Thirty-four

32 3 0
                                    

"Jadi, kau dengan Aniq dah berbaiklah?" tanya Ainur dari hujung talian sewaktu mereka bervideo call malam itu.

Hawa terdiam sebentar sebelum mengangkat bahu kemudian mengangguk. Ainur berkerut.

"Mana satu ni, angkat bahu ke angguk? Tak tahu ke ya?"

"Hmm..ya. Kot. Ish, yalah, aku dah berbaik dengan Aniq. Tak tahulah sebelum ni kitorang putus kawan ke apa sebenarnya. More like..keeping secrets from each other," balas Hawa, nafasnya dihembus geram. Entahlah, dia tak nak kenang benda dah lalu. Buat malu je.

Tiba-tiba Ainur tersengih. Dia menggerak-gerakkan kedua keningnya ke arah Hawa.

"Haa..Aniq berahsia pasal hubungan dia dengan Ain. Kau pulak berahsia pasal kau suka Aniq. Haih, dunia, dunia. Banyak betul drama," kata Ainur sambil ketawa terbahak-bahak.

Hawa hanya mencebik. Sukalah tu dapat kenakan dia. Memang sampai ke sudah la Ainur akan ungkit pasal ni. Dia guarantee sangat.

"Dah, dah, diam. Tak payahla nak bagitahu semua orang," balas Hawa. Dia sempat menoleh ke arah belakangnya. Tak ada orang pun. Dia sedang duduk di atas sofa yang terletak di dalam bilik rehat di kafenya. Akhir-akhir ni, makin rajin pulak dia datang kafe. Salah satu sebabnya ialah Kiera yang busy dengan kerja sebagai cashier dan manager, jadi dia yang bos ni pula rajin volunteer untuk tolong apa yang patut.

Memang macam tak ada kerja. Rasanya kalau orang yang tak kenal dia akan anggap Kiera tu bos dan dia cuma pekerja di situ. 

Pekerja part-time. Sebab macam biskut, sekejap ada, sekejap takde.

Tiba-tiba, Ainur menegakkan badannya. Tangan kanannya diangkat tinggi, dan jari tangan kanannya dipetik, bagaikan baru teringat sesuatu.

"Ha! Aku baru teringat. Kitorang nak buat kenduri doa selamat sikit hujung mingu ni, sempena aku pregnant anak first ni. Mak aku yang nak buat. Kat rumah aku je. So, aku nak jemput kau, Aniq, dan..Ain."

Hawa hanya mengangkat kening tanda pelik namun tidak membalas kata-kata Ainur.

"Taklah, aku nak jemput dia sebab dia kawan Aniq je. Nak kenal-kenal," sambung Ainur, memberikan hujah untuk tindakan yang diambilnya.

Hawa menyengetkan kepala dan memandang Ainur dengan pandangan skeptikal.

Seriously?

"Kau nak jemput dia sebab kau nak interrogate dia je kan sebenarnya? Kau nak dengar dia confess yang dia suka Aniq, kan? Sengaja nak tengok dia tortured, kan? Tak baiklah," berdas-das Hawa menembak.

Ainur memegang dadanya, seperti terasa sakit mendengar kata-kata Hawa. Yang tepat mengena sasaran.

"Alah, aku nak tengok je orangnya macam mana. Haritu dia datang sekejap je, aku tak dapat nak cam dia betul-betul. Study dia atas bawah. So, aku takkan lepaskan peluang kali ni," kata Ainur penuh bersemangat. Siap dikepal penumbuk dan dibawa ke dada.

Hawa hanya menggeleng. Nasib baiklah kawan dia ni jadi arts teacher, dan bukannya wartawan atau peguam. Segala cerita Ainur boleh korek. Tak ada yang boleh terlepas kalau sekali dia dah mula bertanya soalan yang setaraf SPM tu.

Terlalu KBAT. Nak fikir pun makan masa. Nak hentam pun macam tak terkeluar. Last-last, apa yang boleh dicakapkan?

The truth. And that's how Ainur boleh dikatakan spy berjaya masa di zaman universiti dulu.

"Hmm, yalah. Nanti aku bagitahu dia. Aku ada lagi number dia," balas Hawa, mengalah. Bagus juga, lagipun mereka cuma nak celebrate. Nak makan-makan kat rumah Ainur.

"Oh, lagi satu. Kau kena makan apa yang aku masak. No outside food. Aku tahu kau dah reti makan makanan orang lain sekarang. Understand?" sempat Ainur memberi amaran. Baru je Hawa nak fikir bawa apa nanti.

In The DreamsWhere stories live. Discover now