Halilintar yang perasan!?' sambil membuat muka tak puas hati.

Di Bilik BoBoiBoy

    Di situ menunjukkan BoBoiBoy baring di atas katil dia sambil memegang kepala dia. BoBoiBoy hanya menahan sakit kepala dia dan menunggu Ochobot.

BoBoiBoy :"K-kenapa O-Ochobot lambat n-ni"

    Setelah itu, Ochobot lalu membuka pintu dan terkejut tengok BoBoiBoy macam tu.

Ochobot :"BoBoiBoy!!" sambil terbang ke arah Bff dia.

    2 minit kemudian, MechaBot lalu sampai berserta dengan Halilintar. Mereka berdua lalu terkejut tengok BoBoiBoy. Halilintar yang terkejut lalu pergi ke BoBoiBoy dengan cepat.

Halilintar :"Adik!? Kenapa ni!?"

     BoBoiBoy tidak jawab soalan Halilintar kerana sakit kepala dia tak boleh bawak bincang. Ochobot lalu teringat BoBoiBoy cakap apa tadi lalu membuat portal ke bumi. Halilintar dan MechaBot terkejut bila tetiba Ochobot buka portal.

MechaBot :"Weh Ochobot!? Kenapa kau buka portal ni!?"

Ochobot :"Takde banyak masa!! Kita kena bawak BoBoiBoy balik bumi!!" sambil memandang mereka berdua.

     Halilintar lalu mengangguk kepala dia dan mendukung BoBoiBoy dan masuk ke dalam portal tersebut dengan Ochobot. MechaBot yang mahu ikut kena halang oleh Ochobot.

MechaBot :"Eh!? Kenapa kau halang aku Ochobot!!"

Ochobot :"Maaf MechaBot kau tak boleh ikut. Dan lagi satu jangan bagi tahu sesiapa pun!" dia lalu menutup portal setelah dia masuk.

𝑴𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 𝑩𝒊𝒈 𝑩𝒓𝒐𝒕𝒉𝒆𝒓𝒔 (Discontinued) Where stories live. Discover now