Part 6."Thanks." Peach sempat menghadiahkan senyuman pada pelayan perempuan yang mengambil pesanan makan malamnya dan Skylar.
Skylar juga menyerahkan menu tapi matanya masih pada Peach membuatkan gadis tu memandang ke arah lelaki di depannya.
Jujurlah cakap kan, nda tahu mau bualkan apa.
Sejak sampai ke kota ni dan jadi baby chick Orion Bliss 5 tahun yang lalu, ini kali pertama dia keluar makan dengan lelaki yang bukan Client dia.
Dia sedikit janggal sebab nda buat research tentang lelaki di depannya ni. Hentam sajalah kan, dia boleh di katakan professional dalam bidangnya. So, surely she can handle him. Dia kelihatan sama macam kebanyakkan lelaki yang macam 'lelaki'.
You know, yang aim ndak lain nda bukan, seggs.
"So," Skylar sempat meneguk air minuman dari gelas tinggi di sebelahnya yang di tuang oleh pelayan ketika mereka baru duduk, sebelum memberikan semula perhatiannya pada Peach. "How are you today?"
Soalan Peach menguntum senyum kecil di hujung bibir Skylar.
"Saya ndak pasti kalau saya okey ka tidak, but as you can see, I'm physically fine." Ujar Skylar dan Peach terketawa.
Yeah, dia memang nampak okey saja pada luaran. Dari pengamatan kasar, kulit Sky nampak sihat memandangkan warnanya sekata, teda tanda-tanda yang demam ka apa ka. Handsomely perfect.
Dia berjambang nipis yang di trim dengan baik, rambutnya bersikat rapi, bibirnya kelihatan normal. He might not the type who smoke. Dan postur duduknya, so good. Dia nampak seperti seorang bangsawan walaupun hanya duduk pada kerusi kayu beralas kusyen nipis."How about you, Peach? Kau sihat?" Soal Skylar dan dalam masa yang sama minuman yang dia pesan sudah sampai di atas meja.
Jus oren untuk Peach manakala sparkling water untuk Skylar. Dia sengaja nda memesan sebarang alcohol, Skylar mahu sentiasa waras bila perempuan tu setuju untuk makan dengan dia, biarpun hanya di bistro tepi laut yang nda ramai pengunjung mungkin kerana hari ni hari berkerja. Tapi dia bersyukur, Peach mahu juga duduk makan dengannya. Peluang untuk dia mengenali gadis tu buat dadanya berkobar-kobar.
"I'm good, I'm always good. Beginilah, trying to survive." Balas Peach. "Kau memang orang sini ka, Sky? Maksud saya tu, kau memang lahir di sini?"
Skylar mengangguk. "Saya memang lahir di Granver City, di Buckinghamshire to be exact but since my job required me to be here 24/7, saya pilih untuk menetap di sini."
"Membesar di sini?" Soal Peach lagi dan Skylar mengangguk.
"Dari yang saya ingat, ya.." Jawab Skylar, matanya memandang gadis di depannya yang sedang menghirup minumannya. Baju crop top lengan panjang dengan bahagian kolar di dada yang agak terdedah menayangkan alur dada gadis tu. Pakaian ringkas, tapi menyerlahkan seksinya tanpa dia perlu mencuba pun. "You?"
Pandangan mata mereka bertembung, anak mata Peach yang berwarna hazel terang tu sepertinya penuh dengan cerita yang menunggu masa untuk di luahkan.
"Kau lahir di sini? Saya nda rasa kau lokal Granver City."
Peach menyelesaikan sesi minum air jusnya kemudian meletakkan gelas tu di tempat asalnya.
"No, saya dari tempat jauh. But this place feels like home."
"Kau suka tinggal sini?" Soal Skylar lagi. Peach nda terus menjawab.
"I'm not sure, suka is the right word. It's just," Saya tiada tempat untuk saya pergi. "Okaylah..."
"Are you student atau memang kerja?" Soal Skylar. Macam sesi temuduga, tapi dia benar-benar mahu tahu lebih lanjut soal Peach. This girl macam ada satu aura yang dia nda dapat pastikan but, he wanted to be there for her. Keinginan yang kuat untuk mendakap perempuan ni dalam pelukannya.
Sounds pervert, but, itulah perasaannya.
"Macam mana kau boleh fikir saya ni student?" Soal Peach kemudian ketawa.
"Kau nampak muda. Dan Coco Cabana memang tempat student university or youngster melepak." Jawab Skylar, Peach terketawa. Oh iya, perjumpaan pertama mereka di Coco Cabana la ba pula. Hampir di lupa.
"Me, muda? I'm 24 years old. Masih 20-an tapi badan saya rasa macam 50-an. I feel my back won't cooperative with me lately."
Terkadang tu, kalau sudah tertidur atas katil, rasa ndak mau bangun. Sebab kalau bergerak jak, berkerutupan tulang belakang.
Halp me.
"Maybe you always moving around?" Skylar enjoy berbual dengan wanita ni, rasanya selain Ryver dan Esmeralda, Peach wanita pertama yang dia boleh berbual tentang benda lain selain hal berkaitan dengan kerja.
"Moving? Yes, I do.. In mental state, saya cuba sedaya upaya untuk moving on dan physically moving around to have some fun. By the way, saya nda boleh duduk diam. I need to do something everyday, kalau nda I feel gloomy." Peach memang petah berkata-kata, antara feature terbaiknya.
Sebab tu jadi Baby Chick, dia antara yang terbaik biarpun masih di katakan newbie.
Awalnya, dia hampir melarikan diri dari Orion Bliss ketika dia baru saja sampai, bila gagal melarikan diri, dia hampir menamatkan riwayatnya dengan tangannya sendiri.
Tapi, kasih sayang Mommy Aurora membuatkan dia bertahan hingga ke hari ni. Eventually, dia menerima takdirnya yang dia nda boleh jadi dirinya yang dulu. Sekarang dia si Peach yang akan buat apa saja untuk hidup.
"Saya harap ini bukan dinner yang terakhir. I hope kau sudi keluar dengan saya lain kali." Ujar Skylar. Peach memandang lelaki di depannya.
Tunggu sekejap, encik. Kau belum tahu saya sepenuhnya. Bukankah lelaki ni ada yang nda boleh menerima baby chick aka pelacur. You know, kerjaya pelacur macam mana. Ndakkan la lelaki sesempurna figura dia ni, mau jumpa pelacur selalu.
He looks good, outfit, check. Haircut, check. Muka handsome, double check, memang handsome. Dan paling penting, jam tangan dia. Patek Phillipe Geneve. Kalau benda alah tu original, kemungkinan besar dia ada saham di beberapa buah syarikat terkemuka adalah tinggi.
Gold digger di dalam diriku, meronta-ronta.
Makanan terhidang di atas meja, ribeye steak untuk Skylar dan blackened shrimp bowls untuk Peach. Aroma hidangan mencuri masuk ke dalam rongga hidung, namun nda mampu mencuri perhatian Peach yang sedang mengamati Skylar dalam diam dalam waktu yang sama, Kusai tu sibuk dengan pelayan.
"You are lucky to met me today, sebab saya off day hari ni. Tapi, saya nda kan free selalu. Saya selalunya kerja." Jawab Peach, dia mengambil garfu lalu mengelap pada napkin yang dia ampai di atas riba sebaik saja pelayan menghidangkan makanan tadi.
"Saya pasti saya akan bertuah lain kali juga. Let see kalau ada masa free dalam waktu terdekat. How about breakfast, tomorrow?" Ujar Skylar membuatkan Peach menyilik kedua tangan milik Skylar. Tiada cincin, maksudnya dia bukan suami orang.
Namun cincin boleh di buka.
Dia mengamati lagi, tiada..tiada tanda bekas cincin pernah di pakai di jari manisnya. Tangan lelaki tu besar, tangan lelaki yang besar sangat memuaskan, you know.
Eh Peach, kau fikir apa ni? buduh.
"Saya bukan morning person dan saya nda suka bangun awal pagi." Jawab Peach jujur membuatkan Skylar tersengih dalam diam. Bibir mungil tu benar-benar petah berkata-kata.