PART 1 ; DOES A DREAM ONLY BE AN IMAGINARY?
DALAM hidup ini, tak semua yang kita lihat ialah sebuah realiti. Bahkan, mungkin apa yang kita sedang lalui sebenarnya hanyalah suatu bayangan separa sedar. Namun, bila minda disuap dengan kepalsuan, mana mungkin kita akan tersedar dari helahnya. Itulah yang berlaku pada aku, Zahratussita Emery yang sering kali terperangkap dalam kisah hidup orang lain.
"Zahra, oh Zahra, mana kau hah" Terpekik-pekik suara ibu dari aras bawah. Bergema sehingga mengganggu seisi rumah. Sama seperti hari-hari sebelum ini, setiap pagi ibu sudah mencari silapku. Bagaikan rutin yang tiada penghujung. Cuma kali ini, apa pula?
Aku bergegas menuruni anak tangga. Bilik tidurku yang berada di tingkat paling atas, yang terletaknya di loteng rumah melambatkan pergerakan untuk muncul di hadapan ibu. Kedudukan yang jauh dari ruang tamu sering menjadi penyebab ibu menambahkan hukuman terhadapku. Kata ibu, masanya terlalu berharga untuk aku bazirkan.
Detak jantung berdegup kencang tatkala memikirkan nasib diri. Setiap kali ingin menghadap wajah wanita yang telah berkorban nyawa untuk melahirkanku itu, perasaan gemuruh hadir tanpa dipinta. Sejak kejadian tragis setahun lalu, sikap ibu berubah lebih drastik. Layanannya juga saban hari semakin kasar.
"Zahra! Mana kau pergi? Kau boleh biar rumah ni bersepah lagi? Memang tak makan saman kau ya. Ponteng aje kerja kau.. Memang nak kena kau ni!"
Sambil mempercepatkan langkah, badanku mula menggeletar. Aku mengelap keringat di dahi.
"Zahra, cepat turun aku tak sabar nak gayang wajah kau puas-puas." Ibu melaung lebih kuat. Ugutannya menyusup ke dalam gegendang telinga. Gerun.
Aku terkadang bingung. Apa salahku sehingga mendapat layanan yang buruk walhal semua kata ibu aku turutkan? Ibu selalu melayanku tak ubah seperti pengemis. Bagai aku ini hanya anak tak berguna di matanya.
Zahra, kau tak layak nak persoalkan sesuatu yang kau sendiri tahu apa puncanya.
Mungkin memang benar salahku. Kerana aku tak seperti mereka.
"Zahra, cepat!"
Aku tersentak. Teriakan ibu menyedarkanku. Aku tak sepatutnya berlengah lagi. Ibu pastinya sudah panas menunggu ku.
"Ya, ibu. Zahra datang ni," sahutku, gugup.
Beberapa tapak kaki sedia menjejak aras ruang tamu. Mataku menangkap figuranya yang sudah terpacak di hadapan tangga. Wajah ibu terpamer seribu satu kerutan. Disebabkan gementar yang belum hilang, aku memilih untuk menundukkan kepala. Sungguh, aku tak berani bertentang mata dengan ibu.
"Kenapa ibu panggil..."
"Kau, sini kau." Lanjar, ibu pantas mencengkam belakang rambutku. Tanpa belas.
"Aku suruh kau buat apa tadi, hah? Dasar budak pemalas," herdiknya dengan kuat.
"Ampun ibu, ampun. Zahra dah buat ibu. Zahra dah kemas rumah tadi," jawabku, jujur. Tadi aku sudah siapkan segala suruhannya. Pasti ada yang cuba mengenakanku.
"Bila masa kau buat?"
"Zahra dah buat ibu." Aku merintih lemah, tanganku cuba melepaskan cengkamannya.
Namun, gengaman ibu masih utuh.
Zahra, kau ingat ada orang nak tolong kau ke?
"Kau diam! Jangan nak kelentong aku. Kalau kau dah kemas, kenapa rumah ni bersepah? Kau ni kan, kalau aku tahu pemalas macam ni, dari kecik aku dah picit-picit sampai mampus."
Ibu lantas menghentam wajahku sehingga mencium kesejukan lantai marmar rumah agam ini.
"Ampun ibu. Zahra minta ampun. Zahra janji akan kemas balik." Aku terpaksa merayu, sungguh tak sanggup diperlakukan seperti ini.
YOU ARE READING
DECEPTIVE
Mystery / ThrillerYoung Adult Thriller deceptive /dɪˈsɛptɪv/ 𝘗𝘢𝘳𝘵 𝘖𝘯𝘦 : 𝘋𝘰𝘦𝘴 𝘢 𝘥𝘳𝘦𝘢𝘮, 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘰𝘯𝘭𝘺 𝘣𝘦 𝘢𝘯 𝘪𝘮𝘢𝘨𝘪𝘯𝘢𝘳𝘺? Zahratussita Emery... Dua kisah, dua perwatakan, dua dunia berbeza. "Date me on saturday next week. No compromise...