Bab 2
~ Bertakung sendiri di hujung dedaun sepi ~
Rumah agam Tan Sri Albert. 8 malam. Brenda kembali menyibukkan dirinya terhadap kerja-kerja pejabat. Saban malam dia akan berusaha menyiapkan segala dokumen-dokumen yang memerlukan perhatiannya. Saat itu dia berada didalam bilik pejabatnya. Dari laporan kepada kertas kerja, kontrak baharu serta potensi baharu dalam mengembangkan syarikatnya, semua dia kaji dan baca dengan penuh teliti. Ketukan dipintu bilik pejabatnya menarik perhatiannya. Kelihatan terjengul wajah Penny dimuka pintunya.
“Cik Brenda. Makan malam dah siap,” beritahu Penny.
“Ok kak Penny,” jawab Brenda lalu bangkit dari kerusi. Dia berjalan mendapatkan Penny. Namun sebelum dia melangkah ke ruang makan, Penny memegang pergelangan tangannya.
“Cik Brenda,” Penny berkata sambil berbisik. Brenda hairan.
“Kenapa kak Penny?” soalnya pelik.
“Mood Tan Sri Albert tidak berapa baik malam ini. Kedengaran tadi dia marah-marah seseorang didalam talian selepas dia melihat video Cik Brenda yang tengah tular sekarang. Saya harap Cik Brenda bersedia menerima segala amarah Tan Sri,” ujar Penny dengan suara separuh berbisik. Diwajahnya juga terukir rasa risau.
“Kak Penny, saban hari saya hadap benda ini. Bagi saya ini adalah rutin harian saya. Jangan risau. Saya okay je,” ujar Brenda lalu melangkah menuju ke ruang makan. Kelihatan atuknya sudah menanti dia di meja makan.
Makan malam mereka berjalan seperti biasa. Biasa? Makan malam yang hanya ditemani dengan kesunyian diantara mereka berdua tanpa ada sebarang suara. Yang hanya kedengaran hanyalah bunyi sudu dan garpu berlaga dengan pinggan. Saban hari itulah keadaan Brenda dan Tan Sri Albert. Bercakap bila perlu dan diam bila tidak diperlukan.
“Apa yang Rien dah buat petang tadi?” Tan Sri Albert memulakan bicaranya. Brenda sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.
“Rien hanya membantu…,” kata-kata Brenda terputus bila Tan Sri Albert menyampuk.
“Atuk tanya, Rien buat apa petang tadi sehinggakan video Rien tular hari ini?” soal Tan Sri Albert tegas.
“I’m sorry,” ucap Brenda perlahan. Kepalanya sudah tunduk memandang lantai. Kedengaran bunyi sudu dan garpu berlaga dengan pinggan. Brenda terkejut.
“Well, everytime Rien. Every single time. You say sorry, sorry and sorry. Sampai bila Rien nak berlagak macam ini? Setiap kali atuk tanya, kenapa benda itu yang masih keluar dari mulut Rien? Speak, Rien. Atuk nakkan penjelasan dan bukannya permohonan Rien,” dengus Tan Sri Albert marah. Matanya sudah memandang tajam wajah Brenda.
“Sorry,” sekali lagi Brenda mengucap maaf. Tan Sri Albert mengeluh keras.
“Dahlah Rien. Atuk malas nak dengar semuanya. Apa yang penting atuk nak Rien selesaikan semua masalah yang timbul dengan cepat. Atuk tak nak dengar ada sebarang masalah disebabkan video itu. One week and I want this problem already solved,” arah Tan Sri Albert lalu bangkit berdiri meninggalkan Brenda keseorangan.
Brenda mengeluh lemah. Matanya terpejam rapat. Sungguh dia letih dengan keadaan seperti itu. Letih bila atuknya sendiri tidak pernah mahu mendengar dulu penjelasaannya. Letih bila dia dilayan seperti orang asing oleh satu-satunya keluarga yang dia ada. Kali terakhir dia merasa kasih sayang atuknya ketika dia berumur 10 tahun sebelum kematian neneknya. Sejak dari itu, sikap dan perangai atuk terhadapnya berubah serta-merta. Gara-gara itu juga dia berubah menjadi pendiam. Sejak itu juga dia tidak pernah menunjukkan emosinya kepada sesiapa saja. Dia jadi beku, tidak berperasaan dan tidak pernah merasa apa itu bahagia. Dia berubah menjadi orang yang buta kepada apa itu kasih sayang.
YOU ARE READING
Memori Cinta
RomanceSejauh mana berlari, sejauh mana bersembunyi, namun rasa cinta itu tidak pernah lari dari perasaan. Sepertinya rasa itu tertanam jauh ke dalam lubuk hati. Di cuba melupakan dan membuang rasa itu jauh-jauh namun gagal. Rasa cinta itu sudah berakar me...