BAB 30

1 0 0
                                    



-WAKAFA BILLAHI SYAHIDA-
Ya Allah, jaga dia untukku

         RESTORAN nasi ayam jadi pilihan mereka untuk hari ini. Ayara berjalan beriringan bersama Aqiel melangkah masuk ke dalam restoran itu. Tempat kosong di bahagian tepi menjadi pilihan mereka berdua. Disebabkan Ayara tak sukakan orang ramai jadi Aqiel pilih tempat yang sedikit jauh dari orang.

Mereka berdua seronok bersembang sambil menjamu selera. Ayara yang bercerita Aqiel dengar dengan penuh perhatian. Bila yapper bertemu dengan good listener. Sedar tak sedar makanan dah habis.

"Hi! Sorry but you Aqiel right?" Tiba-tiba datang seorang perempuan menegur mereka lebih tepat menegur Aqiel. Ayara memerhati ke arah perempuan itu. Tak dinafikan cantik macam model rambut warna coklat perang dengan dress yang agak mengikut tubuh. Tapi sebagai fashion designer dia boleh cakap baju tu cantik dan mesti harga mahal.

"Bella?" Tanya Aqiel meminta kepastian.

"Yess you still remember me. Can I sit here?" Tanya perempuan itu tanpan segan silu.

"Long time no see right? Last kita jumpa masa graduation day" perempuan itu cuba berbual dengan Aqiel.

Bzzzzzz bzzzz

Getaran dari telefon Aqiel menandakan ada panggilan masuk. Lelaki itu meminta diri untuk menjawab panggilan sebentar. Selepas bayang Aqiel menghilang Bella mula memandang ke arah Ayara.

"So you...."

"Ayara" memperkenalkan diri bersama senyuman yang agak janggal.

"I Bella his ex-girlfriend. Kami kenal masa belajar dekat LA dulu. He is a good man though."

"Yes he is"

"I think he still love me that's why dia tak kahwin until now. I always ready if he want me back. Untill now i love him" Ayara dia dengar luahan perempuan di hadapan dia itu.

Aqiel pernah ada girlfriend, atau mungkin ini perempuan yang Aqiel maksudkan masa dekat Langkawi dulu. Jujur dia rasa sedikit rendah diri, perempuan ini jauh lebih setaraf dengan Aqiel.

Nampak bergaya dan seperti seorang yang bekerjaya nak dibandingkan dengan dia yang hanya biasa-biasa saja. Gaya perempuan tu pun dah cukup untuk tahu yang perempuan itu juga dari golongan berada. Dari atas sampai bawah semua barangan berjenama mahal.

"Sorry, Queen dah siap makan kan? Jom aku hantar kau balik. Mama aku kena warded. Sorry too Bella" Aqiel tergesa-gesa mengajak Ayara pulang. Hati Lelaki itu sudah tidak tenang bila dapat khabar yang ibunya tak sihat sehingga ditahan wad.

Selepas saja hantar Ayara ke butik, terus Aqiel pecut ke hospital. Hatinya sudah gelisah memikirkan mama dia. Jarang mama dia sakit sampai masuk hospital.

          "MURAM je bossku harini. Biasanya lepas balik lunch bukan main panjang senyum" tegur Mawar apabila melihat Ayara masuk ke dalam butik dengan riak muram langsung tak berseri macam biasa.

"Hmmmm" tubuhnya disandar di sofa di ruang menunggu. Keluhan berat di lepaskan. Serius hati dia mula tergugat dengan kehadiran Bella. Macamana kalau Aqiel balik dengan Bella? Tak sanggup!

Tapi Bella jauh lebih sempurna dari dia. Tak mustahil untuk Aqiel pilih Bellah untuk berdamping dengan lelaki itu. Mereka berdua nampak setaraf.

Adalah episode patah hati dia akan berulang lagi?

Patung barbie yang diberikan Aqiel haritu dia ambil, sengaja dia buat letak di atas meja di ruang tamu supaya semua orang boleh nampak yang dia ada patung comel tu hihi. Patung itu direnung bersama pemikiranhya menerawan jauh.

Manakala Qaira dan Mawar sudah berbisik sesama sendiri melihat bos mereka yang agak pelik, tak seceria selalu. Kalau tak bukan main senyum sampai ke kepala kalau keluar dengan Aqiel.

"Datin Amina ada datang?" Tanya Ayara tiba-tiba membuatkan Mawar dan Qaira terkejut.

"Takde Cik Yaraa" tergagap Qaira menjawab.

Hmm pelik. Semalam bersungguh Datin Amina cakap nak datang untuk custom baju baru sempena majlis perkahwinan anak saudara dia.

"Takpelag, saya balik awal harini. Korang buat la macam butik sendiri" Ayara bangun dan mula melangkah keluar dati butik itu. Mawar dan Qaira berpandangan sesama sendiri buat sekian kalinya.

"Kenapa tu? Bergaduh ke?" Bahu Mawar disenggol.

"Tak tahu, muram je tu. Takkan bergaduh kot, Aqiel tu green forest do takkan dia buat Cik Yara sakit hati" balas Mawar pula.

"Itulah!"


          "MAMA mama okay ke? Macamana boleh jadi macamni" tanpa salam Aqiel menerjah masuk ke dalam wad ibunya. Melihat ibunya terbaring di atas katil membuatkan dia risau.

"Mama okay je la, cuma kurang air dalam badan. Mungkin mama penat sangat kot tolong Mak Long" jawab wanita itu.

"Mama kamu tu excited sangat Amanda nak kahwin, macam majlis anak dia pula. Nak buat macamana tunggu majlis anak sendiri tak tahu bila" sampuk Dato' Arman yang duduk di sofa hujung bilik itu bersama iPad di tangan.

Aqiel pula menggaru kepala. Tiada kata untuk membalas sebab itu memang fakta nak berdalih apa lagi kan.

"Bella ada jumpa kamu?" Tanya Dato' Arman tiba-tiba.

"Ada baru je tadi, kenapa pa?" Dia memandang ke arah papanya.

"Takdelah, papa ada jumpa dengan Tengku Benjamin masatu Bella ada sekali dia tanya pasal kamu" jelas Dato' Arman. Aqiel mengangguk mendengar penjelasan itu. Dh lama sebenarnya dia tak jumpa Bella. Sejak habis belajar dulu langsung tak berjumpa.

His QueenshaWhere stories live. Discover now