KIM-ICHA : BAB 10

1K 55 11
                                    

Berkali-kali Raina cuba menghubungi Raisa dari lobi pejabat milik keluarganya itu. Pak Nik setia menanti di perkarangan lobi sambil memerhati sekeliling jika ada kelibat Raisa turun dari pejabat.

Tetapi tiada.

"Raisa?" Sapa penyambut tetamu yang kelihatan sudah mahu bergerak pulang.

"Eh, err, kita Raina. Kembar Raisa. Raisa ada dekat atas lagi ke? Kita call dia tak berjawab pulak."

"Oh, waktu macam ni selalunya dah kosong atas tu. Sekejap saya cuba call department dia. Kalau tak berangkat tu maknanya semua dah balik lah tu," ujar wanita cantik itu. Tertera nama Dahlia di kad identiti syarikat tergantung di lehernya.

Menanti penuh sabar Raina di hadapan kaunter berharap adik kembarnya ada di atas.

Menggeleng Dahlia menandakan tiada panggilan yang bersambut.

"Saya rasa semua dah balik. Ke, Raisa keluar sekali berbuka puasa dengan kawan-kawan department dia? Sebab setahu saya, diorang ade plan berbuka sama-sama dekat luar hari ni. Cuma saya tak sure Raisa join sekali ke tak sebab tak perasan dia turun tadi," ujar Dahlia.

"Oh iya ke. Mungkin kut. Okay terima kasih Cik Dahlia," menunduk sedikit Raina tanda terima kasih pada wanita itu. Sanggup melayannya sebentar sebelum pulang.

Bergegas Raina menuju ke arah Vellfire mereka untuk mengajak Pak Nik pulang. Risau tidak sempat pula berbuka di rumah.

Sampai sahaja Raina di rumah agam, kedengaran azan berkumandang dari masjid berhampiran. Laju langkah kakinya menuju ke dapur untuk berbuka.

"Cik Ina! Lambatnya balik. Nah air. Baca doa dulu," pesan Tina sambil menghulurkan segelas air buah tembikai yang dibuat sendiri olehnya dan Yanti.

"Arghh, leganya. Alhamdulillah! Nak makan, lapar," cebik Raina lalu duduk di kerusi.

Ditepuk-tepuk kerusi bersebelahan dengannya.

"Tina, meh makan sekali. Ina sorang je hari ni. Mama berbuka dekat office, Icha berbuka dengan kawan-kawan. Kesunyian Ina. Meh teman Ina," pelawa Raina tersengih.

"Kak Yanti tolong panggilkan Pak Nik boleh? Dia tak balik rumah lagi rasanya tu. Ajak dia makan sekali."

Mengangguk Yanti dan terus berlalu keluar dari dapur.

Tersengih-sengih Tina duduk bersebelahan Raina dan mula meneguk air kelegaan. Kebiasaannya kalau tidak ramai, Tina dan Yanti akan makan bersama mereka di meja makan ketika berbuka.



Terjaga Raina dari lelap. Tertidur pulas dia di sejadah selepas menunaikan solat Isyak. Apa yang letih sangat, dia pun tidak tahu. Melihat katil milik Raisa masih kosong tanda tuannya masih belum pulang.

Telefon bimbit diambil. Risau mula menerjah di hati.

"Lamanya Icha dekat luar," rungut Raina. Dicuba lagi menghubungi Raisa tetapi kali ini tidak dapat menembus talian.

"Aik, phone off ke? Ish, Ichaaa!" Bentak Raina geram.

Jam sudah menunjukkan ke angka 1 pagi. Baru sahaja dia ingin bangun dari sejadah, tersembul wajah Kamilah di muka pintu. Kelihatan letih wajah tua itu tetapi sempat menjenguk dua anak kembar kesayangannya di bilik.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now