EKP! | 41

1K 51 20
                                    

NUFAIL yang baru sahaja selesai mandi mula menyeka rambutnya yang masih basah, langkahnya perlahan menuju ke almari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NUFAIL yang baru sahaja selesai mandi mula menyeka rambutnya yang masih basah, langkahnya perlahan menuju ke almari. Sebelum sempat dia mencapai baju, dia mendengar suara Eryna memanggilnya dengan nada yang agak cemas.

"Khay! Khay! Khay!"

Suara Eryna yang memanggil namanya dengan penuh semangat membuatkan Nufail memalingkan tubuhnya, sedikit hairan.

Dia melihat wajah isterinya yang kelihatan ceria, dan sebelum dia sempat bertanya, Eryna sudah meluru ke arahnya dengan senyuman lebar.

"Abang, dengar ni, dengar ni. Sayang nak bagitahu something ni!" Eryna berkata sambil menggenggam tangan suaminya, matanya bersinar penuh teruja.

Nufail tertawa kecil melihat sikap ceria Eryna sebelum dia membalas genggaman si isteri. Kepala diangguk kecil sebelum membalas, "Iya, iya ... abang dengar ni, sayang."

"Kak Eqah dah selamat bersalin!" Eryna memberitahu dengan penuh semangat, wajahnya ceria.

Seketika, Nufail tersenyum lebar, kebahagiaan menyelinap di wajahnya. "Alhamdulillah. Seronoknya dengar berita ni. Sayang dah ucapkan tahniah?"

Eryna mengangguk. "Dah! Tapi sayang rasa lebih seronok nak beritahu abang juga!"

Nufail ketawa kecil sambil membelai lembut pipi isterinya, penuh kasih.

"Boleh ke kita datang melawat, abang?" Teragak-agak Eryna menyoal pada Nufail.

"Boleh. Sayang bersiaplah, abang tunggu sayang," arah Nufail bersama senyuman.

Eryna mengangguk kepalanya sebelum dia mahu memusingkan tubuh. Lengan Eryna ditarik lembut sebelum pipi gadis itu dikucup lembut oleh Nufail.

"Okey, dah boleh mandi dah," arah Nufail bersama nada mengusik.

Eryna tersentak kecil, namun tak dapat menahan senyuman di bibirnya. "Isy, menyempatlah abang ni." Walaupun geram, hatinya terasa berbunga-bunga dengan gurauan suaminya.

Nufail tersengeh sebelum melihat Eryna terus berjalan masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SU | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now