"Abang, sayang nak minta abang halalkan semua makan minum sayang selama sayang duduk dengan abang. Ampunkan salah-silap dan dosa sayang eh?"
"Ya Allah apa cakap macam tu. Sayang tak mati lagi tau. Dah jangan cakap merapu sayang. Abang dah lama maafkan sayang. Sayang tak ada salah dengan abang pun."
"Tapi risk meninggal masa melahirkan adakan? Nanti kalau doktor tanya nak selamatkan sayang or baby, abang pilih baby eh."
"Ya Allah, apa kena dengan isteri aku ni. Sayang... sayang tak terberank lagi. Jangan cakap merapu sangat. Dah banyakkan selawat dan zikir. Ni tak, cakap benda merapu. Tapi serious la sayang tak rasa contraction apa-apa? Abang yang risau."
"Tak pun. Tak rasa apa pun. Kejap lagi rasa la kot. Kejap lagi abang stay tepi sayang eh. I need you. Takut la nak labor sorang-sorang."
"Okay, sayang. I will be with..." tidak sempat Zikri menghabiskan ayatnya, Wani sudah pun meraung kesakitan
"Ahhh! Aduhh... Abang panggil doktor now! Anak abang ni nak terkeluar dah rasanya. Cepat laa!!"
Kalam-kabut Zikri menekan loceng untuk memanggil doktor. "Puan dah ready ni, saya akan siapkan labor room untuk puan, kejap lagi nurse akan bawa puan." Jawab doktor yang bertugas.
Setelah dua jam bertarung nyawa dalam bilik persalinan, bunyi tangisan seorang bayi menghilangkan penantian yang ditunggu-tunggu oleh Wani dan Zikri selama ini. "Tahniah ya puan. Anak lelaki puan selamat dilahirkan. Alhamdulillah, bayi sihat dan cukup sifat."
"Terima kasih sayang! Anak lelaki rupanya. Patutlah sayang abang ni kuat ja sepanjang mengandung. Ada hero dalam perut mama dia." Kepala Wani diusap perlahan sebelum melabuhkan ciuman disitu.
"Kami akan pindahkan puan kedalam wad puan balik ya. Bayi ni kami timbang berat dan mandikan dulu ya sebelum hantar ke wad puan."
"Baik, terima kasih doktor." Wani hanya tersenyum lemah melihat anaknya yang telah selamat dilahirkan. "Abang, sayang nak tidur kejap eh? Sayang penat sangat." Ucap Wani dengan lemah apabila sampai sahaja dalam wad VIP yang ditempah Zikri. "Okay sayang. Rest well tau."
"Encik, ini anak encik. Dah siap mandikan. Cuma encik belum azankan ja. Jadi saya keluar dulu ya. Kalau ada apa-apa tekan ja loceng ya? Tahniah sekali lagi ya encik." Tubuh kecil bayi didukung oleh Zikri dengan berhati-hati.
"Assalammualaikum, anak baba. Baba azankan awak dulu ya sayang." Terkumat-kamit mulut Zikri mengazan ditelinga anaknya yang bari lahir sebentar tadi. Setelah Zikri mendidurkan anaknya. Telefon miliknya bergetar dalam poket seluar.
"Hello, assalammulaikum. Haa kenapa kau call aku?"
"Aku nak nombor bilik wad bini kau la. Dah la suruh aku ambil beg dengan kunci rumah tak bagi. Nasib baik mak kau ada kunci pendua rumah kau. Memang nak kena juga kau ni. Dah tolong bukan nak cakap terima kasih."
"Owhh, hehe. Thank you and sorry, wad VIP Anggerik A02. Tapi tunggu luar, jangan masuk. Bini aku tengah tidur, tak pakai tudung. Aku pakaikan dia tudung dulu baru kau boleh masuk."
"Haa, yelah. Nasib baik aku kawan kau kalau tak... ternganga la kau sorang. Aku dah on the way. Dato dengan Datin kau pun ada sekali nih. Tak sabar nak tengok cucu baru diorang. Aku letak dulu lah. Nak drive." Terus talian panggilan dimatikan oleh Hariz.
Tidak lama kemudian bunyi ketukkan pintu, Zikri terus berlari mendapatkan beg yang dibawa oleh Hariz. Tidak lama kemudian Zikri kembali membuka pintu untuk memberi Hariz masuk untuk masuk melawat.
"Lahh, cucu dengan menantu mama tidur ka, takpalah. Mama baru ingat Wani balik konvo nak masak sedap-sedap, nak makan sekali. Tup-tup terus beranak lepas balik. Nasib tak terberanak masa atas pentas."
"Ish, mama ni apa cakap macam tu. Ni mama tak jadi masak sedap-sedap, dah tu mama bawa apa tu?"
"Makanan berpantang la. Kesian Wani tak sempat lunch tadi, lunch dengan makanan orang berpantang jelah."
"Owhh untuk Zik tak ada ka?"
'PAP'
Tak semena-mena tangan Zikri ditampar malah siap kombo dicubit ketam oleh Puan Raihana. "Ouch, Sakit la ma."
"Isteri kamu yang penat meneran kamu pulak yang minta lebih-lebih. Kamu tu boleh beli makanan sediri dekat kantin bawah tu. Nanti bawa balik Wani berpantang rumah mama tau. Biar mama yang jaga dia. Senang sikit"
"Hmm, yelah." Jawab Zikri dengan pasrah sambil mengusap tangannya yang menajdi mangsa Puan Raihana. "Cucu mama ni nama apa Zik?" tanya Puan Raihan sambil mengusap pipi yang kemerahan anak mereka.
Bayi yang sedang nyenyak ubun-ubunnya diusap perlahan oleh Puan Raihana. "Haah Zik, tak bincang lagi ka nama dengan Wani?" tanya pula Dato Amsyar.
"Dah ada, tunggu Wani bangun dulu. Sebab banyak pilihan nama. Tak pasti nak letak yang mana satu." Dato Amsyar dan Puan Raihana hanya menganggukkan kepala mereka.
Hariz yang sedang senyap menatap wajah bayi yang baru lahir dikejutkan dengan getaran telefon pintar yang menunjukkan panggilan masuk. "Zik, aku nak kena balik dulu. Girlfriend aku dah call. Nanti aku datang lagi."
"Aik sejak bila kau ada girlfriend? Ha ikut kau lah. Terima kasih tolong aku harini." Melihat kelibat Hariz keluar tiba-tiba mendengar suara Wani yang sayu memanggilnya.
"Abang..."
"Ehh, sayang dah bangun? Kejapnya tidur. Sayang nak apa-apa ka?"
"Nak air."
Air masak dituang didalam gelas, perlahan-lahan Zikri merapatkan hujung gelang ke mulut Wani. "Sayang nak apa-apa lagi?" Wani pula hanya menjawab dengan gelengan yang lemah.
"Menantu mama dah bangun? Wani nak makan? Lapar tak? Disebabkan Wani tak sempat lunch tadi mama ada masakkan makanan khas untuk Wani. Makanan berpantang lah tapi pun." Wani hanya membalas dengan anggukkan.
"Nak abang suap." Pinta Wani. "Sure, boleh sayang. Kejap ya, abang ambilkan sudu." Dato Amsyar dan Puan Raihana memerhati dari jauh sambil terseyum gembira melihat Wani dan Zikri bergitu serasi.
"Wani makanlah ya? Mama dengan papa nak balik dulu. Idham dengan Sumaiyah tu nak balik. Kejap lagi tak ada orang dekat rumah pulak. Hari ni mama bagi Makcik Piah cuti sebab mama nak masak sendiri. Tak tahu pulak nak jadi macam ni."
"Owh, ok mama. Wani okay ja. Janji Wani tak kena tinggal sorang dalam wad ni." Tangan Puan Raihana dan Dato Amsyar disalam telebih dulu sebelum sambung makan makanan berpantangnya.
Sedang Wani menikmati makanan yang disuap Zikri, bunyi tangisan bayi memecahkan kesunyian wad tersebut. "Anak nak susu lah tu. Ambilkan anak kejap. Sayang nak susukan dia. Mesti dia lapar."
"Yelah. Anak baba ni pun... tak reti sabau bethol. Baba tengah suap mama la awak nak nangis pun. Nanti bagilah baba awak ni chance." Tubuh bayi yang didukung Zikri terus beralih ke tangan Wani.
Sedang Wani menyusu anak meraka, Zikri hanya terseyum hingga ke telinga melihatnya. "Baba... ingat mama tak tahu ka baba pandang apa. Eyes up here mister. Janagn nak menggatal. Ingat sayang tak tahu ka apa abang fikir."
"Mana ada, sayang tak baik tuduh abang tau." Bebola mata berputar keatas mendengar jawapan Zikri. "Yelah. Apa-apa jelah."
"Abang tengah fikir nak namakan apa anak kita. Haritu sayang cakap kalau anak perempuan sayang nak letak nama Hannah kalau lelaki sayang nak letak nama Harraz kan? Nak letak Harraz apa?"