9

3 2 0
                                    

" tumbuk lagi Jay, tumbuk! " arah Hyejin kepada Jay sambil tangan mereka bersama-sama bermain game tumbuk-tumbuk itu. Setelah bertungkus-lumus bekerjasama, akhirnya mereka berdua menang juga.

" yeay, yeah!! " Hyejin sudah melompat-lompat seperti budak kecil di situ manakala Jay hanya tersenyum melihat telatah Hyejin di sebelahnya lalu mereka bergerak ke game lain.

" jom main game lumba motor nak tak? " Hyejin memandang ke arah Jay lalu Jay hanya menganggukkan kepalanya tanda dia setuju lalu mereka pun berjalan ke arah game lumba motor.

" ni, awak jangan menang tau, bagi saya menang, " ujar Hyejin yang sudah duduk di atas motor mainan tersebut.

" tak janji, " Jay menjelirkan lidahnya pada Hyejin sebelum mereka mula melumba motor di dalam game.

" Jay!! Janganlah laju-laju! " cuak muka Hyejin apabila Jay jauh meninggalkan dirinya di belakang dan akhirnya Jay yang menang game itu. Selepas tamat game, Hyejin sudah mencebik kerana Jay tidak mahu bagi dirinya menang. 

" ni kenapa jadi itik ni? " soal Heeseung yang tiba-tiba muncul di tepi mereka.

" dia kalah lumba motor dengan aku, " balas Jay selamba. Makin menarik muka Hyejin di sebelah. 

" rilek ah, lumba motor dalam arcade je pun. Tu pun nak merajuk, " Heeseung membuat muka menyampah memandang adiknya itu. Jay hanya tergelak kecil di situ. Sedar tak sedar, sudah sebulan lebih Jay tinggal bersama mereka.

" mana Kyuri? " soal Hyejin yang akhirnya bersuara. 

" pergi tandas sat, eh jom pergi makan weh. Perut aku dah menjerit-jerit minta diisi ni, "  ujar Heeseung sambil mengusap-usap perutnya. 

" iya, tunggu la kekasih kau tu dulu. Hah panjang umur dia, " kelihatan Kyuri sedang berjalan ke arah mereka semua.

" ni pergi tandas ke pergi mandi ni? " soal Heeseung sambil berkerut melihat baju Kyuri habis basah kuyup .

" ish paip tu la!! " balas Kyuri. 

" dah-dah. Ni, jom pergi makan. Korang nak makan mana? Jay? " Heeseung menoleh memandang Jay.

" siapa Jay? " soal Kyuri bersama wajah yang agak blur.

" Jongseong, nama english dia Jay, " beritahu Hyejin.

" aik? Macam mana boleh ada nama english pula? " makin berkerut Kyuri dibuatnya. 

" sebab boleh sayang, dah cepatlah fikir nak makan kat mana sebelum aku mati kebuluran kat sini, " Heeseung sudah memeluk tubuh di situ.

" kita makan dekat 4fingers la, " cadang Hyejin.

" ada 4fingers ke kat sini? " soal Heeseung.

" ada tadi, level bawah arcade ni, " beritahu Hyejin.

" oh ha jomlah, " Heeseung terus memeluk bahu Jay lalu berjalan keluar dari arcade itu diikuti Hyejin dan Kyuri dari belakang. 

Selesai memesan makanan, Jay dan Heeseung pun berborak antara satu sama lain. Kyuri sibuk melayari Instagram manakala Hyejin pula sibuk memeriksa emailnya.

" WEHHH AKU DAPATTT !! " terus Hyejin berdiri sambil matanya bulat memandang skrin telefonnya.

" weh terkejut aku.. " Kyuri di sebelah sudah mengusap-usap dadanya memandang Hyejin. 

" dapat apa, awak? " soal Jay sambil terkebil-kebil memandang Hyejin. Heeseung turut memandang Hyejin dengan wajah penuh tanda tanya.

" NIIII !!! " Hyejin terus menunjuk skrin telefonnya pada Jay dan Heeseung.

" tahniah? anda diterima untuk menduduki peperiksaan? apo ni Hyejin? " baca Heeseung sambil berkerut seribu. Kyuri terus bangun juga lalu merampas telefon milik Hyejin. Lama dia menatap telefon itu sebelum dia memandang Hyejin dengan perasaan teruja lalu terus mereka berdua melompat-lompat sambil berpelukan di situ. 

" woi woi malu kat orang woi ! " tegur Heeseung apabila perasan semua mata yang berada di dalam 4fingers itu memandang ke arah meja mereka.

" tahniah Hyejin-nim, " ucap Kyuri setelah mereka berdua duduk semula.

" tak faham lah, apa maksud email tu? " soal Heeseung lagi. 

" ishhh kau ni bang, aku dapat kerja kerajaan, kalau aku lulus peperiksaan ni, aku kena pergi Seoul untuk interview dan kalau lulus interview, aku dah boleh start kerja kerajaan!! " beritahu Hyejin dengan muka yang sangat teruja. 

" oh wahhh tahniah awakkkk !! " Jay terus tersenyum manis kepada Hyejin.

" lah kena exam dulu? Kalau kau gagal macam mana? " soal Heeseung selamba. 

" ey, doakan la dia lulus exam tu. Awak ni kenapa? " balas Kyuri .

" tak, saya cakap je, " balas Heeseung pula.

" aku. Akan pastikan aku dapat kerja tu, " ujar Hyejin bersama semangat yang sudah penuh di dada.

" bagus la macam tu, " Heeseung mengangguk-anggukkan kepalanya dan tiba-tiba pelayan datang menghidang makanan yang mereka pesan.

Bang!!

Bang!!

Satu persatu tembakan dilepaskan pada anak-anak buahnya. Terketar-ketar lutut Keeho apabila Nick sudah mengamuk sebegitu rupa.

" aku suruh korang cari dia, yang korang sedap pergi bantai bercuti kenapa? Tengok sekarang dia dah terlepas!! " Nick menendang-nendang badan-badan anak buahnya yang sudah terkulai di lantai akibat ditembak olehnya itu.

" m-maafkan kami tuan.. " ujar salah seorang anak buahnya sambil melutut di hadapan Nick.

" kau ingat dengan maaf tu cukup ke? Takguna!!! " terus ditembak anak buahnya itu tepak di dahinya membuatkan lelaki itu terus jatuh terkulai di situ.

" kalau korang semua tak dapat Jay dan Jake, aku bunuh korang semua !!! " jerit Nick lagi sekuat hatinya. Nick terus meluru ke arah Keeho apabila perasan yang Keeho ada di situ.

" t-tolong jangan bunuh saya tuan.. " terus Keeho sujud di kaki Nick. Habis berpeluh habis Keeho ketika itu kerana sangat ketakutan.

Dagu Keeho diangkat sedikit oleh Nick. Nick tersenyum sinis pada Keeho sebelum dia terus menampar wajah milik lelaki itu.

" kau yang paling patuh dengan aku Keeho tapi kau perlu ajar budak-budak kau buat kerja!! Jangan tahu menyusahkan aku saja!! " tengking Nick membuatkan Keeho duduk sujud semula di hadapannya. 

" kau tahu kan? Jay dan Jake tu bawah tanggungjawab kau sebab kau yang bawa masuk mereka berdua ke dalam ni? " soal Nick sambil duduk bercangkung di hadapan Keeho. 

" y-ya tuan! Saya janji dengan sepenuh hati yang saya akan bawa balik mayat mereka berdua! " balas Keeho bersama mata yang sudah berair.

" bagus, " Nick bangun lalu terus dia beredar keluar dari situ.

tbc.

kat atas gambar Keeho

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

kat atas gambar Keeho.

LuckyFate. [OG]Where stories live. Discover now