Bab 4

10 0 0
                                    

Keesokkan harinya, tengahari yang panas, jujur aku dahaga. Tapi ingat yang aku ni puasa dan sekarang ialah bulan Ramadhan. Jadi aku harus tetap sabar.

Sekarang ialah waktu tadarus, waktu tu aku tak bawa al-Quran tafsir dan aku tiada wudhuk. Jadi aku tidak boleh membaca Quran. Yuni pula ikut saja jejak ku. Tidak patut dicontoh ya kawan kawan.

"Weh, jom pergi tandas kejap, nak tengok kelas diorang." Yuni kata kepada ku. Aku pun mengangguk tanda bersetuju. Kami pun berjalan keluar dari kelas.

Saat aku melihat kelas mereka, sangat ceria dan suasananya membuatkan aku rindu. Siapa saja yang tidak sedih seperti diriki kalau kita terasing dengan orang yang paling kita selalu luangkan masa.

"Seronoknya kelas diorang." Aku kata kepada Yuni. Yuni pun mengangguk. Alangkah rindunya aku ketika melihat kenangan kenangan aku dan kawanku yang lain di Ting 1. Ya walaupun kami masih baru tetapi kenangan kami kuat.

Selepas beberapa minit, aku dan Yuni keluar dari tandas, aku pun berjalan dulu sebelum Yuni. Saat aku mahu masuk ke kelas, aku melihat Arif merenungku. Aku pun buat acu tak acu saja. Ya lah, dia kan player dan buaya, perlu apa aku layan?

"Weh Farah, kau siap tak lagi math?" Yuni bertanya kepadaku ketika aku duduk di kerusi ku, Aku pun mengangguk dan bertanya kepada Yuni, "Dah, kau dah siap?" Yuni pun mengangguk tanda dia sudah menyiapkan kerja sekolah matematik.

Tiba tiba Helen dan Kiara menghampiriku, aku pun melihat kearahnya dan memberikan dia senyuman yang tipis. Dia pun berkata "Untung la cantik, ada orang suka." Aku masih keliru, siapa orang yang menyukaiku itu?

"Siapa suka dekat aku? Aku tak cantik pun." Balas aku dengan nada yang masih tertanya tanya. Helen dan Kiara pun melihat sesama sendiri. Aku yang duduk disini masih tertanya tanya. Tetapi selepas mereka berbisik, Helen dan Kiara menjeling aku tipis.

Aku hanya terdiam dan menutup mulut ku erat. Kenapa tiba tiba sahaja menjeling ku? Apakah salah aku? Helen dan Kiara pun bergerak pergi daripada aku. Aku berpaling ke arah Yuni.

"Kenapa diorang tu? Ada masalah mata ke?" Ingin sahaja aku tertawa teapi aku menahan gelakku. Otak ku masih bercelaru, ya lah..Ada orang suka aku tetapi dia misteri dan kenapa tiba tiba pula Helen dan Kiara jeling aku?

___________________________
"Terima kasih cikgu!!"

Waktu kelas pun dah tamat, kini masanya bergerak ke kelab persatuan. Aku kelab Pendidikan Islam dan Yuni kelab seni. Aku pun keluar kelas dan berjalan kearah kawan kawan ku yang lain.

"Haii!! i rindu you!!" Kata kawan ku, dia bernama Fia dan dia juga orang yang jenis slay dan juga elegant. Walaupun dia jenis yang masuk air tetapi aku selesa berkawan dengannya.

"I pun rindu you jugakk" Aku balas, Fia pun tersenyum manis dan tertawa. Aku pun membalas senyumannya dengan ketawa kecil.

"Jom lah kita masuk dalam surau, kat sini panas la" Kata ku lagi, jujur memang cuaca disini memang panas. Boleh mencecah 39 celcius sehari. Fia pun mengangguk dan kami duduk di dalam surau.

Semasa menunggu guru untuk kelab, kami bersembang dan juga bergelak tawa. Yalah, sebab dah lama tak bersembang macam ni. Sudah ada peluang, buat apa perlu aku sia sia kan.

"Ustazah dah datang, jom la pergi buat baris." Kata Fia. Aku pun mengangguk dan mengikut jejak Fia dari belakang. Saat aku duduk, aku perasan seseorang lelaki melihat kearah ku.

Dia ialah "Iqram" Ya. Dulu aku pernah ada rasa kepadanya tapi bukan sekarang. Dia melihatku sambil tersenyum tipis.

Pipi ku mulai memerah. Aku tidak sekuat itu untuk membalas senyumku kepadanya.

"Eh kau tengok apa tu?" Kawan ku menyampuk. Aku pun kembali merenung wajah kawanku. Aku hanya menggeleng dan melihat kearah ustazah.

"Takde apa apa lah, tadi ustazah ada kata apa apa ke?" Tanya ku. Aku tidak mahu mereka tahu yang aku melihat ke arah Iqram sebentar tadi. Aku pun menutup muka ku dengan buku nota.

Tetapi aku masih melihat Iqram memandangku, Tuhanku, dia mahu apa sebenarnya? Tiada tempat lain kah untuk dia pandang? Kenapa harus aku?

Kisah Cintaku Where stories live. Discover now