Bab 20

133 14 9
                                    

(Still throwback)

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

(Still throwback)

SAAT Tiara melangkah keluar dari bilik mandi, dia terkejut melihat kehadiran Tengku Izzati dalam biliknya. Kening berkerut tipis. Apa yang gadis itu buat dalam biliknya?

Mustahil cari dia kot, padahal baru sahaja tadi mereka bertembung depan pintu, dia siap terima warning lagi. Takkanlah gadis itu datang balik nak tambah warning pula. Tiara garu kening, Aduh...

Kaki terhenti tadi kembali di orak menuju ke arah Tengku Izzati yang berdiri membelakanginya. Bila berdiri di belakang Tengku Izzati, Tiara angkat tangan menyentuh bahu gadis cantik yang lebih tinggi darinya itu.

Tengku Izzati berpaling. Dengan senyuman paling lebar di bibir merah yang dioleskan lipstick. Tiara terkelip-kelip, dah kenapa?

"Let me guess, anak abang Leo?"

Tiara terkedu, bibirnya bergetar halus. Dadanya mulai berdegup kencang.

Tengku Izzati tukar senyuman lebar kepada senyuman sinis. Alat penguji kehamilan yang berada di tangannya diangkat keatas buat mata Tiara membulat besar.

Dia punya!

Dengan pantas Tiara bertindak merampas alat tersebut tapi Tengku Izzati lebih pantas mengelak sebelum ketawa kuat.

"Hahahahahaha! Seriously? Gadis bisu macam kau ni abang Leo pun berselera juga kan?" Sinis gadis itu.

Tiara geleng kepala. Dia kembali meragut barangnya dari tangan Tengku Izzati. Itu alat penguji kehamilan yang dia buat selepas pulang dari hospital. Sebelum balik, dia sempat ke farmasi untuk membeli alat tersebut. Dia tahu, dia sudah tahu. Tapi dia cuma nak pastikan, tak mustahil doktor tersalah check kan? Dan bila keputusan yang ditunjukkan juga positif. Tiara akhirnya akur dengan takdir.

Dia terima kehadiran bayi ini. Dan sekarang, kenapa benda itu ada ditangan Tengku Izzati?! Padahal dia sudah sorok di tempat paling aman.

Kejap.

Tiara palingkan wajah ke kiri dimana almarinya terletak. Mata yang sudah membulat semakin terbeliak besar ketika melihat tabung pemberian arwah Ibunya sudahpun hancur menjadi kepingan diatas lantai.

Dunianya seakan terhenti. Tiara tergaman hingga lupa cara untuk bernafas. Itu, satu-satunya barang kesayangan milik ibunya. Dia jaga tabung itu sejak kecil. Bahkan tak pernah membiarkan habuk menyentuh. Tapi Tengku Izzati bukan sahaja menyentuh malah menghancurkan harta peninggalan ibunya.

Perasan kemana arah tujuan mata Tiara. Tengku Izzati bersuara selamba.

"Opps, aku tengah cari barang aku dalam almari aku. Rantai aku hilang. Orang ayng last bersihkan bilik aku, kau kan? So tak salah aku buat spotcheck dalam bilik kau. Bila aku tengah cari dalam almari buruk kau tu, aku tertepis natang hodoh tu dan buruk tu. And guess what? It's not money but this! Wow!" Alat penguji kehamilan itu diangkat tinggi seolah dia kagum dengan apa yang dia temui. Langsung tiada rasa bersalah dalam dirinya.

TWISTED REVENGE Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora