KERTAS putih itu diletak kembali ke atas meja. Nafasnya cuba dikawal sebaik mungkin walaupun dada itu sudah berombak kasar. Matanya sempat menjeling gadis itu. Duduk jauh darinya. Mungkin tidak selesa dengan dia.
Aircorn yang dipasang bagaikan tidak berfungsi ketika ini. Tali leher yang menjerut lehernya dia longgarkan. Selepas baca isi kandungan kertas itu, lehernya bagaikan di cekik sehingga mampu membuatkan dirinya kehilangan nafas.
Arjuna berdeham membetulkan suaranya yang bagaikan tersekat di kerongkong sebelum matanya naik membalas pandangan kosong sang gadis.
"What is this, Qaseh Timira?" Soalan bodoh! Walaupun dia tahu, tetap soalan itu diajukan. Bodoh lah dia kalau tidak terkejut bila tiba-tiba saja surat itu sampai ke tangannya. Apa yang dirancang oleh isterinya itu? Adakah Qaseh mahu pergi dari hidupnya? Meninggalkan dia keseorangan di dunia ini?
Jika ya, Arjuna tidak akan membiarkan hal itu berlaku. Dia tidak sanggup kehilangan gadis itu. Tidak!
"Are you blind? You dah baca isi dalam tu. Yes, I want divorce." Qaseh memeluk tubuh. Wajahnya kekal tenang namun hatinya bagai ditusuk satu pedang tajam.
Ya, dia gagal. Dia gagal melawan syaitan yang membisik di telinganya untuk berpisah. Dia gagal membuat Arjuna jatuh cinta padanya. Dan kegagalan itu membuatkan dia putus asa untuk teruskan perkahwinan ini. Semua ini harus ditamatkan secepat mungkin. Kerana hatinya sudah cukup sakit bila berhadapan dengan lelaki itu.
Apatah lagi apabila hampir setiap hari Dayana datang ke rumah mereka. Makan bersama suaminya. Bergurau senda bersama-sama bagaikan dia hanya orang asing di dalam itu. Malah selama 2 tahun ini, Dayana telah mengambil alih tugasnya sebagai seorang isteri.
Makan minum, termasuk barang keperluan harian Arjuna gadis itu lakukan. Dia? Hanya mampu melihat dari jauh dengan hati yang berdarah.
"No! I don't understand. Apa maksud kau dengan surat ni? Cerai? Huh! In your dream, Qaseh."
Terangkat sedikit kening gadis itu. Matanya berani bertentangan dengan mata tajam itu. Bagaikan mahu memberi amaran agar lelaki itu mengikut apa yang dia mahukan.
Dia dah nekad. Semua ini harus diakhiri agar dirinya tidak lagi disakiti. Agar dia tidak terluka lagi. Digantung tak bertali oleh Zyad Arjuna, lelaki berkuasa sehingga mampu lakukan apa sahaja. Termasuk hancurkan dirinya.
"Look. I tak nak semua ni, Jun. Perkahwinan ni tak sepatutnya berlaku 2 tahun lepas. Sepatutnya I perlu bertegas untuk tolak pinangan mama you..."
"She's our mom. She. Is. Your. Mother-in-law." Tegasnya. Masih menahan amarah. Tidak mahu dia berkasar dengan gadis itu. Dia tidak mahu menyakiti isterinya.
Qaseh mendengus geram. Ya, ini adalah sikap sebenar Tengku Zyad Arjuna. Suka memaksa dan tiada siapa yang boleh membantah kata-kata lelaki itu.
Rambut yang terjuntai sehingga menutup dahinya, dia selak perlahan. Cuba bersabar berhadapan dengan Arjuna. Sanggup dia mengambil cuti hari ini semata-mata mahu selesaikan masalah ini. Tapi nampaknya Arjuna tidak memberi kerjasama dengannya. Malah lelaki itu sangat keras kepala.
"Jun, you sedar tak perkahwinan ni tak bawa apa-apa makna pun. Please, Jun. Kita tamatkan di sini. I tak sanggup digantung tak bertali. Perkahwinan ni macam satu permainan buat kita berdua. Selama kita berkahwin, you dengan dunia you and I dengan dunia I. Kita... Maybe kita memang tidak ditakdirkan bersama."
Sepi. Hanya bunyi kipas yang berpusing di atas. Arjuna terpana seketika. Tak terkata mendengarnya. Kerana semua yang dikatakan Qaseh benar belaka. Halkumnya bergerak-gerak.
"Kenapa tiba-tiba? Kenapa bukan sebelum ni? Setahun lepas?"
"Sebab baru sekarang I sedar, I bukan untuk you. Baru sekarang I rasa bodoh sebab simpan you. Selama 2 tahun kita berkahwin, satu tugas pun I tak lakukan sebagai seorang isteri, Jun. I biarkan Dayana uruskan you and I... Busy uruskan syarikat daddy."
YOU ARE READING
THE ZYAD
RomanceQaseh Timira. Anggun bagaikan bulan purnama. Cantik bagaikan bidadari. Namun, jiwanya kosong mencari jalan hidup sendiri. Apabila disatukan dengan lelaki itu, dia rasakan tak ubah seperti wanita yang merampas kekasih orang lain. Perih rasakan meliha...