Sebaik saja pintu rumah ditutup, Auni terus berlalu ke bilik tidurnya yang berada di atas. Puan Asmah dan Encik Azmi yang faham akan keadaan Auni yang sedang tertekan, hanya membiarkan sahaja. Hazeem meminta diri untuk naik ke atas, meninggalkan mertuanya dan adik ipar di ruang tamu. Akif? Dia keluar sekejap menghantar Natasha pulang. Adam dan Farahin juga sudah balik ke rumah mereka memandangkan mereka tidak bermalam di rumah Encik Azmi.
"Safiyyah.." panggil Hazeem perlahan dan pintu bilik ditutup rapat. Isterinya yang sedang santai melayan Tiktok di telefon segera menoleh ke arahnya. Seram pula Hazeem melihat perubahan isterinya itu. Tadi bukan main marah, ni kenapa relaks sangat??
"Abang. Cantik tak tudung ni?" Soal Auni lalu skrin telefonnya ditunjuk pada suaminya. Perlahan-lahan Hazeem menghampirinya dan melabuhkan punggung di sebelah isterinya yang sedang baring itu.
Gambar tudung bawal keluaran Asyallie yang terbaru, Hazeem lihat satu persatu.
"Cantik. Abang rasa kalau warna terang-terang ni semua sesuai sebab kulit awak cerah. Tapi.."
"Tapi apa abang?"
"Tapi tudung sayang kalau petak bawal ni dah banyak abang tengok. Safiyyah abang taknak cuba pakai yang selendang ni pula ke?" Telefon kembali dihulur pada isteri. Hazeem cuba membaca riak wajah isterinya. Bimbang jika Auni masih bersedih dengan apa yang berlaku tadi. Tapi melihat isterinya baik-baik sahaja, Hazeem melepaskan nafas lega.
"Kenapa? Orang tak cantik ke kalau pakai bawal? Abang tengok perempuan mana yang cantik pakai shawl ni?" Auni memandang tajam ke arah suaminya yang sudah tercengang dengan soalannya.
Hazeem terdiam seribu bahasa. Ini nak pujuk macam mana ni?
"Safiyyah abang cantik je kalau pakai bawal. Tapi abang teringin nak tengok Safiyyah abang ni pakai shawl. Tapi kenapa abang tak pernah nampak awak pakai shawl eh?" Soal Hazeem lalu seluar tidur yang dipakai oleh isterinya diselak hingga ke peha. Lotion Allano disapu di seluruh bahagian kaki isterinya. Auni langsung tidak menolak. Dia hanya biarkan sahaja.
Begitulah rutin harian Hazeem semenjak dari mula berkahwin lagi. Sejak Auni tunjuk semua kesan parut yang ada di badan, Hazeem terus beli lotion dan krim sapu yang khas untuk menghilangkan parut. Dan sekarang sudah setahun usia perkahwinan mereka, banyak kesan parut telah hilang sepenuhnya.
"Tak pandai nak lilit. Lepastu nanti pipi orang nampak tembam. Taknak, tak suka. Abang tak suka ke kalau orang asyik pakai bawal je?" jawab Auni sambil menurunkan semula seluarnya yang terselak tadi selepas suaminya selesai sapu lotion dibahagian kaki. Kini Hazeem beralih pada tangan Auni pula. Kedua-dua lengan isterinya disapu lotion.
"Abang suka je sayang. Tak kisah pun. Asalkan awak tutup aurat, abang dah bersyukur"
"Kenapa? Kalau orang freehair, abang tak bersyukur ke?"
"Nak freehair ke masalahnya?"
"Hehehe taknak" Auni tersengih bagai kerang busuk hingga menunjukkan barisan giginya yang cantik teratur. Hazeem hanya geleng kepala dan cubit pipi gebu Auni. Geram!
"Bangun. Pusing belakang" Auni akur. Kali ini, belakang bajunya pula diselak untuk memudahkan Hazeem sapu lotion dibahagian belakang badannya.
"Buka jela baju tu terus sayang" Auni berdecit mendengar permintaan suaminya.
"Dasar miang!" Hazeem hanya ketawa. Bahu isterinya dicium sekilas. Selesai tugasnya, Hazeem kembali meletakkan lotion diatas meja belajar dan lampu bilik ditutup.
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [COMPLETE]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...