Chapter 28

774 46 1
                                    

4 minggu berlalu...

Tudung bawal kosong berwarna putih sudah selesai dipakai dengan begitu kemas. Tangan seorang wanita yang bergelar mua mengelap wajahnya yang sedikit berpeluh itu. Sedari tadi lagi dia berasa ketakutan.

"Sabar yer adik. Memang macam ni kalau nak kahwin. Nervous lain macam waktu-waktu macam ni. Nanti dah sah terus hilang perasaan gugup tu." kata mua itu sambil menggeleng kepalanya. Bukan cuma sekali dia melihat itu, malahan sudah berkali-kali. Setiap makeup bakal pengantin pasti pengantin akan berpeluh gugup.

Marsya tertawa kecil sahaja. Dia gugup bukan sebab itu, tetapi sebab lain. Ada masalah yang lebih besar lagi.

Knock...

Ketukan pintu itu menghentikan perbualan mereka berdua. Marsya berpaling melihat Aireen yang sedang melangkah masuk itu.

Aireeen menghampiri Marsya. Senyuman dihadiahkan pada wanita itu.

"Dah siap dah?" soal Aireen pada mua tersebut.

"Dah siap dah. Tapi pengantin ni gugup lain macam. Nanti tolong lapkan peluh pengantin yer. Akak tak makeup tebal sangat sebab akak rasa kulit pengantin cantik." Marsya ternseyum kecil mendengar itu.

"Baik akak. Pengantin ni memang cepat takut. Tak sabar nak jadi istri inspektor." sakat Aireen. Sengaja dia ingin kenakan Marsya. Mereka berdua ketawa kecil.

Marsya menjeling Aireen. Sakit pulak hatinya. Sudah lah dia sedang takut, tambah lagi Aireen yang suka mengusik dirinya.

"Akak pergi dulu lah yer." Wanita itu mengambil beg makeupnya lalu melangkah keluar daripada bilik Marsya.

Hilang sahaja kelibat wanita itu, Pantas tangan Aireen ditarik. Wajah mereka berdua yang tadi tersenyum berubah resah.

"Sejuknya tangan kau Ryana." Aireen menggenggam tangan Marsya. Marsya mengangguk sambil mulutnya sudah muncung kedepan.

"Eariq tak sampai lagi ker?" soal Marsya bernada risau.

"Belum. Aku dah telefon dia, tapi tak angkat. Adryan pun tak angkat telefon. Aku dah 3 hari tak dapat message dari Adryan." Dengar sahaja itu Marsya menghembus panjang nafasnya. Hampir sahaja air mata membasahi wajah.

"Jangan nangis Ryana. Insyaallah Nanti Eariq sampai. Sabar yer. Aku jamin Eariq akan sampai. Dia cintakan kau Ryana. Dia tak pernah mungkir janji." pujuk Aireen agar Marsya tidak menangis. Dia menarik bahu Marsya masuk kepelukannya. Lengan wanita itu diusap lama.

"Jom turun Ryana. Semua orang dah tunggu kau dekat bawah." ajak Aireen. Pelukan dilepaskan.

Marsya memandang Aireen. Nafas di tarik panjang lalu dihembus perlahan. Dia melihat dirinya daripada pantulan cermin yang berada di hadapannya. Senyuman kecil terbit di bibirnya. Dia perlu tersenyum supaya tetamu tidak melihat wajah resahnya.

"Jom."

Aireen memegang lengan Marsya. Mereka melangkah keluar daripada bilik itu. Langkah kaki mereka menuju ke arah anak tangga. Perlahan-lahan mereka menuruni kesemua anak tangga itu.

Langkah mereka menuju ke arah pelamin. Sempat anak mata Marsya melilar mencari Eariq, namun jejaka itu masih belum tiba. Ingin sahaja dia menangis disitu.

Dia melabuhkan punggunya bersebalahan Mya dan Puan Amelia. Aireen membetulkan baju kurung Marsya agar kelihatan lebih rapi. Tubuh Mya diangkat supaya duduk di kakinya.

EARIQ DARRENWhere stories live. Discover now