Bab 36

3.6K 247 15
                                    


LAMPU-LAMPU berkelip, muzik lembut mengalun di udara, dan gelak tawa tetamu memenuhi ruang. Majlis berkonsepkan cocktail dan free flow makanan menjadikan suasana malam seakan malam yang panjang untuk mereka berhibur.

Ketika mereka menghampiri pintu masuk, Evelyn mengatur langkahnya dengan penuh keyakinan. Malik masih berdebar-debar merasakan setiap detik yang hampir menyesakkan dada.

Terdengar bisikan Malik yang mengalunkan zikir dan doa penenang hati, mencuitkan hati Evelyn seketika. Sejuk perut bonda mengandungkan dia ni.

"Selamat datang ke keluarga Skye, Raja Malik Syahir," Evelyn memperkenalkan sambil memandang sekeliling dengan senyuman. Rata-rata lautan manusia sedang elok berbual dan beramah mesra sebagai satu keluarga yang harmoni.

Di sudut ballroom, sekelompok ahli keluarga Skye berkumpul. Wajah-wajah yang penuh misteri. Malik tidak mengenali sesiapa kecuali keluarga rapat Evelyn.

"Evelyn!" seru seorang wanita berpakaian anggun, melangkah cepat menghampiri mereka. "Ini ke dia? Memang sesuai kamu berdua!"

"Terima kasih, Aunt Sofia," jawab Evelyn dengan senyuman, sementara Malik hanya mengangguk, berusaha tampil tenang.

Wanita itu memandang Malik dengan pandangan tajam. "Malik, right? Kami semua menantikan perkenalan ini."

"Assalamualaikum, Aunty Sofia," Malik cuba beramah mesra, sedikit gementar tetapi berusaha menjaga senyuman.

"Hey," Evelyn merapatkan bibir ke telinga Malik dan berbisik, "Tak semua ahli keluarga beragama Islam. Aunty Sofia ni isteri paklong. Yang kat hujung sana," Nikolai yang masih berbicara bersama Evan ditunjuk dari arah jauh. Raut wajah yang garang dan tidak berperikemanusiaan menghiasi menyebabkan Malik bertambah gugup.

"Alamak," Terus Malik menekup mulut dengan riak yang sangat serba salah. Takut ianya akan nenimbulkan isu sensitif pula.

"Maaf, aunty Sofia. Malik tak tahu,"

"Jangan risau, I tak ambil hati pun. Pergilah berjumpa dengan mereka semua. Mereka tak sabar nak jumpa Malik. Jangan segan silu, Malik. Aunty dulu pun cuak macam kamu juga tapi mereka semua okey je," Sofia mengukir senyuman lebar.

Dengan itu, satu persatu ahli keluarga Skye didekati mereka. Ada yang memperkenalkan diri, ada yang menghulurkan tangan dengan senyuman mesra. Malik berusaha mengingat setiap nama, namun semuanya bergerak pantas.

Terlalu ramai mereka ni. Berapa anak dan cucu mereka ada? Dia fikirkan keluarga Raja dah begitu besar namun Skye juga tidak terkalah bilangannya.

"Takkan kita nak kena jumpa 4,000 orang yang ada, Evelyn?" tanya Malik sedikit cuak. Evelyn menahan senyuman apabila Malik menyangkakan 4,000 orang itu adalah golongan daripada mereka.

"Kalau awak nak tahu ahli keluarga ada dalam 1,000 orang je. Datuk Elexei ada 3 orang adik beradik. Jadi ayah ada 2 orang pakcik. Nenek Irina tu sebenarnya isteri kedua datuk. Yang pertama dah meninggal sebab faktor usia. Long-short story, anak daripada hasil perkahwinan pertama ada 8 orang. Campur dengan anak dan cucu mereka jadilah ramai. Tapi kami tak rapat pun. Just anggap mereka family jauh." Evelyn cuba menjelaskan bagaimana susur galur Alexei ini terhasil satu per satu kepada Malik.

Setakat ni Malik boleh faham dan terima dek akal. Evelyn cuba meneruskan lagi sesi pembentangan "family trees" Skye.

"Kahwin dengan nenek Irina pula adik beradik ayah ada 5 orang. Jadi kalau ikutkan tak adalah besar pun bilangan kami,"

"Jadi siapa yang lagi 3,000 lebih tetamu yang hadir?"

Evelyn tersenyum penuh makna, masih menarik tali untuk menyembunyikan sesuatu besar. "Mereka dipanggil kawanan atau lebih kepada puak untuk kumpulan setiap ketua keluarga yang ada. Lagi senang pekerja bawahan lah kiranya. Macam ayah dia ada 250 anak buah daripada susur galur mereka yang hanya berdarah marhaen berbeza dengan kami yang bangsawan. Macam mana pembahagian dan pembentukan puak adalah pengikut dapat memilih ketua mana yang mereka rasa kuat dan berpengaruh untuk menjaga mereka." jawab Evelyn dengan tenang dan selamba.

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now