"AWAK okay ke dengan family saya?" Soal Darren ketika mereka berdua sedang duduk di sebuah pondok yang berada di taman terletak di kawasan rumah puan Mawar.
Kasih suka melihat kawasan itu, sangat cantik dan tenang aje. Pandai Puan Mawar hias kawasan taman ini. Nanti dia dah kahwin dengan Darren. Dia nak minta tips dekat mama lah. Hehe.
Kasih pandang ke arah Darren.
"Okay, okay sangat. Saya suka." Kata Kasih jujur. Dia sangat-sangat suka dengan keluarga Darren. Mereka semua layan dia dengan sangat baik! Sampai berkali-kali lah dia tambah nasi tadi. Harap berat badan dia tak naik lah.
Darren rasa lega mendengar jawapan Kasih itu. Risau juga kalau Kasih ada terasa hati ke kan? Lagipun keluarganya memang jenis peramah orangnya. Lagi-lagi bila dia bawa Kasih. Lagi lah mereka suka!
"So... Awak dah ready nak jadi isteri saya?"
Kasih senyum. "Itu semestinya, saya dah lama ready nak jadi isteri awak." Balas Kasih malu-malu.
Tapi Kasih baru teringat.
"Darren, awak tahu kan yang saya ni anak angkat? Saya kena cari keluarga saya dulu." Ujar Kasih. Dia perempuan, jadi banyak urusan dia kena buat sebelum kahwin. Apa? Ingat kahwin ni senang ke?
Darren terfikir. Ye tak ya juga. Darren senyum. "It's okay, saya boleh tolong awak."
Dahi Kasih berkerut. "Macam mana? Lagipun awak kan always busy."
Darren ketawa kecil. "Mana ada busy sangat. Kalau dengan awak, saya sentiasa free." Darren kenyit mata. Kasih menjeling manja. Dah mula dah mood nakal dia tu.
"Ye lah." Balas Kasih sambil cuit-cuit pasir di kakinya itu. Darren senyum.
"Jangan risau lah sayang. Saya boleh tolong. Jangan stress okay? Kan saya dah cakap, kalau awak perlukan pertolongan. Saya ada. Awak cakap je. In Shaa Allah, saya boleh tolong." Dia tak boleh tengok kekasih hatinya susah hati. Nanti dia juga turut rasa benda yang sama. Selagi dia masih hidup. Dia akan sentiasa di sisi Kasih.
Huhu jiwang kan ayat dia? Maklumlah belajar dari Izara, Anak Arthur. Haih rindu pula dengan budak cikenet tu. Kecil-kecil dah mulut macam makcik bawang. Ada je benda yang nak dibebel nya.
"Kasih, nanti kita pergi melawat anak-anak Arthur nak tak?"
Kasih senyum. "Nak! Bila?" Terus bersinar mata Kasih. Kita rindu dengan budak dua orang tu.
Darren ketuk jari telunjuknya di dagu. Buat-buat berfikir.
"Hmm tunggu saya free lah." Darren sengih. Haih lupa pula yang dia kerja sebagai doktor. Ini pun dia dapat cuti sebab ada kawan baiknya tolong gantikan. Haha boleh pula macam tu kan?
Eh biarlah, hospital tu kita yang punya!
Kasih menjeling. "Kalau awak lambat. Saya pergi sorang-sorang!" Kata Kasih buat-buat merajuk.
"Alah, tak mau lah macam tu. Kita pergi sama-sama lah ya? Lagipun saya ada benda nak cakap dengan Adam."
Dahi Kasih berkerut. "Ada apa awak nak jumpa dengan dia?"
"Saya nak bincang pasal Arthur. Kes dia kan masih lagi belum selesai. Lagipun pihak polis dah tahu kes pembunuhan Athirah." Darren meraup wajahnya. Makin berat kes Arthur ni. Haih lah! Adik beradik sama je. Tak reti bersabar langsung! Ish.
Kasih mengeluh. "Habis macam mana tu?"
Darren geleng kepala. "Kita tunggu keputusan mahkamah. Saya tak tahu lah macam mana nanti. Harap Malissa dapat lah bersabar. Kesian dia tunggu Arthur. Saya pun tak tahu nak tolong macam mana." Ya, dia buntu sekarang ni. Kalau dari segi duit, boleh lah dia bagi. Tapi itulah, ni kes pembunuhan! Berat sangat tahu tak?
YOU ARE READING
𝑰 𝒋𝒖𝒔𝒕 𝒘𝒂𝒏𝒕 𝒕𝒐 𝒃𝒆 𝒚𝒐𝒖𝒓𝒔 (Og)
RomanceKASIH ARDINA, dia adalah seorang perempuan yang sangat takut dengan cinta. Sebab apa? sebab kekurangan yang dia ada. Kerana trauma yang dialami dulu, Membuatkan dia takut nak berkahwin. dia takut jika lelaki yang dia sayang tidak terima dengan kekur...