BAB 42

846 19 0
                                    

AKU berdiri sambil bersandar pada pintu kereta penumpang bahagian depan. Hilman sedang berbincang sesuatu dengan Dheo beberapa meter dariku. Malas aku nak mengganggu  mereka bila diri kita tak dialu-alukan.

Bak kata Dheo... Men's business!

Mataku dijulingkan ke atas. Men's business, men's business juga. Tapi aku ni dah nak jadi Hazel panggang di bawah cahaya matahari terik ni! Lupa pula nak mintak kunci kereta daripada Hilman tadi. Bahananya, Berkipas-kipaslah aku dengan tangan sendiri sambil  mengumpul sabar.

Aku pandang sekeliling. Kira orang lalu-lalang untuk menghilangkan kebosanan. Ada yang baru keluar dari  kedai makan sebelah. Ada yang baru masuk kedai farmasi. Ada yang sedang berjalan sambil memimpin kanak-kanak kecil yang makan  aiskrim. Terliur aku tengok budak tu makan aiskrim. Ni rasa nak mengidam Magnum ni!

Pandanganku teralih pula ke arah kanan. Macam-macam ragam manusia. Ada yang tengah  marah-marah ketika bercakap di telefon. Masalah cinta la tu! Ada pula seseorang memakai hoodie kelabu berada  di jalan bertentangan. Hanya pegun berdiri.

Lama mataku terpaku di situ. Entah kenapa hati rasa tak sedap. Agak jauh, tapi aku dapat rasakan dia sedang melihat  ke arah  sini. Pandang kiri kanan. Kosong. Sah dia pandang aku.

Kenapa aku rasa aku macam aku pernah nampak dia walaupun aku tak dapat melihat wajahnya? Hanya gayanya. Lalu aku memejam kedua-dua mataku. Cuba memerah akal. Siapa? Aku kenal ke?

Zap! Dia ke? Orang yang sudah lama kami cari? Stalker aku? Dadaku berdebar-debar laju. Entah kenapa aku yakin dengan firasatku.

Lantas mata kembali dibuka. Tiada!  Laju bebola mata  bergerak. Mencari. Jumpa! Lelaki berhoodie itu sedang  berura-ura mahu meninggalkan tempat itu. Mungkin sedar yang aku dah menyedari kewujudannya.

No! Kali ini aku takkan lepaskan dia. Aku nak tahu dia siapa! Aku tak mahu  hidup dalam ketakutan lagi. Aku nak semua ini berakhir.

Bagaikan dirasuk, kaki terus menapak. Dengan satu misi yang nekad.

Kejar. Dia.

Serius aku tak sedar apa yang aku lakukan.  Sehinggalah bunyi hon yang kuat membangkitkanku ke dunia nyata. Sedar-sedar, aku berada di tengah-tengah jalan raya.

Terkaku. Terkedu. Kedua-dua kakiku bagaikan terpasak. Bulat mataku saat melihat kereta jenis Proton Preve sedang meluncur laju ke arahku. Kalau bukan ada tangan yang tiba-tiba menarikku, aku rasa aku dah jadi arwah. Kemudian kedengaran sumpah-seranah ditujukan khas untukku daripada pemandu kereta itu.

"Are you stupid? Gila ke?" Kedengaran suara tinggi yang cukup kukenali. Marah  tahap teramattt. Di balik suara amarah itu, terselit getaran yang sukar kutafsirkan. Dapat juga kurasakan  tubuh  penyelamatku itu sedikit menggigil.

Hilman.

Tak Daya untuk bersuara gara-gara masih belum hilang dari rasa terkejut. Kaki juga masih belum mendapat kekuatan. Kalau  bukan tangannya yang menampung beratku, aku rasa mahu aku sujud ke tanah.

Aku pandang ke arah lelaki berhoodie berjalan tadi. Dah lesap.

"Kalaulah kereta tu... Damn it, Hazel! I can't even imagine what will happen if I was a second late!" Bersama itu, terasa tangannya di tubuhku dieratkan, menarikku rapat ke dadanya. Mungkin membayangkan segala kemungkinan.

"Jangan takutkan abang, sayang. Abang tak nak kehilangan Hazel." Perlahan  suara Hilman kali ini. Rapuh dan penuh rasa takut.

"I saw him! I just want him to be arrested," kataku biladah dapat suara. Kepala dipanggung. Hilman sedang merenungku dengan penuh  perasaan. Dia cuma diam.

          

"Tak ada guna dia ditangkap  kalau abang hilang isteri abang, sayang. Jangan buat abang macam ni lagi."

"Hazel minta maaf."

"Dah... Jom kita pergi makan. Boleh jalan tak?"

Aku angguk.

Kami berdua mula meninggalkan tempat itu untuk ke kereta. Dheo dah tiada. Mungkin dah balik agaknya. Sepanjang perjalanan ke keretaku, Hilman memimpin tanganku. Erat-erat. Mungkin takut kejadian sama bakal berulang kalau dia lepaskan tanganku.


DUA hari dah pun berlalu sejak kejadian itu. Hilman terus saja melaporkan kepada Inspektor  Aziz tentang apa yang terjadi dua hari lepas. Kini usaha menjejaki lelaki beer hoodie itu sedang giat dilakukan. Cuba  menyiasat sama ada dia adalah orang yang kami cari selama ini atau bukan.

"Abang ada nak beritahu something pada Hazel." Hilman tiba-tiba berkata.

"Apa dia?" soalku kembali.

Hilman diam dulu. Kemudian tangannya menggamitku ke arahnya. Sofa lembut di sisinya ditepuk beberapa kali. Memberi arahan supaya aku duduk di sebelahnya. Aku akur.

"Hazel ingat tak dua lelaki yang cuba buat jahat pada Hazel dulu?  Sebelum Dheo selamatkan Hazel?"

Aku angguk. Hilman mengeluh lemah. Kenapa?

"Kedua-duanya di dalam ICU sekarang."

"What? Kenapa? Sebab bergaduh ke?" soalku. Sebenarnya  pelik juga. Kenapa Hilman nak cerita kepadaku. Dah macam mana Hilman  boleh tahu?

"Dheo yang beritahu abang masa dia datang  hari tu." Hilman yang seakan-akan tahu apa dalam kepalaku menyambung kata. Terjawab sudah satu persoalanku.

Persoalan baru. Macam mana Dheo boleh tahu dan kenapa harus diberitahu kepada  Hilman?

"Sebab itu aje ke Dheo datang hari tu?" tanyaku lagi.

Kali ini  Hilman cuma geleng kepala.

"Hari tu Dheo kena pukul. Sebab tu dia jumpa abang."

"Ya ke? Bila? Habis dia macam mana? Teruk ke?" Macam peluru soalanku. Risau jika Dheo terkena apa-apa. Tapi dua hari lepas aku tengok dia macam tiada apa-apa.

"Dia cakap tiada apa-apa yang serius."

Lega aku mendengarnya.  Taiko macam Dheo, haruslah okey. Dia kan kalis sakit. Nasib baik tiada apa-apa yang serius.

"Kenapa dia kena pukul?" Berkerut sedikit keningku. Pelik.

Hilman diam. Cuma lama aku dipandangnya.

Zap! Terlintas sesuatu dalam fikiranku. Alasan dan kemungkinan yang mendorong Hilman memberitahuku  semua ini.

"Because of me?" Perlahan suaraku. Cuba mencerna.

"Dheo kena pukul sebab dia pegang Hazel, kan?"

Diam.

Kemudian sekali lagi aku tersedar.

"Dan... Dua lelaki masuk ICU tu pun sebab Hazel?" Suaraku bagaikan tak percaya. Walaupun Hilman tak mengeyakan, aku tahu aku betul.

Kepala tiba-tiba rasa sakit. Berserabut dengan semua ini. Kenapa aku yang harus menjadi puncanya? Tiba-tiba Hilman menarikku ke dalam pelukannya. Bila ibu jarinya mengusap lembut pipiku, aku baru sedar yang aku dah menangis.

Lama dia biarkan aku menangis di dadanya. Bila keadaan sedikit mereda, aku angkat kepala. Wajah Hilman sedikit ketat dengan rahangnya yang diketap sedikit kuat. Aku lupa yang Hilman tak boleh melihat aku menangis.

"Kenapa semua lelaki yang dekat dengan Hazel akan ditimpa sesuatu? Jahat atau baik, mereka tak layak dihukumi dengan nyawa. Sampai bila nak macam ni?" luahku. Sungguh aku nak semua ni berakhir. Baru saja aku mahu mengelap bahagia dengan Hilman, pasti terjadi sesuatu yang buatkan aku kembali rasa hidup dibayangi  sesuatu.

"It'll end soon, sweetheart. I promise."

Tapi bila?

"Hazel stres dan takut," jujurku. Hormon yang tak stabil buatkan aku berfikir macam-macam kemungkinan yang buruk.

"Abang ada, Hazel. Always. And I'll take a bullet for you." Perlahan suara Hilman. Sebuah janji.

Kemudian kami diam. Aku masih sama. Memikirkan apa yang telah berlaku. Semua lelaki yang dekat denganku atau menyentuhku pasti akan terjadi sesuatu.

Kecuali Hilman.

Aku jarakkan sedikit wajah. Hilman mengelap sisa air mata di pipiku. Kedua-dua pipi dipegang kemas. Dipandangnya aku dengan penuh perasaan yang aku sendiri tak tahu taksirkan.

"Abang bangga dengan Hazel. Hazel kuat. Sangat kuat. Hazel selalu lawan ketakutan Hazel."

Geleng kepala.

"Hazel lemah." Itu adalah hakikat.

Hilman pula geleng kepala.

"Not for me. Hazel perempuan paling kuat pernah abang jumpa. Walaupun Hazel belum pulih sepenuhnya, tapi Hazel sering mencabar diri Hazel. Hazel takut, tapi Hazel tak tunjuk. Hazel senyum walaupun Hazel gentar. Abang tahu Hazel takkan menyerah. Untuk itu, abang harap Hazel terus berani. Tolong lawan segalanya. Can you promise that?"

Perlahan-lahan aku angguk. Aku akan cuba. Dan terus cuba. Kalau Hilman tabur janji demiku, aku juga akan buat perkara yang sama.

Demi aku.

Demi Hilman. 

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now