Prolog

23 3 0
                                    

Khaulah bangun awal dari biasa. Dia perlu menyediakan sarapan pagi untuk ibu bapanya sebelum mula menjual nasi lemak di tepi jalan. Khaulah menghidangkan mee goreng di atas meja dan menutupnya dengan tudung saji.

Khaulah terus berlari menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas, dia bersiap-siap untuk pergi menjual nasi lemak di tepi jalan. Khaulah bersiap ala kadar sahaja tetapi tetap nampak cantik. Dia membancuh air untuk ibu bapanya dan memasukkan semua nasi lemak yang telah dimasak ke dalam bakul.

Khaulah melangkah ke bawah dan menuju ke dapur. Dia terus mengambil bakul berisi nasi lemak. Belum sempat dia menoleh ke belakang, satu suara menyentak Khaulah dari belakang. Serta-merta badannya menggeletar ketakutan, dia cuba mengawal dirinya supaya tidak terlalu takut.

"Kau nak pergi mana, Khaulah?" Tanya Puan Mardhiah dengan nada dingin, matanya tajam merenung wajah anak perempuannya. Kalau boleh dia mahu saja menghalau gadis itu keluar dari rumah ini. Tapi, arwah suaminya lebih pantas menukar nama pemilik rumah ini dan semua hartanya diserahkan kepada Khaulah.

Walaupun Khaulah dibesarkan dalam suasana kampung sejak kecil. Namun, tidak dinafikan Khaulah merupakan anak kepada jutawan kaya raya di Kuala Lumpur yang telah lama hilang. Tiada siapa tahu kewujudan anak Tan Sri Ghibran Ariel Hudson. Kecuali pembantu peribadi Tan Sri Ghibran, Zake.

Puan Mardhiah tahu pembantu peribadi arwah suaminya sedang berusaha mencari keberadaan Khaulah. Selagi dia masih hidup di muka bumi ini dia tidak akan membenarkan sesiapa pun mengambil Khaulah daripadanya. Tidak akan! Tidak, selagi dia belum puas sepenuhnya.

"Ya, mommy. Khaulah nak pergi jual nasi lemak tepi jalan," ujar Khaulah dengan nada lembut dan perlahan sambil menundukkan kepalanya. Tubuhnya menggigil perlahan apabila melihat pandangan mata Hanafi pada tubuhnya.

"Nak ayah tolong hantarkan?" soal Hanafi dengan nada lembut. Matanya merenung tajam ke arah tubuh kurus dan langsing Khaulah. Dia sudah lama mengimpikan untuk memiliki gadis itu sepenuhnya. Namun, dia perlu bersabar sedikit masa lagi.

"Tak apa, Khaulah boleh pergi sendiri," kata Khaulah dengan nada lembut dan perlahan, dia menundukkan kepalanya dan memandang ke lantai. Tubuhnya tidak henti-henti menggigil ketakutan, dia benar-benar tidak selesa apabila bapa tirinya.

"Eh, perempuan! Ayah tiri kau nak hantar kau berniaga pun dah cukup bagus tau. Tak payah nak berlagak sangat!" Jerit Puan Mardhiah dengan sangat kuat. Dia geram dengan sikap anaknya itu. Sudah cukup baik lelaki itu menawarkan diri untuk menghantar gadis itu berniaga di tepi jalan.

Terangkat bahu Khaulah apabila dijerkah sebegitu oleh mommynya. Menitis air matanya menahan sebak dan ketakutan yang menyelubungi dada. Sampai hati perempuan itu memarahinya hanya kerana perkara kecil. Mana perginya perempuan yang dulunya sangat menyayanginya dan melindunginya sepenuh hati? Kini semua itu hanya tinggal kenangan.

Hanafi tersenyum sinis dalam diam. Dia suka melihat gadis itu menangis ketakutan seperti ini. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjadikan gadis itu miliknya. Hanafi mengusap lembut bahu Puan Mardhiah untuk menenangkan wanita itu dari api kemarahan.

"Tak apa, sayang. I tak kisah, jangan marah dia," ujar Hanafi separuh berbisik. Dia mencium pipi Puan Mardhiah lembut, tangannya merayap ke seluruh belakang badan Puan Mardhiah. Wanita itu tersenyum melihat gelagat Hanafi terhadapnya.

“Nasib baik ada Hanafi kalau tak memang mampus kau dengan aku,” kata Puan Mardhiah dengan nada dingin, matanya merenung tajam wajah Khaulah yang dibasahi air mata. Dia langsung tidak berasa kasihan dengan anak yang pernah disayanginya.

Puan Mardhiah menarik perlahan tangan suaminya dan mereka berdua berlalu pergi ke bilik tidur mereka. Dia tidak berselera untuk makan masakan anak perempuannya. Hanafi hanya mengikut langkah isterinya dari belakang, dia sempat menoleh melihat Khaulah berdiri kaku di dapur.

Khaulah jatuh terduduk di atas lantai rumahnya. Air matanya mengalir, dia memegang dada kirinya dengan kuat. Dia menangis semahu-mahunya di situ, Khaulah melepaskan segala kesakitan yang ditanggungnya selama ini. Dia tidak cukup kuat untuk menghadapi semua ini seorang diri.

Kalau daddy ada dengan dia sekarang ni, dia pasti gembira. Namun, sejak dia dilahirkan dia tidak pernah bertemu dengan daddynya. Apabila ditanya tentang perkara ini, mommynya akan menderanya habis-habisan. Khaulah mengesat air matanya, perlahan-lahan dia bangun dari duduk dan berjalan keluar dari rumah, dia sudah lewat untuk berniaga.

Khaulah menarik nafas panjang dan menghembus perlahan. Dia tidak boleh terlalu mengikut perasaan, dia perlu bersabar dan kuat. Suatu hari nanti pasti akan ada kebahagiaan untuknya. Moga ada sinar untuk dirinya esok.

To już koniec opublikowanych części.

⏰ Ostatnio Aktualizowane: Apr 26 ⏰

Dodaj to dzieło do Biblioteki, aby dostawać powiadomienia o nowych częściach!

Fareez's Her Darkness Guardian Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz