Chapter 1: Permulaan

7 0 0
                                    

KRINGGG!!

Loceng sekolah berbunyi menandakan dua tanda. satu, sama ada masa rehat dan dua, waktu balik. Dan semestinya sekarang adalah waktu balik dari neraka buatan manusia yang entah siapa yang buat ni.

"Baik, kelas. Kamu boleh kemas beg sekarang dan sebelum keluar tutup kipas dan lampu ye. Takde sape nak bayar bill elektrik sekolah ni apa kamu ingat ni sekolah bapak kamu punya ke?" Cikgu Humairah iaitu guru mata pelajaran Sains menasihatkan kami dan sempat menyelitkan perlian ye disitu.

Semua pelajar kelas 5 Introgatif mula mengemas barang termasuk aku dan menyarungkan beg di belakang, babi makin lama makin berat beg aku ni. Ketua kelas, Nina mengucapkan kata-kata yang biasa dikatakan sebelum keluar kelas kepada cikgu dan semua murid pun mengulang semula ayat itu sebelum berlumba-lumba keluar, aku nampak ada yang hampir tergelincir masa turun tangga tadi. Dik, orang kata jangan main lari lari la nanti jatuh berdarah mahu tak sakit.

Tiba-tiba seorang pelajar jatuh tangga akibat berlari dan akhirnya tergelincir. Aku menutup mulut. Opps sorry ye sengaja.

Aku menggelengkan kepala sebelum turun tangga dan jalan dengan lenggang-kangkung, aku terdengar bunyi  tapak kasut tanpa menoleh dan serta merta tahu siapa yang menyelinap di belakang.

"Adam, jangan main hendap belakang orang macam tu. Kang ada jugak yang ingat kau perompak tak pun perogol." Aku menyelukkan tangan ke dalam poket seluar. Adam tersengih seketika sebelum menyamakan langkahnya dengan aku.

"So, apa plan kau lepas sekolah ni?"

Aku pandang langit. "Takde apa plan pun la, kau?"

"Hmm, tak tahu lagi. Aku ingat nak ajak kau gi mid valley balik ni- Eh borak nanti bapak aku dah sampai la." Aku hanya meng-'hmm'kan aje.

"Kau sure ni tak nak tumpang? Alah bukannye bapak aku makan orang pun."

"Takpe ah, dah aku lagi suka jalan kaki nak buat camne?"

Adam mengangguk faham sebelum masuk ke dalam kereta dan melambaikan tangannya ke arah aku, aku membalas lambaiannya sebelum meneruskan langkah ke rumah.

Biasanya, Adif, aku dan Hazim balik sama tapi hari ni entah macam mana semua sibuk, Adam pula balik naik bapak dia. Adif ngan Hazim sibuk dengan kelab bola takraw dan bola sepak. Si kembar tiga tu pulak AKA Naufal, Naqib dengan Mikael tak dapat balik sama sebab diorang ada practice untuk pertandingan lari 100m, kalau dalam sukan memang cikgu akan cari diorang sebab pernah menang tempat kedua dan pertama bergilir setiap tahun.

The girls AKA Jwani, Jae eun atau nama selepas dia masuk islamnya Fatihah(sesekali aku tetap memanggilnya jayun), Nara, Anna, Alya dan kembarnya Alia ada benda yang nak dibuat, hal perempuan katanya.

Selepas beberapa minit berjalan kakak dari sekolah hingga ke rumah, Aku mengeluarkan kunci rumah dan  membuka pagar rumah dan bukak pintu selepas memberi salam dan masuk ke dalam dengan kaki kanan. Aku melepaskan kasut dan meletakkannya di rak kasut.

Aku tengok sekeliling rumah. Kosong.

Biasalah tu, Emak aku kerja sebagai lawyer memang sibuk la dia tu, lagipun Emak akan berada di rumah apabila dia tiada kes atau pun minta cuti sakit jadi taklah sunyi sangat. Bapak aku pulak kerja sebagai doktor bukan doktor biasa.

Abang Aku, Alif bekerja di Sapura Group yang merupakan sebuah syarikat IT dan teknologi yang mempunyai nama gah di Malaysia. Dia bekerja bekerja bahagian juruteknik rangkaian computer, atau biasanya dipanggil Networking Technician.

Kakak aku pulak, Alisya bekerja di syarikat yang sama tetapi memegang jawatan HR Manager. Mereka kadang balik lewat malam kalau OV, Aku sudah biasa duduk rumah keseorangan. Mengeluh, aku masuk ke dalam bilik dan mengambil tuala sebelum masuk ke dalam bilik mandi.

Mak bapak aku memang pentingkan kesihatan dan kebersihan anak-anak mereka, so diorang kadang-kadang nasihatkan aku atau abang dan kakak untuk membiasakan diri mengubah pemakaian aku supaya lebih kemas dan segak.

Chapter 1: Permulaan End

-----------------------------------------------------------------
Soo... how's this chapter?? Good? Or Bad? Let me know in the comment. Ouh and jangan lupa vote tau!

Meera, peace out~!

Paranormal Horrorsquad [In Process]]Where stories live. Discover now