AKU kerdipkan mataku berulang kali dihadapan Jackson. Tidak kisahlah jika orang lihat ini bukan personaliti aku atau apa. Aku tidak kisah asalkan rayuanku kali ini berjaya dengan jayanya!
"Please... I... will try my best to speak English if you let Harash work as setiausaha Lucas. I promise Jackson," ujarku dan sedikit pelat dalam bertutur Bahasa Inggeris.
"I rasa nak ketawalah Jelita dengar you cakap English ini. Cakap Bahasa Melayu ajelah lepas ini. Tak adalah you nak tarik muka je bila I gelakkan you," ujar Jackson. Aku jeling tajam wajah Jackson. Berani dia menghina aku ya?
"Tolonglah Jackson. Jangan tolak dia. Tolong! Dia orang baik. Saya berborak dengan dia tadi. Dia cakap dia nak tolong mak ayah dia dekat Jasin. Dia anak pertama daripada 10 adik beradik, tahu?" soalku.
"Masalah I ke?"
"Cuba awak letak diri awak dekat dalam diri Harash. Dengan mak ayah dua-dua dah sakit, adik beradik masih kecil ada yang sekolah ada yang sambung belajar. Dia sahaja yang tanggung keluarga dia. Kalau awak tak terima dia bekerja, macam mana?" Aku cuba untuk menggoyahkan pendirian Jackson.
Aku mahu Jackson rasa simpati! Aku mahu Jackson fikir dahulu sebelum bertindak. Aku mahu Jackson mempunyai sedikit rasa ihsan terhadap insan yang memerlukan seperti Harash.
"Kalau I terima dia, you nak demand gaji dia berapa?" soal Jackson.
"Sama macam saya! 10 ribu!"
"That's a lot," komen Jackson.
"Habis itu saya ini? Saya tak ada apa-apa tanggungan tahu. Saya seorang diri. Hanya tanggung diri sendiri tapi itu pun sudah diambil alih oleh awak sendiri Jackson. Gaji saya memang membeku dalam akaun bank saya."
"Okey Jelita. Sebabkan you dah buat muka comel dekat I tadi, I terima Harash as secretary Lucas. I beri gaji dekat dia 12 ribu sebab dia kena tanggung mak ayah dia dan you tak. So, deal? Dear?"
"Deal! Deal! Deal!" Aku angguk kepalaku berulang kali. Akhirnya! Segala pujuk rayu diterima! Aku rasa puas hati. Tidak sabar untuk beri khabar berita ini kepada Harash. Pasti dia gembira!
"Pergilah bagitahu 'bestfriend' you itu."
"Ya! Saya memang nak pergi ini! Terima kasih Jackson! Awak memang terbaik!" ujarku dan aku terus keluar dari ofis Jackson. Aku terus mencari kelibat Harash. Namun, tidak ada.
Jangan cakap Harash sudah balik?!
Aku cari Harash di setiap sudut dan setiap tempat. Mengharapkan bahawa aku akan menjumpai Harash namun tidak ada!
Ting!
Aku berhenti mencari. Aku keluarkan telefonku dan aku lihat nama yang dipaparkan. Tidak ada nama namun nombor yang dipaparkan. Siapa mesej aku ini?
Aku buka aplikasi Whatsapp.
Unknown Number
Hi Jelita! Ini Harash.
Saya balik tak inform awak tadi.
Saya nak pergi Shah Alam sebab adik saya balik cuti semester.
Tak apalah kalau saya tak diterima, tak perlu paksa Tuan Jackson tadi.Laju jari aku mengetik papan kekunci.
Me
Masalah sudah diselesaikan!
Jackson terima awak kerja tau!
Minggu depan dah boleh mula!
😄Aku tarik nafas dalam kemudian aku pergi ke meja. Aku duduk di kerusi dan aku hela nafas lega.
***
PERJALANAN pulang hari ini aku rasakan cukup lama. Sekejap sekejap aku akan toleh untuk melihat sisi wajah Jackson sebelum aku hela nafas dan tumpukan perhatian pada jalan semula.
YOU ARE READING
Chiaroscuro
RomanceSebuah kisah klise yang menjadikan pertemuan antara Jackson Lee dan Jelita Dahlia. Pertemuan yang cukup singkat. Jelita menjadi taruhan ayahnya, Jackson yang menerima taruhan. Sadis, bukan? Fikir Jelita kisah kehidupannya yang tenang akan berakhir t...