hi, sorry sbb terpaksa repub chap ni. I needed to edit Gentar's and Sopan's ages ^^
words count : 3688
^^^^^
Berita terkini. Pihak polis telah menemukan mayat seorang lelaki lingkungan usia 50 tahun yang dibungkus dengan dadah jenis heroin di bawah tebing Sungai Rintis sebaik sahaja mendapat aduan daripada penduduk setempat. Hasil siasatan mendapati mayat tersebut ditinggalkan bersama-sama dengan bukti bercetak yang menunjukkan mangsa merupakan seorang pengedar dadah di daerah selatan dan sering memberikan rasuah kepada seorang CEO terkenal yang kini direman selama tujuh hari. Siasatan terus dijalankan di Balai Polis Pulau Rintis.
^^^^^
"Tahniah semua, kerana kamu berjaya memberkas pengedar dadah terbesar di selatan dengan kerjasama Balai Polis Windara."
Ruangan di Balai Pulau Rintis itu dipenuhi dengan tepukan, perasaan lega menyelubungi diri masing-masing di ruangan itu.
"Ha, tuan. Tak nak bagi kami cuti ke?Teruk juga kena belasah dengan si papan tu. Nasib Thorn sempat tembak betis kiri dia," adu seorang lelaki berbaju merah tanpa lengan. Lengannya yang terdedah itu disiku oleh rakan sekerjanya yang lebih pendek dengan hoodie hijau.
"Nama dia Taufan la, Blaze!"
"Alah, kisah pulak aku,"
Kaizo berdehem. "Aku bukan nak kecewakan kau, Blaze. Tapi, sekarang kita kena buka semula satu coldfile yang sangat penting. Ice?"
Ice menghampiri Kaizo, ketua unit mereka dengan seberkas fail kes yang agak berhabuk. Seisi unit itu, yang berjumlah seramai tujuh orang termasuk Ice merapatinya. Pandangan mereka disuguhkan dengan biodata seseorang yang pernah mereka lihat di papan Wanted yang telah berhabuk di lobi balai.
"Kes ni dah lama. Sekitar 10 tahun lalu, semasa era Inspektor FrostFire sebelum beliau meninggal sebab kemalangan kerja."
"Sedihnya.." Yaya merapatkan genggaman tangannya ke dada. Kaizo cuma memandangnya sekilas.
"Ya, tapi bukan itu topik kita sekarang. Korang semua update dengan isu semasa?" tanya Kaizo.
"Macam mana la nak up to date. Kita berkampung lima hari kot nak serbu markas Taufan tu?" adu Blaze, lagi. Gadis di sebelahnya menggeleng kepala perlahan.
"Ini.. Pasal kes pembunuhan pengedar dadah baru-baru ni, bukan?"
Sebelah sudut bibir Kaizo dinaikkan sedikit, "tepat sekali, [Name]. Aku sempat berbincang dengan pihak atasan pasal ni sebelum aku jumpa kamu semua, dan kami syak yang kes ni ada kaitan dengan cold file ni."
Sekeping gambar mayat yang dibedah siasat diletakkannya di atas meja. Lalu, coldfile yang berhabuk itu dibuka pada satu muka surat yang turut memaparkan gambar mayat yang tidak jauh bezanya.
"Cara pembunuhan pelaku di dua kes ini, sama. Mereka akan mengelar urat di pergelangan tangan kiri, kemudian membakar sebahagian leher dan wajah mangsa. Dan yang paling penting,"
Sekeping foto lain dikeluarkan. Kali ini, foto itu menunjukkan kertas-kertas bergambar dan bertulis yang dimasukkan ke dalam plastik bahan bukti.
".. mereka sengaja sertakan bukti jenayah mangsa supaya ditemukan dengan mayat tu."
"Kejap.." Thorn mencelah. "Kalau dia cuma bunuh penjenayah, kenapa kita perlu siasat dia ni? Bukan ke dia ni dikira memudahkan hidup kita, sebab diorang cuma bunuh orang jahat?"
"Bunuh, tetap bunuh, anak muda."
Suara garau itu kedengaran asing. Mereka, kecuali Kaizo, menoleh ke arah pintu kaca ruangan itu. Seorang lelaki berbadan tegap dalam lingkungan usia akhir 30-an menghampiri mereka dengan senyuman lebar. Seorang lagi lelaki yang lebih muda turut mengikuti lelaki itu. Kaizo menoleh, lalu tabik hormat kepada mereka. Melihat respon si ketua, mereka yang lain terus mengikut gerak langkahnya.
"Selamat datang, Inspektor Gentar. Terima kasih sebab sudi bekerjasama dengan kami."
[Name] yang mendengar nama itu, mengerutkan dahinya hairan apabila melihat Fang di seberangnya sudah kecut perut. Dia merapatkan diri dengan Blaze di sebelahnya, "siapa sia?"
Blaze menjeling gadis itu. "Mana aku tahu, ngok. Aku pun budak baru macam kau, tahu?"
Oh, iya tak iya. Mereka berdua sama-sama baru masuk ke unit dua tahun lalu.
"Say... Siapa nama kau?" Inspektor Gentar memandang Thorn yang menelan ludah. Dia tergelak gugup, "Thorn, tuan."
Respon itu mendapat anggukan. Inspektor itu mengayunkan tangannya, menyuruh mereka untuk duduk di kerusi dan membiarkannya seorang yang berdiri. Perjumpaan itu diambil alih olehnya, tidak dilupainya juga dengan seorang lelaki yang turut bersamanya.
"Some of you mungkin kenal aku, some of you mungkin tidak. Jadi, hari ni aku akan perkenalkan diri aku,"
"Nama aku Hampa Gryntee, dari special unit. Orang panggil aku Gentar,"
"Wah, terpaling. Padahal nama Hampa. Green tea pulak tu. Gentar tak gentar, koyak tak koyak," dengan biadabnya, Blaze menyampuk. Siap bertepuk tangan dengan chant popular yang sering dilakukan oleh pasukan bola sepak sekolah. Sebelah mata Gentar terbata-bata.
"Kau ada masalah dengan aku ke sia-"
"Sabar, bro, sabar. Kita datang sini dengan niat baik," lelaki yang sedikit lebih muda dari Gentar menjadi penengah, tidak mahulah lelaki itu mengamuk di sini. Gentar memijat pelipisnya, lelaki di kanannya itu memandang mereka dengan senyuman ikhlas.
"Hai, semua. Aku Sarjan Sopan. Just for your information, kami dulu ialah bekas ahli unit ni juga di bawah pimpinan mendiang Inspektor FrostFire. Jadi, gembira dapat jumpa kamu semua."
Mereka semua membulatkan bibir. Patutlah nampak tua, eh-
"Jangan mengada. Aku baru 36, kuat lagi. Sopan pun masih 34," sampuk Gentar. Wah, takut juga dia dipandang tua oleh anak-anak muda di ruang itu. Fang terbatuk sedikit, ingin menarik perhatian.
"Jadi.. Inspektor cakap tadi, bunuh tetap bunuh. Apa maksu-"
"Apa korang fikir, bila korang 'menangkap' penjahat dengan cara membunuh, itu dikira sebagai aksi wira?"
Mereka terdiam. "Korang siapa, nak tentukan hukuman untuk diorang? Tugas kita cuma memberkas mereka hidup-hidup dan biarkan hukuman mereka dibicarakan di mahkamah. Melainkan ada arahan untuk bunuh, barulah kita boleh buat apa saja."
"Cara tuan bercakap, macam tuan nak tuduh kami pelakunya."
Mereka semua memandang ke arah gadis yang bersuara itu. Termasuklah Gentar, yang sudah tergelak terbahak-bahak.
"Interesting, ya. Padahal aku tak cakap pasal tu pun lagi," sisa tawanya dihabiskan.
Raut wajahnya kembali menegang, seiring dengan aura di ruangan itu. "Aku syak, pembunuh ni, ialah salah seorang dari korang semua."
PAKK!
"Wah sudahlah kami tak dapat cuti, sekarang nak tuduh kami bunuh orang pulak? Apa cerita broo," Thorn menarik lengan Blaze yang sudah berdiri menepuk meja. Entah sudah berapa banyak karbon dioksida yang sudah Gentar lepaskan disebabkan lelaki itu.