Naura, Rostam dan Puan Jessie di tangkap dan bicarakan. Kemungkinan masuk penjara memang tinggi. Sementara Bella, Hasni, Jasmine dan Didi pula di hantar ke pusat pemulihan akhlak. Keluarga Mira lebih titik beratkan keselamatan kami. Jadi bukan saja kau, Kak Adni pun mereka ajak tumpang di rumah mereka sementara keadaan kembali normal.
Asrama ditutup sementara bagi memberi laluan untuk siasatan yang lebih terperinci oleh pihak polis. Apa yang mengejutkan, bukan setakat rakaman video, perkhidmatan seks dan dadah juga dikesan. Makin disiasat makin ramai yang ditahan. Semua ini tidak dapat liputan media memandangkan mangsa semuanya di bawah umur. Aku dan Kak Adni dipanggil ke balai polis beberapa kali untuk beri keterangan.
Dalam tempoh seminggu macam-macam perubahan berlaku. Warden asrama ditukar. Pengetua sekolah dan beberapa guru ditukar. Perubahan yang besar berlaku dalam organisasi sekolah. Sekolah tetap berjalan seperti biasa. Hanya asrama ditutup sementara.
"Apa yang kau termenung sangat b. Benda dah jadi jangan fikirkan sangat. Masih banyak benda kita kena buat." Mira duduk sebelah aku dan pegang tangan aku. Sejak pulang dari sekolah aku masih fikirkan semua yang terjadi.
"Aku tak faham b. Kenapa Didi buat macam tu. Dia kawan aku tapi dia pun bersubahat dengan geng tak guna tu." Aku masih tertanya kenapa Didi buat macam tu. Apa yang tak kena dengan Didi. Apa yang aku dah buat sampai dia benci aku?
"Kita mungkin boleh jumpa dia. Kena aturkan untuk jumpa dia. Kemungkinan dia akan jawab. Tapi aku tak rasa dia akan jawab. Biasanya jenis macam ni tak peduli pasal orang. Dia pentingkan diri dia je." Ada betul kata-kata Mira tapi aku tetap nak jumpa dia. Nak tahu apa yang buat dia rasa nak bunuh aku.
"Kadang orang yang kita percaya tulah yang kenakan kita. Semua orang yang aku percaya sama ada tinggalkan aku atau tikam belakang aku." Aku luahkan rasa kecewa aku. Mak dengan ayah dah takde. Keluarga yang aku percaya pula pentingkan duit dan harta. Kawan-kawan pula aku dah tak tahu nak percaya siapa.
"Aku ada b dengan kau. Susah senang aku akan ada dengan kau. Jangan risau nak bestie, aku boleh jadi bestie. Nak bergaduh dengan aku pun boleh. Bolehlah merajuk. Nanti ada tukang pujuk." Mira genggam erat tangan aku dan cium lembut pipi aku.
"Eh apa ni..... ambil kesempatan betul. Jangan cium-cium. Me no like." Aku tolak muka Mira.
"Eleh cium pipi pandai tolak. Cium mulut tadah je kau eh b. Gatal...." Dia tarik pipi aku.
"Apa ni.....tahulah pipi kita lembut. Jangan tarik-tarik boleh tak. Gigit nanti..." Aku jeling Mira. Sengaja usik dia.
"Nak gigit mana..... Cepatlah gigit. Me is rela......" Dan macam biasa tanpa signal dia terus cium bibir aku. Kali ini aku tak tolak. Aku peluk leher dia dan balas ciuman dia.
"B...dah....Kak Adni masuk nanti. Kau ni kuat goda lah b. Tergugat tahu tak." Mira mainkan jari kat bibir aku yang basah. Dia bangun dan keluar dari bilik. Kemdian masuk dalam bilik dan kunci pintu. Hujan renyai-renyai kat luar. Mira mendekati aku.
"Kak Adni takde. Mama dengan papa petang baru balik. Akak dah keluar pagi tadi. Jadi kita berdua je." Aku pandang muka dia. Dia baringkan aku. Perlahan mencium leher aku. Jantung rasa bedebar sangat. Tangan dia tak berhenti merayap. (Yang lain korang fikirkan sendiri lah)
Memandangkan kami masih menumpang di rumah Mira, aku dan Kak Adni selalu siapkan semua kerja di rumah kecuali masak. Aku pandai masak tapi aku segan nak masak. Dapur ni tempat yang sangat sensitif kot. Walau mama baik dengan kami tak bermakna kami boleh buat sesuka hati. Lainlah kalau dan ada kebenaran untuk guna dapur. Jadi kami sekadar kemas rumah, mop lantai, basuh baju dan bersihkan halaman rumah. Itu yang mampu kami berdua buat.
"B....kau nak buat kerja kat rumah je ke? Kau dah lupa ke kita nak bersenam. Kat nak turunkan badan. Kalau tak usaha tak turun badan tu tau. Jom kita jogging kat taman" Mira mendekati aku. Dia ni cari gaduh ke apa. Aku baru je sapu depan rumah.
YOU ARE READING
Dua Penjuru 2
Teen FictionNur Ain, seorang gadis berbadan besar yang sering dipinggirkan. Bermacam perkara yang dia perlu lalui untuk berjaya dalam hidup. Kesemua perkara ini bakal jadikan Nur Ain mengganas di arena hoki. Nur Aliya Nazrin dan Syazana kembali beraksi namun N...