"I love you," ucap Hadi. Mata Hadi pandang dalam mata Mawar. Membulat mata Mawar mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Hadi itu.
"I love you..? Dia ni nak tahu maksud 'i love you' tu?" bisik hati Mawar.
"I..love..you..." ulang perlahan Hadi.
"Hah?"
"Kenapa Hadi cakap macam ni? Kenapa dia bercakap macam seolah-olah dia tahu maksud 'i love you' tu? Dia tahu ke tak maksudnya?" bisik hati Mawar lagi.
"I love you too," sebut Hadi.
"Ap...Apa? Abang...Aban..."
Dalam sekelip mata, bibir Mawar rasa tersentuh. Membulat mata Mawar. Alangkah terkejutnya dia apabila Hadi menciumnya!
Hadi menjarakkan diri dari Mawar. Dia memandang Mawar sepenuh hatinya. Mawar masih terkaku. Mulutnya terlopong. Lutut Mawar juga terasa lemah. Kalau bahu tak dipegang oleh Hadi. Mahu lutut ini melorot ke tanah.
"Aku cintakan kau, Mawar," luah Hadi.
Terdiam seribu bahasa Mawar. Rupanya Hadi tahu maksud 'i love you' itu. Degupan jangtung Mawar berubah semakin kencang. Terdengar telinga sendiri degupan jantungnya.
Akhirnya, persoalan Mawar selama ini telah terjawab sekarang. Tak sangka Hadi telah mengungkapkan isi hatinya itu.
"Abang cintakan Mawar?" sebut Mawar perlahan. Tak sangka teramat sangat.
"Ya," jujur Hadi.
Mawar rasa terharu lalu mencebik. Tergelak Hadi melihat cebikan comel isterinya itu. Terus dipeluknya Mawar erat.
"Abang cintakan Mawar. Sejak kita mula berlatih memanah di padang itu. Abang rasa dekat dengan Mawar. Abang tak tahu kenapa. Tapi apa yang abang tahu yang abang dah jatuh cinta dengan Mawar." Hadi mengaku. Diusap rambut Mawar.
"Kenapa abang tak bagitahu awal-awal?" Menangis terus Mawar. Terharu. Dipukulnya bahu Hadi.
"Abang minta maaf sebab jadi pengecut. Abang fikir Mawar tak sukakan abang. Jadi abang tak nak luahkan isi hati abang. Abang ingat Mawar anggap perkahwinan kita hanya untuk selamatkan keluarga ini sahaja." Hadi kesat air mata Mawar lalu dieratkan lagi pelukan mereka.
"Mawar minta maaf juga. Mawar pun fikir benda yang sama. Minta maaf juga sebab Mawar tak bagitahu maksud 'i love you' tu. Mawar malu!" Tertunduk terus Mawar.
Hadi gelak gembira. Dipegang pula kedua belah pipi Mawar. Mendongakkan kepala isterinya.
"Abang minta maaf juga sebab bagi harapan pada Mawar. Lepas itu, cakap yang abang tak cintakan Mawar. Masa itu, abang cuma tak nak Mawar rasa terikat dengan abang bila Mawar nak berpisah dengan abang nanti. Abang fikir, buat apa kita cintakan orang yang akan berpisah dengan kita?"
Mawar faham sekarang kenapa Hadi kadang baik dan muram dengannya. Macam ada bipolar disorder. Rupanya, itu yang ada dalam fikiran Hadi.
"Abang boleh terus cintakan Mawar. Sebab Mawar tak nak langsung berpisah dengan Abang." Mawar lihat sepasang anak mata coklat pekat itu.
Hadi tatap lama-lama wajah Mawar. Mereka saling bertentangan mata. Mengamati wajah masing-masing. Tiba-tiba, muka Mawar bertukar kerut. Dia teringat sesuatu yang suspicious.
"Tapi macam mana abang boleh tahu maksud 'i love you' tu?" soal Mawar lagi.
"Rasanya macam mana?" Hadi tersengih. Suruh Mawar teka.
YOU ARE READING
Mawar 1630 (Completed)
FantasyDarla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirin...