DPH- 12🤍

32 2 0
                                    

SEPERTI biasa, selepas sarapan, Riaz mendekati Zahra yang sedang mencuci pinggan di dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPERTI biasa, selepas sarapan, Riaz mendekati Zahra yang sedang mencuci pinggan di dapur.

"Sayang," Riaz memanggil lembut.

"Ya, abang?" Zahra menoleh dengan senyuman.

"Amin, kawan abang, nak datang makan malam kat rumah kita malam ini. Abang ajak dia hari tu," kata Riaz.

"Oh, okay. Saya masak special malam ni untuk dia," balas Zahra dengan penuh semangat.

Seharian, Zahra sibuk di dapur menyediakan pelbagai hidangan istimewa. Dia memasak kari ayam, sambal sotong, ulam-ulaman, dan kuih-muih untuk pencuci mulut. Sementara itu, Riaz membantu apa yang dia mampu, memotong sayur dan mengemas rumah.

Menjelang malam, rumah mereka siap sedia untuk menerima kunjungan Amin. Zahra menukar pakaian dan memakai sedikit solekan untuk kelihatan kemas dan menyambut tetamu dengan baik.

Tepat jam 8 malam, pintu rumah mereka diketuk. Riaz membuka pintu dan menyambut Amin dengan senyuman.

"Assalamualaikum, Amin. Jemput masuk" kata Riaz sambil menjemput kawannya masuk.

"Waalaikumussalam, Hay. Terima kasih jemput aku," balas Amin sambil bersalam dengan Riaz.

"Mana isteri kau, Amin? Tak datang sekali ke?" tanya Riaz sambil menoleh ke arah pintu, melilau mencari isteri Amin.

Amin tersenyum kelat. "Isteri aku balik kampung, Hay. Ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Jadi, aku datang sorang."

"Oh, macam tu. Takpe la kau duduk dulu. Zahra dah sediakan makanan. Kita makan malam sama-sama," jawab Riaz sambil menjemput Amin duduk di meja makan.

Zahra keluar dari dapur dengan senyuman manis. "Assalamualaikum, Amin. Jemput makan."

"Waalaikumussalam, Zahra. Terima kasih, maaf datang seorang. Isteri saya balik kampung," jawab Amin sambil tersenyum.

"Tak apa, Amin. Makanlah dulu," kata Zahra sambil menghidangkan makanan di meja.

Mereka duduk di meja makan dan menikmati hidangan yang disediakan oleh Zahra. Perbualan mereka meriah dengan cerita-cerita lama, lawak jenaka, dan kisah-kisah kehidupan.

"Sayang, masakan sayang memang terbaik. Amin, kau kena ajak isteri kau datang sekali nanti. Boleh makan sama-sama," kata Riaz sambil tersenyum.

"InsyaAllah, Riaz. Nanti bila isteri aku balik, kita datang lagi," jawab Amin dengan penuh semangat.

Malam itu, mereka bersembang sehingga lewat malam. Zahra merasa senang melihat suaminya gembira dengan kehadiran kawannya.

"Hay, aku nak tanya satu soalan boleh?"

Riaz tersenyum. "Tanya lah. Apa dia?

Amin menoleh sejenak ke arah Zahra sebelum kembali memandang Riaz. "Kenapa kau pilih Zahra jadi isteri kau? Bukannya nak cakap apa, tapi kau tahu kan ramai perempuan lain yang cantik yang minat kat kau dulu?"

BIDADARI MILIK RIAZ [Editing in Process]Where stories live. Discover now