Hurin mula berasa tidak selesa. Dia berada di sebuah butik terkemuka bersama dengan Datin Aisyah. Sejak tiba di butik itu dia hanya menunduk ke atas lantai. Dia tidak mahu menjatuhkan air muka Datin Aisyah dengan penampilan dirinya yang mempunyai parut di dahi itu.
"Hurin okay?" Soal Datin Aisyah dan duduk di sebelah Hurin.
Hurin terus mengangkat kepala dengan wajah terkejut. Di hadapannya sekarang terdapat seorang lelaki dan perempuan. Mereka berdua memandang ke arahnya dengan senyuman di wajah.
"Hurin okay mama..." Jawab Hurin dengan rasa debar.
"Ini ke menantu Datin? Bakal isteri Farhan?" Soal Wadi dengan rasa ingin tahu.
Hurin mula berasa takut. Dia takut untuk mendengar kata-kata hinaan padanya nanti.
"Aah. Inilah bakal isteri Farhan. Cantik kan," ucap Datin Aisyah dengan nada gembira.
"Cantik. She's unique and gorgeous," puji Cassandra yang berdiri di sebelah Wadi.
"Betul tu. Saya tak sabar pula nak recommend baju-baju nikah dekat dia. Nama apa?" Soal Wadi pula.
Hurin melepaskan rasa lega. Mujurlah mereka berdua tidak bertanya tentang parut yang terselindung di sebalik rambutnya itu.
"Nama dia Hurin Nisreena. Panggil Hurin je. Menantu saya," ungkap Datin Aisyah dengan nada bangga.
"Untung Datin dapat menantu secantik ni. Jangan buang masa lagi Datin, mari kita cari baju nikah. Datin nak yang paling cantik kan?" Wadi sudah teruja dan berjalan ke arah bahagian baju-baju yang tergantung.
Hurin hanya menurut dari belakang sahaja. Cara Wadi dan Cassandra yang agak ceria itu membuatkan dia berdebar. Jiwa introvertnya tidak dapat mengatasi semangat mereka berdua.
🦋
"Yeay. Zufar menang lagi. Uncle Noah kalah lagi!!" Ejek Zufar dengan nada gembira.
"HAHAHA. Kau kalah 3 kali berturut-turut wei. Takde luck betul," tambah Talhah pula dengan gelakan besar.
"Mesti kau jampi yang bukan-bukan kan dekat kad aku?" Tuduh Noah. Geram pula dia melihat wajah gembira Zufar dan Talhah.
"Tak baik tuduh-tuduh macam tu tau Uncle. Mama cakap berdosa tau kalau kita tuduh orang yang tak bersalah," jawab Zufar dengan wajah bangga.
Bertambah geram Noah dibuatnya. Ada sahaja olah yang hendak dibuat oleh Zufar padanya. Talhah juga sekepala sahaja dengan Zufar.
"Ehem. Ehem."
Suara yang muncul di belakang membuatkan mereka semua tersentak. Zufar terus menolak kad di tangannya ke arah Noah. Begitu juga dengan Talhah.
"Zufar."
Suara Tengku Farhan yang agak garau itu membuatkan Zufar terus menunding ke arah Noah.
"Zufar tak main lah papa. Uncle Noah yang ajak Zufar main tadi," ucap Zufar dengan muka tak bersalah.
"Ya Allah. Aku kena fitnah ke ni?" Noah sudah terbaring di atas katil dengan wajah pasrah.
"Zufar. Papa tahu siapa yang bagi kad tu dekat Zufar. Jadi jangan nak tuduh Uncle Noah kamu. Papa dah pesan untuk rehat kan?" Tangan Tengku Farhan disilangkan ke dada tanda tengah serius.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomanceDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...