PARUT

0 0 0
                                    

Rindu ini telah menjadi parut.
Rindu ini begitu menyakitkan.
Parut di jari mampu hilang.
Tapi parut di hati takkan pernah pudar.
Entah ubat apa yang boleh disapukan.
Entah cecair apa yang boleh ditelan.
Selagi rindu ni menguasai diri,
Selagi itu parut akan terus bercambah.

Oh Tuhan, izinkan rindu kali ini mengubati parut di hati.
Izinkan parut kali ini dibaluti dengan perasaan rindu yang bahagia.
Oh Tuhan, sekiranya Engkau ingin menghantar rindu, hantarlah rindu yang membawa memori terindah.
Sekiranya Engkau ingin menghantar rindu sekali lagi,
Janganlah pula kau menghantar rindu yang sedang berduka.

Oh Tuhan, parut di hati bercambah dengan cepat.
Semoga Engkau tiupkan perasaan bahagia untuk menutupi parut hati yang sedang terluka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Langit Yang Mendung Where stories live. Discover now