[ 3 0 ]

578 29 1
                                    

SEDAR tidak sedar, akhirnya tiba di hari dimana Adam dan juga yang lain perlu melaksanakan tugas mereka. Hawa yang sudah sedia memberitahu yang dia akan baik-baik sahaja, masih tidak lepas memeluk lengan Adam. Air mata sudah diseka beberapa kali tetapi seperti tiada guna.

"Cengeng lah adik ni. Kita orang pergi sekejap je. Pejam celik tahu-tahu dah balik Malaysia" Qaziey mengusap kepala Hawa yang sedang elok bersandar di tubuh Adam.

"Adik tak sedih pun lah" Selamba sahaja dia mengelap mukanya di uniform Adam. Jejaka itu pun hanya tersenyum pasrah. Nasib baik lah sang isteri tidak bersolek pagi-pagi begini.

"Dah lah tu adik. Bilanya Adam boleh pergi tu? Malu orang lain tengok" Puan Hajar menegur anak perempuannya. Bukan main tempoh hari kata tak akan menangis lah itu ini.

Hawa mencebik, perlahan dia menjauhkan diri daripada Adam. Sang suami pun mahu tertawa melihat wajah sedih Hawa, "Sayang, nanti abang balik okay? Tak lama pun" Dagu Hawa dicuit manja.

"Hati-hati abang. Jaga diri" Perlahan sahaja suara Hawa. Nasib baik Adam dapat menangkap bait-bait tutur kata si isteri.

"Awak pun. Apa-apa call abang. Tapi buat masa ni abang minta tolong Najmi dengan Kyle tengokkan awak dekat sini"

Susah hati sebenarnya hendak meninggalkan Hawa seorang diri. Jauh daripada keluarga. Tetapi disebabkan Hawa masih menjalani latihan praktikal, dia terpaksa duduk di Terengganu.

"Okay abang. Abang dah nak pergi ke?" Hawa melihat para anggota yang lain sudah bersiap sedia. Tinggal beberapa sahaja yang masih bersama keluarga.

"Ya sayang. Abang pergi dulu. Awak jangan lah sedih-sedih, sayang. Tunggu abang balik" Tubuh Hawa dirangkul. Beberapa kucupan dilabuhkan di sisi kepala Hawa.

"Dah Adam, kamu lama-lama dekat sini nanti lagi lah Hawa tak nak lepaskan kamu" Encik Qayyum berpesan. Tahu sangat dengan perangai anak bongsunya itu.

"Ish papa ni. Mana ada" Hawa menyeka air matanya. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan Adam. Adam turut membalas dengan kucupan di belakang tangannya.

"Bye, sayang. Take care! I love you"

"Love you too, abang. Along! Jaga suami adik elok-elok!"

Qaziey menjeling le arah Hawa, "Eh budak ni. Banyak cantik muka adik? Dah lah tak salam along lagi!"

==

"Monyok je akak tengok muka awak ni, Hawa. Kena tinggal suami ke?" Hawa yang sedang termenung menoleh ke arah suara itu. Dia memberikan senyuman, "Memang kena tinggal pun kak. Adam pergi misi dua minggu ni"

Kebanyakkan orang yang berada di situ tahu yang Hawa sudah ada suami. Itu pun dek kerana Adam yang tiba-tiba datang ke tempat kerjanya apabila dia terlupa untuk mengambil bekal makanan. Sedikit sebanyak membantu juga kehadiran Adam ketika itu.

Kini, dia tidak diganggu oleh pekerja-pekerja lelaki yang sudah lama berada di situ.

"Adam pergi sekejap je tu, Hawa. Awak jangan fikir sangat. Nanti makin rindu" Hawa akhirnya tersengih. Tak perlu ditegur pun dia sudah rindu. Padahal baru semalam suaminya berangkat.

"Awak nanti makan apa Hawa? Nak ikut akak tak?"

"Eh tak apa kak. Saya ada masak pagi tadi. Adam tu sebelum dia pergi dia dah borong segala barang dekat supermarket" Kak Gina melepaskan tawa. Tercuit hatinya mendengar kisah pasangan muda ini.

"Okay lah kalau macam tu. Akak nak sambung kerja dulu. Apa-apa, bagitahu akak ya?"

Hawa mengangguk, "Baik kak" Lepas sahaja Kak Gina pergi meninggalkan ruang pejabat itu, dia melepaskan keluhan lagi.

"Hawa, ini ada form nak kena sign. Lepas tu, Encik Fauzi minta awak untuk handle kerja dia hari ni. Dia terpaksa emergency leave" Lukman meletakkan satu fail di hadapan Hawa.

"Oh thank you, Lukman. Tadi Hawa nak ambil dah form ni tapi lupa" Hawa menggaru keningnya.

Lukman hanya tersenyum, "It's okay. Do you need help handling? Saya boleh tolong"

"Awak kena ajar saya sikit-sikit. Saya tak tahu sangat nak handle mesin dekat luar tu. Awak lah ni, tak nak kerja office" Sempat Hawa membebel sambil tangannya membelek fail yang diberi Lukman.

"Bukan tak nak. Saya tak biasa lah duduk bawah aircond. Lagipun awal-awal lagi suami awak dah pesan jangan bagi kerja berat dekat awak" Hawa tertawa. Sekilas dia memandang Lukman.

"Awak masih ingat lagi pesanan dia?"

"Mestilah! Nasib baik dulu suami awak tu tak gaduh dengan saya bila nampak kita keluar. Padahal saya nak kawan je"

Kini mereka berdua ketawa apabila teringat perkara yang lepas, "Nasib baik awak cepat explain, Lukman. Kalau tak, habis lah awak"

"Saya masih ada rezeki nak hidup lagi untuk habiskan praktikal dekat sini"

==

Lama Adam menunggu panggilan dijawab sebelum wajah isterinya terpampang di skrin telefon bimbit. Suasana di tempatnya pun hampir malam jadi sempatlah mereka berbual dengan tempoh masa yang ada.

"Assalamualaikum, sayang"

"Waalaikumusalam, abang. Handsome nya suami kita ni!" Dengan masih tersarung uniform di badan, Hawa menilik suaminya.

"Abang tak sempat mandi lagi. Nak call awak dulu" Telefon disandarkan di dinding. Uniform berwarna biru gelap itu dibuka, tinggal lah dia dengan berbaju tshirt hitam.

"Cuba teka hari ni saya masak apa?" Hawa turut menyandarkan telefon bimbitnya. Komputer riba dibuka untuk selesaikan laporan harian.

"Hm? Sekejap bagi abang fikir. Abang baru turun dari langit ni, sayang" Sempat Adam bergurau sambil mukanya berkerut, seakan-akan sedang berfikir.

"Sup ayam?" "Betul! Macam mana abang tahu?" Adam sendiri terkejut dengan balasan daripada sang isteri, "Come on lah, sayang. Abang ni suami awak tau"

"Hari ni saya teringin nak makan sup ayam. Rindu nak rasa mama punya. Masa mama datang hari tu, tak sempat nak minta mama buatkan" Dia mencebik. Kalau nak dibandingkan air tangan dia dengan Puan Hajar, semestinya air tangan wanita itu lebih sedap daripadanya.

"Nanti abang balik, kita pergi rumah papa dengan mama ya sayang?"

"Okay abang! Abang buat apa je hari ni? Nampak orang jahat tak?" Kalau bab kerja Adam, mestilah yang lebih teruja adalah Hawa. Kalau boleh, semua benda gadis itu mahu tahu.

"Abang ronda je sayang. Nak tengok ada tak orang yang tak berkenaan masuk dalam ruangan udara dekat sini. So far tak nampak orang jahat lagi"

"Kalau jumpa orang jahat nanti, abang tembak dia ke?"

Adam menongkat dagu dengan tangannya. Mata tidak lepas memandang sisi wajah Hawa. "Kalau boleh buat rundingan, kita selesaikan dengan cara yang baik. Tak boleh kalau nak tembak sesuka hati. Nanti akan melibatkan nyawa orang dekat sini"

Hawa mengangguk faham, jeruk yang dibelinya tadi disuakan ke arah mulut. "Kalau macam tu, abang cakap baik-baiklah dengan orang jahat tu. Jangan tembak-tembak tau!"

"Okay sayang, nanti abang bagitahu dekat dia orang isteri abang ni tak bagi tembak-tembak. Kena bincang elok-elok je" Mereka berdua tertawa.

"Hari ni awak buat apa, sayang?"

"Sama je macam hari-hari yang lain. Cuma Kak Gina ada tegur nampak muka saya macam kena tinggal suami" Adam tergelak kecil.

"Sayang jangan sedih-sedih. Tak tenang abang dekat sini nanti"

"Saya okay je lah abang! Cuma rindu sikit je. Tapi nampak muka abang ni, dah hilang lah rasa rindu"

"Awak tenung lah muka abang lama-lama sayang. Yang penting, sayang tak sedih"

"Janji!"

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now