Aku merenung wajah umi yang jelas kepenatan. Mana tidaknya, selama tiga hari aku berada dihospital, hanya umi yang menemaniku disini. Ada la juga Doktor Haiyan datang bagi memberikan umi ruang untuk solat atau rehat. Tapi aku tahu, itu tidak cukup untuk umi, umi dah tua, umi perlukan rehat yang cukup.
"Cik Sara..."
Aku berpaling kearah nurse yang memanggil namaku.
"Ye saya?" Dia tersenyum manis kepadaku seraya menghulurkan sekuntum bunga mawar merah. Aku mengerutkan dahiku pelik.
"Apa ni?"
"Bunga la Cik Sara."
"Iye saya tahu ni bunga, tapi kenapa?"
"Doktor Haiyan yang bagi. Katanya sebab Cik Sara dah nak keluar hospital, tapi dia tak dapat nak jemput Cik Sara harini, dia ada hal yang perlu diselesaikan."
Aku mengangguk seraya menghidu bau bunga mawar merah itu.
"Saya minta diri dulu la ye?" Aku mengangguk lagi.
"Terima kasih." Dia hanya tersenyum manis kepadaku.
Aku melepaskan keluhan kecil. Bunga ditangan aku letak disisi meja. Telefon bimbitku capai sebelum membuka aplikasi whatsapp. Tiada seorang pun yang dapat menjemput aku dan umi dihospital. Adik beradikku yang lain semua sibuk dengan hal sendiri. Walhal mereka ada sahaja di Selangor. Baru sahaja melawatku semalam dan terus sahaja membawa diri masing masing.
Sekali lagi keluhan kasar dilepaskan. Begini la adik beradikku. Semua sibuk dengan dunia masing masing. Faham, mereka ada keluarga yang perlu diuruskan, tetapi aku dan umi juga keluarganya bukan? Mengapa semuanya berubah begitu cepat? Sedangkan baru sahaja kelmarin aku berasa seperti sedang bergelak ketawa bersama mereka. Sebak. Aku rindu akan suasana keluarga aku yang dahulu.
"Sara..."
"Ye umi?"
"Bila boleh keluar? Kak long datang ambil kita kan?"
Aku mengetap gigi.
"Sekarang pun dah boleh sebenarnya. Erm, kita balik naik teksi ye umi?"
"Hmm yelah." Melihatkan air muka umi, cukup mengguriskan hatiku. Aku tahu, umi hanya ingin meluangkan masa bersama anak anaknya. Sejak mereka bertiga mendirikan rumah tangga, tiada seorang pun yang pulang atau memberi khabar. Mereka semua datang untuk melawatku semalam, itupun katanya untuk membawa anak anak mereka makan angin.
"Umi nak pergi mana?" Soalku.
"Umi nak pergi solat zohor kejap. Kamu siap siap la, kita balik terus." Aku mengangguk kepalaku laju.
***
"Umi pergila rehat dalam bilik, kita bertolak balik Kelantan esok pagi ye?"
Umi mengangguk lemah. Entah mengapa hatiku berasa tidak sedap. Bagaikan ada sesuatu yang bakal terjadi.
Aku membawa langkah kedalam bilik. Telefon bimbitku yang bergetar didalam poket seluarku dikeluarkan. Lantas ikon hijau itu aku seret keatas.
"Assalamualaikum." Sapanya dihujung talian.
"Waalaikumussalam." Aku menyambung langkahku. Tombol pintu aku pulas sebelum akhirnya aku merebahkan tubuhku ke atas katil.
"Macam mana?"
"Macam mana apa?" Aku menguap perlahan sebelum berbaring mengiring ke kanan dan meletakkan telefon bimbitku dipipi.
"Dah fikir pasal tawaran saya?"
"Tawaran apa?" Soalku. Sengaja ingin mengusiknya.
"Ihhh Hawa. Jangan nak buat buat lupa ya!"
"Lupa apa ni? Saya tak faham?" Tawa yang bakal meletus aku simpan sehabis baik.
Flashback
"Hawa..."
"Hmm,"
"Sudi tak awak jadi kekasih halal saya?"
Puftttttt
Tersembur air kosong yang baru sahaja ku teguk. Takde angin takde ribut, macam tu aje dia melamarku?
"Doktor ni demam ke?" Ucapku sebelum meletakkan tanganku pada dahinya. Dia pula sudah masam mencuka.
"Ish awak ni, jawap jela." Dia menayangkan wajah yang tidak berpuas hati.
"Saya rasa nak minum air lemon tea, boleh belikan untuk saya?"
"Iyela." Dia bangun daripada duduknya dan berlalu begitu sahaja.
Setelah 30 minit dia meninggalkan aku, akhirnya dia kembali lagi dengan air yang aku pinta tadi.
"Sorry lambat, ramai sangat beratur dekat cafe. So saya keluar cari dekat kawasan luar hospital. Nasib ada." Usai dia membukakan plastik minuman dan diikatnya tepi, lantas dia menghulurkan minuman itu kepadaku. Dia pula membuka air tin nescafe lalu menghirupnya.
"Saya setuju nak jadi kekasih halal awak."
Pufttttt
Uhuk uhuk
"Eh doktor, doktor okey tak ni?" Aku menepuk belakangnya bagi meredakan batuknya. Haaa amik kau! Tadi kena kan aku sangat kan!
"Hawa, awak sajakan?" Soalnya setelah batuknya sedikit mereda. Tangannya dibawa mengusap dadanya.
Aku pula tersengih nakal.
"Padam muka! Tadi buat dekat saya sangat kan."
"Ish, saya ingatkan tadi awak taknak kahwin dengan saya."
Aku melepaskan tawa terbahak bahak.
"Hawa? Apa yang lawaknya?"
Makin kuat jadinya tawa ku. Apetah lagi tatkala melihatkan riak wajahnya yang masam mencuka.
"Ini ke Tengku Haiyan? Kepala group dark killer?" Ucapku dengan sisa tawa yang masih ada.
"Hawa. Ishhhh majukkkkk!"
Endflashback
"Hawa, saya tanya ni."
"Kan saya dah bagitahu?"
"Jadi awak tak main main?"
"Ye doktor. Saya setuju nak jadi kekasih halal awak. Saya setuju nak jadi isteri dan ibu kepada anak anak doktor."
"Tapi saya takde anak lagi la Hawa."
Aku mengetap gigi menahan sabar.
"Awak nak saya tarik balik ke kata kata saya tadi?"
"Eh jangan! Saya gurau! Tolong la saya gurau je Hawa. Saya nak! Saya nak kahwin dengan awak!"
"Jumpa umi dengan papa."
"Bila?"
"Ikut awak. Kalau rasa nak kahwin cepat datang esok."
Tut tut tutt
Arghhhhhh !
Aku menekup muka menggunakan bantal. Malu! Padahal aku yang nak kahwin cepat!
"Ihhh tak sabar nak peluk husband. Asyik tidur peluk bantal busuk je!"
YOU ARE READING
HIS GIRL | C
FanfictionBagi seorang pembaca novel seperti Hawa Qaisara, memiliki seorang lelaki seperti 'fictional character' hanyalah suatu impian yang tidak akan tercapai. Tambahan pula kehidupannya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kisah novel yang dibaca oleh...