⋆୨୧˚ | bab 2

29 6 3
                                    

sampai sahaja Adllyn didepan pagar rumahnya, adllyn cepat-cepat masuk kedalam rumah.

"aslm ibu! ayah! Adllyn dah balik" jerit Adllyn dari ruang tamu.

Siti Khadijah dan Tengku Ahmad berjalan ke ruang tamu untuk menyambut ketibaan Adllyn.

"wslm" jawab serentak Siti Khadijah dan Tengku Ahmad.

"beli apa ja tadi Adllyn?" soal Tengku Ahmad, selalunya balik tangan mesti penuh dengan barang-barang.

"tak ada beli apa-apa pun ibu ayah, setakat pergi makan tu ada la" ujar Adllyn.

ibu bapa Adllyn mengangguk kepala tanda faham.

suasana mula menjadi sunyi bila tiada sesiapa membuka mulut.

KRIK KRIK

Siti Khadijah memandang suaminya ditepi, begitu juga dengan Tengku Ahmad.

"abang, bila nak bincang pasal perkahwinan Adllyn dengan anak jiran kita tu?" bisik Siti Khadijah ditelinga suaminya.

Tengku Ahmad mengangguk kepala, misi perjodohan bermula!

"ekhem Adllyn" Tengku Ahmad sedikit berdehem.

Adllyn menoleh ke arah ayahnya, lalu mengangkat sebelah kening seperti bertanya.

"kita duduk dulu boleh?" minta Tengku Ahmad kepada Adllyn dan isterinya.

"eh ibu tak join lah, ada kerja sikit kat dapur hihi, ibu pergi dulu ya?" pinta Siti Khadijah. Siti Khadijah menoleh sedikit kebelakang untuk melihat suaminya dan Adllyn.

Tengku Ahmad perasan dengan kelakuan isterinya. Tengku Ahmad hanya senyum kepada isterinya, faham dengan maksud dari isterinya.

Adllyn dan ayahnya mula mengatur langkah ke sofa.

"erm ayah nak bincang sesuatu dengan Adllyn, tapi Adllyn kena terima lah ya?" ujar Tengku Ahmad.

Adllyn berkerut dahi, tak faham dengan apa yang ayahnya katakan.

"listen Adllyn. Ayah nak jodohkan kamu dengan Raja Fayyad anak jiran kita tu, kenal?"

DUM!

Adllyn rasa seperti baru ditimpa batu yang besar, terkejut dengan apa yang baru keluar dari mulut ayahnya.

"Raja? ayah yakin ka nak jodohkan Adllyn dengan Raja tu?" soal Adllyn dengan serious.

"ya, ayah yakin dengan pilihan ayah" Tengku Ahmad yakin dengan pilihan dia kalini, selalunya jejaka-jejaka yang dia kenal tak ada yang dia berkenan. Tapi Raja ni memang cun!

"jadi kamu terima tak Adllyn?" kalini Tengku Ahmad pula bertanya dengan serious.

'adu aku nak terima ka tidak erk? kalau aku tolak nanti ayah kecewa dengan aku, kalau aku terima nanti aku jadi penyondol, mana tahu ada orang tergila-gilakan Raja, kan? dah la hensem, faham agama, soft spoken, eee lurve nya! eh silap-silap' fikir lah kau Adllyn.

"Adllyn? ayah tanya ni"

Adllyn masih mendiamkan diri, pening! nak terima ka tidak.

"Tengku Adllyn Natasha." tegas Tengku Ahmad memanggil Adllyn.

bahu Adllyn terhinjut kerana ayahnya memanggil nama penuhnya.

"ya? apa dia ayah?"

"ayah tanya, kamu terima ka tidak?" soal Tengku Ahmad lagi sekali.

"e-eh ya ya Adllyn terima" Adllyn jawab dengan tergagap-gagap, tidak pasti dengan pilihan jawapannya.

"bagus la kalau begitu, erm ayah bincang dengan family diaorang mungkin kamu kawin dengan Raja 21/5, kalau ada pertukaran tarikh ayah bagitahu lain ya Adllyn. Terima kasih Adllyn" Tengku Ahmad menghadiahkan senyuman kepada anaknya, gembira dengan keputusan Adllyn.

Adllyn membalas senyum ayahnya.

Tengku Ahmad bingkas bangun dari duduk, lalu menghayunkan kaki kedapur.

"EEE SUKANYA KAWIN DENGAN ABE RAJA!" Adllyn melompat-lompat diatas sofa.

tanpa Adllyn sedar, ibu dan ayahnya mengintainya dari dapur. Tengku Ahmad dan isterinya mengukirkan senyuman dibibir, mereka gembira melihat anaknya berkelakuan seperti begitu.

"alhamdulillah sayang, nanti kita dah ada menantu" ujar Tengku Ahmad.

Siti Khadijah hanya tersenyum menampakkan giginya.

_________________

vote le , nah munge 🌹
  ⋆˚୨ to be continued  ୧⋆。˚

KASIH SAYANG RAJA Where stories live. Discover now