"Minggu depan D ada bisness trip ke Turki. AN nak ikut D tak?" tawar Eidress usai mereka menikmati makan malam hasil air tangan Anggun.
Anggun memang suka dan pandai memasak. Apa jua yang dimasak oleh gadis berusia 22 tahun itu pasti menepati citarasa seleranya. Itulah rahsianya kenapa dia boleh terpikat dan melekat dengan gadis muda ini.
Anggun yang sedang mengemas dapur berpaling sedikit kepada Eidress. Tawaran yang agak menarik tetapi dia segera sedar yang dia tidak boleh terlalu teruja. Takut-takut dia juga yang kecewa sendiri di akhirnya. Dia sedar kedudukannya di sisi lelaki korporat itu.
"Turki? Interesting tapi boleh ke AN ikut? Datin tak ikut D ke?" Anggun menyoal pula. Bukannya tidak pernah Eidress mengusulkan tawaran begitu, tapi ada saja yang menghalang di saat akhir.
"Datin tak ikut. Dia kena attend miting di Jepun untuk last checkup produk baru sebelum launce tak lama lagi."
"Oh, datin nak keluarkan produk apa pula kali ni?" Anggun bertanya lagi, dalam diam dia sangat mengkagumi kerja keras Datin Elsa dalam mencipta nama sendiri di persada dunia.
Tapi silap Datin Elsa hanya satu iaitu menculaskan tanggungjawabnya sebagai isteri, hanya kerana terlalu mengejar apa yang digelar sebagai impian dan pencapaian.
"Kali ni barangan kosmetik." Eidress sekadar menjawab acuh tak acuh.
Anggun yang menyedari suara Eidress berubah, segera berkalih ke arah Eidress meninggalkan kerjanya di dapur sebentar untuk memberikan tumpuan kepada lelaki itu. Kaki diatur sambil menyoal,
"Are you okay, D?"
Eidress melepaskan nafas sedikit panjang dari biasa. Tubuh Anggun yang kian mendekat, dia tarik dan peluk erat. Sudah dua tahun bersama Anggun, ada kalanya dia tidak sanggup lagi berjauhan dengan Anggun tapi apakan daya.
"D okey bila ada AN. D tak okey bila AN tak ada di sisi D. Jadi, jangan pernah terfikir nak tinggalkan D, ya? AN ikut D pergi Turki, ya? Kali ni D janji, takkan ada yang halang," pinta Eidress, berharap Anggun akan setuju dengan permintaannya.
"Tak takut kalau partner D tahu siapa AN dengan D? Semua tu boleh menjejaskan nama D nanti." Anggun risau.
"Jangan risau, D cuma pergi dengan Dato' Ameer. Dia pun pergi dengan partner dia." Eidress mengenyitkan matanya, fahamlah Anggun siapa yang dimaksudkan oleh Eidress itu. Dato' Ameer, sahabat baik Eidress dan juga dalang di sebalik termaktubnya hubungan mereka berdua.
Anggun jatuhkan kepala, faham. Tiba-tiba dia teringatkan tentang keputusan pemeriksaan kesihatannya di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak siang tadi. Dia berharap Eidress sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Sementelah inilah yang dinantikan oleh mereka berdua.
Eidress inginkan seorang anak untuk menepis dakwaan isterinya dan dia pula inginkan imbuhan yang banyak untuk menyara hidupnya. Orang kata inilah 'win-win situation'.
"D...." Tak sempat Anggun menyudahkan katanya, Eidress mencelah dengan membuat satu permintaan.
"AN, kalau D minta AN berhenti kerja sanggup AN berhenti?"
Anggun pegun.
"AN pun tahu D boleh bagi semua yang AN nak asalkan AN selalu ada masa dengan D. AN sendiri tahu apa punca D jadi semakin renggang dengan datin. Awal-awal dia mula kerja, memang D tak kisah asalkan dia boleh manage masa dia. Tapi sebab D tak kisah, dia makin naik lemak dan biarkan D. D tak suka dan bukan itu yang D mahukan dari seorang isteri. Kemewahan, D boleh bagi asalkan dia sentiasa ada dengan D. Sejak dia makin dikenali, dia makin taksub mengejar impian dia."
YOU ARE READING
KARMA SETIA (E-BOOK)
RomanceBLURB : Elsa Khalida, Memiliki suami yang kaya-raya dan disegani ramai, bagi Elsa itulah definisi kesempuranaan yang sebenar untuk para isteri. Dan dia bertuah kerana memiliki kesempuranaan yang didambakan itu. Tambah lagi, suaminya setia disisi dan...