Masuk minggu terakhir mereka berada di Seoul. Hari ini mereka sudah merancang untuk ke Itaewon untuk merasa makanan halal di sana. Dan selama 3 minggu berada di bumi Korea, hubungan Arjuna dan Tiara menjadi semakin rapat. Di mana ada Tiara, pasti ada Arjuna di situ.
Masing-masing memilih restoran mengikut selera tersendiri. Bagi yang sudah berusia, mereka sudah pasti akan memilih restoran KampungKu yang menyajikan masakan citarasa Malaysia. Arjuna dan Tiara pula lebih memilih untuk makan makanan negara Korea sendiri kerana mereka masih mahu menikmati keindahan di bumi Seoul untuk hari terakhir ini.
"Kak Zura tak nak ikut kami ke?" Soal Tiara bila dia melihat kak Zura sudah berura-ura mahu mengikut rombongan makcik-makcik di depan sana.
"Tak nak Tiara. Tekak akak ni dah gatal nak pekena masakan Malaysia. Korang dua pergi je lah eh. Akak ikut dorang tu je"
"Oh okay lah kalau macam tu. Selamat menjamu selera. Nanti kita berkumpul lagi dekat sini lepas semua dah habis makan"
"All right. Have fun. Tata Arjuna" Sengaja Kak Zura lambaikan tangan kepada Arjuna yang berdiri di belakang Tiara.
Arjuna hanya tayang sengih sebelum dia menarik lengan Tiara masuk ke dalam restoran EID yang menyajikan makanan halal Korea. Arjuna terus membawa Tiara menghampiri meja kosong yang masih ada dan mereka terus saja duduk di situ. Pelayan yang datang terus menghulurkan buku menu.
"Kau nak makan apa?" Soal Arjuna sambil membelek buku menu di tangan nya.
"Erm, nak makan bibimbap, bulgogi dan banchan"
"Tu je? Yang lain tak nak?" Soal Arjuna lagi.
"Tak nak. Cukup tu aje"
"Okay then" Kemudian Arjuna terus saja membuat pesanan kepada pelayan restoran yang setia menunggu di situ.
"Ramai jugak orang hari ni" Tiara memerhati sekeliling restoran. Memang agak ramai yang datang makan ke sini.
"Tempat ni memang sentiasa je penuh. Kat sini je pusat makanan halal untuk pengunjung muslim yang datang ke Korea walaupun harga dia boleh tahan jugak cekik darah. Lepas ni nak ke mana lagi? Kau tak shopping ke?" Setakat ni Arjuna tak nampak lagi Tiara membeli-belah selama 3 minggu mereka berada di Seoul.
"Ingat nak beli coklat lah nanti. Nak beli cenderahati, tak tahu nak bagi dekat siapa. Bagi dekat team office je kot"
Arjuna angguk. "Kau suka coklat?"
"Suka jugak. Sebab kalau makan coklat, dapat mengubati hati yang gusar. Coklat tu memang manis, tapi kemanisan nya mampu membuatkan hati yang panas automatik menjadi sejuk"
"Yeke? Kalau makan coklat, memang akan rasa macam tu?" Soal Arjuna tidak percaya sebab dia bukanlah penggemar coklat.
"Yelah. Nak makan coklat, kenalah nikmati betul-betul. Kalau setakat makan sebab nak hilangkan craving, sekadar dapat merasa rasa coklat tu saja. Tak dapat merasai apa kesan selepas makan coklat tu"
"Hmmm, interesting. Nanti aku beli coklat. Nak rasa jugak macam mana coklat tu dapat mengubati hati yang gusar" Arjuna ukir senyum. Dia tegakkan duduk dan memandang Tiara.
"Kenapa? Hati awak gusar ke?" Soal Tiara pula.
"Hmmm boleh dikatakan ya"
"Why? Awak ada masalah?" Soal Tiara bersama kerutan di dahi.
"Ada lah sikit. Gusar sebab hari ni last day kita berada di sini. Esok nak fly balik Malaysia dah. Esok flight kau pukul berapa? Naik airline apa?"
"Pukul 10 pagi macam tu. Naik MAS. Airline kegemaran saya. At least sampai Malaysia masih siang lagi. Awak pulak bila nak balik Malaysia?"
Arjuna angguk lagi dan tersenyum bila Tiara mengatakan yang MAS adalah airline kegemaran Tiara. "Esok jugak"
"Eh yeke? Tak tahu pulak saya awak pun balik esok. Pukul berapa flight awak?" Soal Tiara sedikit teruja. Tak sangka pula Arjuna pun balik esok. Dia ingatkan Arjuna masih lama lagi dekat sini.
"Pukul 10 pagi"
"Hah? Jadi kita satu flight ke apa ni?" Tiara sedikit terkejut. Jam flight pun sama.
"Erm tak kot. Aku waiting list. Kalau ada seat kosong, aku balik lah esok. Kalau tak, terpaksa lah menunggu lagi" Arjuna sembunyi senyum. Tanpa Tiara tahu, penerbangan esok dia sendiri yang akan menerbangkan pesawat yang Tiara naiki untuk balik ke Malaysia. Belum masanya lagi dia nak berterus-terang. Dia masih belum puas mahu mengenali Tiara sepenuhnya. Dan dia sangat berharap bila kembali ke Malaysia nanti, dia akan dapat melangkah ke peringkat yang seterusnya. Cuma dia perlu cari ruang untuk meluahkan isi hatinya kepada Tiara.
"Oh macam tu ke. Hmm tak apa lah. Apa-apa pun saya doakan semoga awak pun selamat balik nanti"
"Ya inshaallah. Aku harap, perkenalan kita tak berhenti di sini. Aku nak perkenalan kita diteruskan nya sampai ke Malaysia Tiara"
Tiara ukir senyum manis. "Kita kan kawan. Mestilah kita akan terus berkawan walau di mana juga kita berada. Awak jangan risau lah. Nanti saya bagi alamat agensi tempat saya kerja. Kalau awak free, datang lah nanti. Boleh kita keluar minum-minum ke apa"
"Okay kalau macam tu. So bila-bila masa aku boleh datang jumpa kau lah kan?"
"Tengoklah kalau saya tak busy, saya okay je"
Seketika makanan yang dipesan tadi sudah sampai. Tiara dan Arjuna terus saja menjamu selera menikmati makanan Korea yang sudah sebati dengan tekak mereka.
Selepas berada di Itaewon, mereka bergerak ke Myeongdong untuk membeli-belah di sana. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir mereka berada di Seoul, Tiara memberikan masa yang panjang kepada semua anak-anak buahnya untuk shopping puas-puas.
Tiara pula menghala ke kedai yang menjual pelbagai jenis coklat. Beberapa jenis coklat diambil dan dibawa ke kaunter untuk dibayar. Arjuna pula tidak kelihatan bersama Tiara di situ kerana tadi Arjuna kata nak ke tandas. Tapi lama betul ke tandasnya tu. Tiara kemudian keluar dari kedai coklat dan menunggu Arjuna di situ.
"Tiara!"
Melihat Arjuna berlari-lari anak sambil sebelah tangan nya menjinjit beg kertas, Tiara ukir senyum. Shopping jugak agaknya Arjuna tadi.
"Awak shopping ke tadi?"
"A'ah, beli something untuk someone special" Arjuna tersengih. Penat dia pergi paksa ahjuma kedai coklat dekat hujung tu tadi untuk gubah coklat tu berbentuk kapal terbang. Membebel juga mulut ahjuma tu tadi, tapi bila dia letakkan upah yang tinggi, terus diam mulut ahjuma tu dari terus membebel. Laju saja tangan nya terus buat kerja. Mata duitan jugak ahjuma tu ye. Haha.
"Oh yeke. Mesti special sangat ni kan?" Tiara tersenyum lebar sambil kecilkan mata pandang Arjuna.
"Tu dah semestinya. Kau dah beli barang kau?"
"Dah ni ha" Tiara terus mengangkat plastik kecil ditangan nya.
"Sikit nya kau beli coklat. Cukup ke tu?"
"Cukup. Saya makan satu je. Yang selebihnya saya bagi dekat kawan-kawan tempat kerja je nanti"
"Nak aku belikan coklat untuk kau tak?" Soal Arjuna pula.