BAB 14 | PELBAGAI KERENAH.

99 8 2
                                    

MENJALANI HIDUP SEBAGAI SEORANG GADIS BIASA.

Tuan Hulk memasak air panas untuk dijadikan sebagai air mandian untuk Tengku Lily Camelia. Dia tidak sedar yang ibunya sedang memerhatikan kelakuannya.

"Umar masak air panas untuk Lily?." Soal ibunya. Anaknya itu tersenyum.

"Tengku Lily biasanya akan mandi dengan air hangat.." Ibunya anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Anak ibu sangat amanah dan bertanggungjawab didalam tugas, ibu sangat berbangga." Puan Rabiah tersenyum bangga melihat anak lelakinya itu dan kemudiannya berlalu pergi meninggalkan pria itu.

Setelah air didalam cerek itu menggelegak, dia mengangkat cerek itu dan membawanya ke bilik air lalu menuangkannya kedalam sebuah baldi. Kebetulan ketika itu, Tengku Lily Camelia tiba di situ dan melihat pria itu sedang menuangkan air panas kedalam baldi. Mereka berbalas pandangan.

"Ini air hangat untuk Ame." Ujar pria itu. Dengan serta-merta senyumannya terukir dengan sangat lebar.

"Terima kasih, Umar." Mereka berbalas senyuman yang manis.

Pintu bilik air itu ditutup rapat. Tengku Lily Camelia tersenyum melihat air panas didalam baldi itu, pria ini sangat alert dengan keadaan dirinya. Membuatkan perasaan kasihnya bertambah kuat terhadap pria itu.

Setelah membersihkan diri, dan menyarungkan sehelai baju t-shirt hijau, dia pun melangkah keluar daripada bilik air tersebut dan menuju ke arah bilik. Ketika dia masuk kedalam bilik tetamu itu, Dayang Melati masih lagi lena diulit mimpi sambil memeluk bantal. Tengku Lily Camelia gelengkan kepalanya saat melihat dayangnya itu.

"Takpa... Saya bagi awak chance untuk berehat dengan sepenuhnya hari ini, Melati." Ngomelnya. Dia keluar daripada bilik tetamu itu semula untuk mencari keberadaan Puan Rabiah.

"Lily?." Panggil wanita tua yang lengkap bertelekung putih itu.

"Ibu..."

"Lily perlukan sesuatu?." Soal wanita tua itu dengan ramah.

" Soal wanita tua itu dengan ramah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Err..."

"Oh, Lily nak telekung, ya?."

"Ya... Telekung." Dia tersenyum. Terus terang dia katakan bahawa dia bukanlah seorang hamba yang menjaga ibadahnya, dia juga hanyalah seorang insan biasa yang penuh dengan kelemahan diri yang disembunyikan. Puan Rabiah melangkah masuk kedalam biliknya dan keluar semula dengan membawa sehelai telekung bewarna putih. Sedondon dengannya. Kebetulan ketika itu, Tuan Hulk baru sahaja keluar daripada biliknya dengan berkain pelikat dan bersongkok hitam. Sangat berbeza dengan apa yang selalu dilihatnya sebelum ini. Dia terpana seketika.

"Lily? Cepat pakai telekung tu, Tok Imam dah sampai tu." Puan Rabiah berseloroh sambil melirik ke arah anak lelakinya itu.

"Y..ya... Terima kasih, ibu." Dia pun melangkah masuk kedalam bilik tetamu untuk menyarungkan telekung itu. Seketika kemudian, dia pun keluar semula.

CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now