30; LUKA TERINDAH

117 8 3
                                    

HERRA peluk Syariz erat. Syariz usap bahu Herra sebelum pelukan terlerai. Syariz ukir senyum.

"Maaf... Aku lama..." Syariz ketawa.

"Tak apa. Kau yakin nak teman aku harini?" Herra mengangguk.

"Aku yakin. Tapi aku akan susahkan kau sikit." Syariz menggeleng.

"Aku tak apa. Kau susahkan banyak pun aku tak kisah." Herra ketawa. Syariz tolak kerusi roda Herra keluar dari rumah. Hari ini Syariz mahu keluar. Tapi mama dan papa tak bagi dia keluar sorang-sorang. Jadi papa minta Herra teman. Setidaknya kalau terjadi apa-apa Herra boleh terus maklum pada mereka.

SYARIZ dan Herra duduk di padang lapang untuk berkelah. Mereka ada beli sedikit makanan dan painting by number. Niat nak bersantai.

Tapi terserempak pula dengan Rifqi dan Diya. Awalnya Rifqi menolak ajakan Syariz untuk duduk bersama. Tapi Diya dengan selamba duduk di situ dan Rifqi terpaksa duduk di sana juga. Dia rasa janggal kerana apa yang sudah terjadi.

"Kau nak main juga?" soal Herra.

Rifqi menggeleng. Syariz ketawa.

"Mainlah sekali. Takkan nak duduk makan tengok aku dengan Herra je. Aku pergi beli kejap." Tak sempat menghalang, Syariz sudah beranjak pergi. Herra pandang Rifqi dan Diya.

"Crazy." Herra bergumam. Diya berdecit. Memang niatnya duduk di sini mahu menyakitkan hati Syariz. Tapi tak sangka pula lelaki itu kebal.

"Ariz okay ke? Aku nampak dia pucat sangat tu." Herra tarik air miliknya. Penyedut minuman dia mainkan sekejap sebelum disisip ke bibir.

"No. He never be okay after all," ujar Herra. Rifqi mengangguk. Benar juga.

"Dia sakit ke?" soal Rifqi lagi. Herra mengangguk.

"Demam?"

"Lebih dari sekadar demam. Mungkin kau berdua sangat berpuas hati dengan apa yang jadi. Ariz tu banyak berkorban dan banyak lakukan perkara untuk kau berdua. Tapi ini yang kau balas?" Rifqi menunduk.

"Yang kau nak menyibuk dah kenapa?" soal Diya geram. Herra ketawa.

"Aku hairan. Perempuan macam kau ni boleh curi hati dia. Buruk betul." Diya baru mahu menjawab namun tak berjaya apabila Herra lebih dulu berkata-kata.

"Kau tu tak lebih daripada sampah. Perangai kau langsung tak cerminkan satu pun kebaikan dalam diri kau. Kenapa? Kenapa Ariz boleh jatuh cinta sampai jadi bodoh macam ni hanya sebab perempuan macam kau."

"Diya, kau patut bersyukur sebab Ariz nak kutip kau buat jadi seorang isteri. Kau patut rasa beruntung bila lelaki sebaik dia cintakan kau. Tapi kau balas buruk pada dia. Kau memang tak ada hati perasaan kan?" Sambungnya sinis. Diya ketap rahang.

"Perempuan macam kau ni, kalau orang lain yang jadi suami kau mesti kau dah kena teruk." Rifqi hanya diam. Dia juga turut bersetuju dengan apa yang Herra katakan itu.

Dia rasa serba salah. Di satu sisi dia cintakan Diya. Hanya dia kecewa dengan apa yang wanita itu lakukan pada sahabatnya. Di sisi lain pula dia rasa bersalah dengan Syariz kerana dia menjadi salah satu punca perpecahan rumah tangga itu berlaku.













- Continue -

[C] KAU LUKA TERINDAH Where stories live. Discover now