LIUTENANT ARMAN:MENENTANG TAKDIR|10

1 0 0
                                    

 Perempuan itu pandang Leftenan Arman dengan wajah cemas tapi cuba berlagak tenang. Dia tahu dia tak punya pilihan lain kecuali ikut saja apa yang Arman minta. Perlahan-lahan, dia angguk, tanda setuju.

   Di bilik soal siasat, Arman duduk bertentangan dengan perempuan itu sambil ditemani Akmal yang bertindak sebagai saksi. Arman cuba mencipta suasana yang selesa, supaya perempuan itu rasa lebih tenang untuk bekerjasama.

          "Nama cik siapa?" tanya Arman, masih dengan nada lembut.

Perempuan itu menarik nafas dalam sebelum menjawab, "Saya... Aisyah."

  Arman senyum kecil. "Aisyah, jangan risau, kita cuma nak tahu beberapa perkara je. Kami cuma nak faham apa yang sebenarnya berlaku. Cik di sini untuk bantu kami, bukan sebagai suspek."

  Aisyah mengangguk perlahan, kelihatan sedikit lega dengan pendekatan Arman yang profesional dan penuh hormat.

          "Okey, Aisyah," Arman mula soal siasat dengan lebih mendalam. "Macam mana cik boleh berada di Arab Saudi?"

  Aisyah teragak-agak. Dia nampak seperti menyembunyikan sesuatu, tapi akhirnya dia menjawab, "Saya... saya cuma lalu kawasan tu. Saya tak tahu ia kawasan larangan. Kawan saya beritahu itu laluan selamat."

    Danial menulis catatan di sebelah Arman, mencatat setiap butir jawapan.

         "Kawan cik? Siapa nama dia?" soal Arman lagi, kali ini dengan nada yang lebih serius. Dia mahu memastikan semua yang Aisyah beritahu adalah benar.

  Aisyah kelihatan gelisah, namun dia tetap menjawab, "Nama dia Hawa. Dia kata dia tahu jalan di kawasan tu."

  Arman bertukar pandang dengan Danial. Nama itu bukanlah asing baginya.

Arman menarik nafas panjang. Dia tahu, mungkin Aisyah hanya terjebak, atau mungkin dia lebih tahu dari apa yang dia nampakkan. 

  Tapi tugas dia jelas dapatkan seberapa banyak maklumat untuk memastikan keselamatan pasukannya dan orang awam.

         "Aisyah, kamu jujur,kamu dan Hawa buat apa di sana?" Arman tanya, dengan nada yang lebih berhati-hati.

  Aisyah terdiam seketika, jelas kelihatan dia menyembunyikan rasa takut. "Dia... dia cuma seorang kawan lama. Saya dan dia diculik,dia diculik dari kecil lagi,saya diculik  semasa umur 16 nak masuk umur 17" jawabnya dengan suara yang perlahan.

   Arman dan Danial saling berpandangan, sedar yang maklumat dari Aisyah ini mungkin boleh jadi titik tolak untuk siasatan lebih mendalam. Mereka perlu pastikan segala maklumat ni tepat dan tidak membahayakan keselamatan negara.

Tetapi dalam masa yang sama,Arman tersedar dengan maklumat yang diberikan oleh Aisyah tadi membuatkan dia lebih tertanya adakah itu adalah Aisyah yang dicari-carinya selama ini.Adakah itu Aisyah Khadijah.Terdetik soalan itu keluar dalam hatinya.

 "Aisyah..."

   Arman termenung sejenak, mengimbas kembali wajah Aisyah yang baru saja ditemuinya. Dia cuba mencantumkan potongan-potongan memori lama yang kabur, teringat akan kenangan manis yang pernah terjalin. Tapi dia cepat-cepat menepis perasaan itu, cuba untuk fokus pada tugasnya sebagai seorang pegawai.

  Dalam hatinya, dia rasa berbelah bahagi antara tanggungjawab sebagai askar dan perasaan yang mula mengusik hati. Tapi sebagai seorang yang profesional, dia tahu dia tak boleh campurkan hal peribadi dalam tugas.

         "Leftenan Arman?" suara salah seorang anggota mengejutkan lamunannya.

        "Ya, ada apa?" balas Arman, cuba mengembalikan fokusnya.

       "Kita dah siap sedia untuk soal siasat lanjut, tuan," kata anggota itu.

Arman mengangguk perlahan. Tapi hatinya masih bergolak, bertanya-tanya jika Aisyah di depannya adalah Aisyah Khadijah yang selama ini dia rindukan.


LIUTENANT ARMAN:MENENTANG TAKDIRWhere stories live. Discover now